Posts

Showing posts from April, 2010

PKPIM anjur Forum "Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid"

Image
PKPIM anjur Forum "Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid" Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) akan menganjurkan Forum “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” pada 4 Mei 2010 iaitu pada hari Selasa pukul 8.00 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Tujuan forum ini diadakan adalah sebagai platform untuk menjawab persoalan-persoalan yang belum terungkai di samping memahami isu ini dengan lebih mendalam khususnya dalam aspek hak asasi manusia dan perundangan. Selain itu, penganjuran forum ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat sivil sebagai pendukung hak asasi rakyat secara umum dengan menitikberatkan peranan mereka yang sememangnya penting dalam usaha memastikan masyarakat te...

ANALISA PRK HULU SELANGOR: Kemenangan yang tak perlu dibanggakan

Image
Sumber: Malaysiakini Sebaik keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diumumkan, kalungan tahniah dan puji-pujian melimpah sesama pemimpin Barisan Nasional. Namun jika diteliti, kemenangan oleh P Kamalanathan itu bukan sesuatu yang membanggakan. Majoriti yang diperolehinya adalah 1,725 undi dan jika undi pos sebanyak 627 yang terdiri daripada anggota keselamatan yang lazimnya berpihak kepada BN diketepikan, BN cuma mendapat majoriti 1,078. Jumlah itu agak jauh lebih kecil daripada jumlah undi 6,176 yang dimenangi oleh BN di tiga kerusi dewan undangan negeri yang terletak di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 lalu. Ini menjelaskan mengapa Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pengundian begitu yakin Kalamanathan mampu menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 6,000 undi. 'Undi pecah' Pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi memberikan undi mereka kepada PKR pada peringkat persekutuan tetapi bagi kerusi negeri, ...

PKPIM LANCAR KEMPEN “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID”

Image
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kes seorang pelajar yang bernama Aminulrasyid Hamzah yang berusia 15 tahun yang dilaporkan mati ditembak oleh anggota polis peronda dalam satu insiden di Shah Alam awal pagi semalam. PKPIM berpandangan pihak polis tidak wajar melepaskan tembakan ke atas pelajar berkenaan memandangkan pelajar tersebut bukan dalam keadaan yang membahayakan. Sebaliknya, pihak polis masih boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan pelajar terbabit menyerah diri. Tambahan pula, mangsa terbabit masih dikategorikan dalam lingkungan bawah umur dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Maka, bagi PKPIM kes pembunuhan yang trajis ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak seharusnya berlaku. Ekoran itu, sebagai persatuan yang memayungi seluruh pelajar Islam di Malaysia. PKPIM atas rasa tanggungjawab telah melancarkan kempen “Keadilan Untuk Aminulrasyid” melalui kumpulan facebook sebagai suatu anjaka...

PKPIM Proaktif Dalam agenda Ta'dib

Artikel ini tersiar dalam Sinar Harian 22 April 2010. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-82 Sultan Perak. Baginda menekankan perihal adab sebagai penentu terhadap jatuh bangunnya pemimpin, bangsa dan negara disamping membentuk sebuah masyarakat dan negara bangsa yang stabil lagi makmur. Adab yang dimaksudkan di sini, ialah “ meletakkan sesuatu pada tempatnya ”. Namun,hasrat murni ini tidak akan tercapai sekiranya insiden-insiden salah laku akhlak yang berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang seperti sudah menjadi rutin kebiasaaan. Sebagai contoh, persidangan Parlimen Malaysia yang menjadi tumpuan ramai akibat isu-isu yang hangat dibangkitkan. Malangnya, kehangatan yang timbul bukanlah kerana perdebatan ilmiah ataupun intelektual yang berlaku di antara ahli parlimen tentang...

Islamic Economics: “Has Islamic Economics developed into a full fledged discipline yet?

Abstract Islamic Economics is now the most debated topic in most of the Muslim developing countries nowadays. The issues of implementing an Islamic economics system is not only being discussed in the third world Muslim countries and developing countries, but also in well-established countries such as The United States of America, The United Kingdom and many other European countries where the conventional economics theory is highly recognized and being practised widely there. We recall that it is the conventional economics that dominates almost every part of the world. Its modern economic thinking and ideologies have been widely accepted and has successfully developed throughout the decades. The conventional system manages to uphold its discipline after going through years of painstaking process of development spanning over more than a century. The developments were done successfully without any interruptions. Everything was in order and went accordingly as it was reflected in the...