Posts

Showing posts from December, 2009

Konsep Ta’dib: Satu penjelasan ringkas

Oleh: Faisal Abd. Aziz* DALAM memberi takrif pendidikan secara sistimatik dan komprehensif, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas menegaskan dan menjelaskan bahawa tujuan pendidikan menurut Islam adalah untuk melahirkan seorang individu manusia yang baik. Justeru, bagi beliau apa yang perlu kita tekankan dalam pendidikan adalah nilai manusia sebagai manusia sejati. Maka, beliau menegaskan bahawa penekanan terhadap individu bukan hanya penting, tetapi juga merupakan strategi yang dilihat ampuh hari ini. Mekanisme pelaksanaannya adalah dengan memberi penekanan terhadap individu yang mengimplikasikan pengetahuan tentang akal, nilai dan spiritual, dan tentang tujuan dan maksud yang sebenar kehidupan ini memandangkan akal, nilai dan spiritual adalah unsur-unsur yang diwarisi oleh setiap individu. Lantaran itu, konsep Ta’dib yang dipelopori Syed Muhammad Naquib al- Attas merupakan suatu gagasan pendidikan dalam Islam yang bermatlamat untuk menjadikan manusia yang seutuhnya serta mempunyai...

Politik Malaysia hari Ini...

Image
Hampir dua tahun setelah PRU12, tsunami politik kita belum reda, dan nampaknya tidak ada tanda-tanda akan reda. Setelah sembilan pilihan raya kecil – tidak lama lagi mungkin menjadi sepuluh! – suasana berkempen sentiasa memba kar semangat. Kita melihat para penyokong selalu terlebih emosional, hingga berperangai macam kanak-kanak. Perak, sebuah negeri Pakatan Rakyat (PR) berjaya dirampas oleh Barisan Nasional (BN) menerusi satu pembelotan. Ada yang kata bukan belot, tetapi dibeli. Akibatnya sidang Dewan Undangan Negeri tidak pernah berjalan dengan tenteram. Ada sahaja gangguan. Malah ada sidang bawah pokok – tidak pernah dibuat orang dalam sejarah politik moden. Menteri Besar kata bekas Menteri Besar tidak betul. Bekas Menteri Besar pula kata Menteri Besar sekarang tidak betul. Bekas Speaker kata dia masih Speaker. Speaker kata bekas Speaker tidak ada kuasa. Lucu, juga memalukan, keduanya berebut jubah Speaker. Betul-betul macam adegan dalam filem Hindustan! Serang-me...

Perihal Tiga Jenis Minda

Image
(sumber: SINAR HARIAN) norden@sinarharian.com.my Ketika saya menjadi siswa pada tahun 70an, seorang teman motivator telah menyampaikan sebuah madah yang amat berkesan kepada saya. Madah di dalam bahasa Inggeris itu berbunyi. “Small minds talk about people, average minds talk about issues, big minds talk about ideas.” Terjemahannya ialah, “mereka yang berminda kecil bercakap mengenai manusia, yang berminda sederhana, bercakap tentang isu, yang berminda besar, bercakap tentang idea.” Beberapa tahun yang lalu, kemudahan Internet mempertemukan saya dengan orang yang mengucapkannya. Orangnya ialah Eleanor Roosevelt, isteri kepada Franklin D. Roosevelt, Presiden Amerika yang ke-32. Di mana dan mengapa Eleanor melahirkan madah itu tidak saya temui. Namun, saya memperoleh satu ilmu untuk mengenal jenis minda manusia. Memang benar, manusia yang berminda kecil suka bercakap mengenai orang lain. Mereka ini mudah dikenali kerana mereka hidup di dalam paksi dan orbit seharian yang sama. Paksi dan o...