Posts

Showing posts from November, 2009

Seminar Sehari Pandangan Alam Islam (Worldview Islam) dan Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Image
Intelektual perlu pandangan alam yang tepat oleh: Y.B Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri KPT) KITA memerlukan intelektual untuk mendefinisi, meneroka, membentuk, membangunkan, mempertahankan dan meneruskan tamadun dan peradaban. Persoalannya, adakah intelektual diberikan ruang dan peluang untuk berperanan dengan sedemikian rupa? Adakah ruang dan peluang itu disediakan dengan setulus kudus, atau ia sekadar untuk membolehkan pihak tertentu kelihatan prointelektual? Adakah peranan intelektual benar-benar diiktiraf, atau ia sekadar melepaskan batuk di tangga? Adakah orang yang ditampilkan sebagai intelektual itu sebenar-benarnya intelektual atau sekadar intelektual rupaan? Adakah orang yang dilantik memimpin organisasi intelektual itu sebenar-benarnya pemimpin intelektual atau sekadar pemimpin bodektual? Persoalan yang lebih besar ialah adakah intelektual mempunyai pandangan alam yang tepat, iaitu yang selari dan selaras dengan makna tamadun dan peradaban yang dimaksudkan it...

Mencari Kebenaran Dalam Beragama

Mencari Kebenaran Dalam Beragama Dari neraca agama, hidup ini adalah satu ujian besar daripada Tuhan ke atas hamba-hambaNya. Ujiannya datang dari berbagai sudut. Salah satu sudutnya adalah tuntutan untuk kita menyesuaikan hidup kita mengikut kehendak agama. Lebih daripada itu, kita juga dituntut untuk memperjuangkan agama dalam hidup kita. Tetapi turut perlu diinsafi, terutama bagi kita yang hidup diakhir zaman ini, antara ujian terbesar kita dalam kehidupan beragama adalah untuk mencari dan memilih fahaman dan ikutan yang benar dan murni dalam beragama. Antara Yang Zahir dan Yang Benar Ada beberapa faktor yang tambah menyukarkan kita dalam membezakan yang benar dan yang tidak dalam beragama. Masyarakat awam misalnya mudah terpengaruh pada sesuatu yang menonjol, aggresif, lantang dan dilihat yakin. Oleh itu, sering berlaku pihak yang zahirnya lebih berani, lantang, fasih dan mendapat liputan meluas itulah yang lebih didengari dan dianggap betul. Selain daripada faktor itu, aliran yang ...

Sekitar Rakaman Al-Kuliyyah: Antara Adab dan Biadab

Malam tadi (19 November 2009), saya mengikuti sesi rakaman rancangan Al-Kuliyyah (TV3) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sesi kali ini agak menarik, dengan tajuk “1 Akidah” rancangan kali ini menampilkan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman. Perbincangan yang bertajuk “1 Akidah” ternyata banyak berkisar sekitar persoalan tentang adab, tentang perbezaan pendapat. Itupun, tidak sepenuhnya perbincangan itu bersifat ilmiah. Apa yang pasti, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman mengecewakan. Sikap dan kata-kata mereka ternyata menggambarkan suatu kebiadaban; apa yang diistilahkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady sebagai fenomena “kebiadaban intelektual”. Perbezaan pendapat adalah suatu lumrah yang tidak mungkin boleh dielakkan. Justeru, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam ajaran Islam telahpun disiapkan panduan dan pedoman untuk menangani perbezaan pendapat tersebut. Sepertimana yang telah difir...

Hikayat Tiga Masons Melayu: Mahathir, Anwar dan Nik Aziz

Image
Baca sehingga habis Komentar Awal : Artikel ini bagi saya sangat menarik jikalau para pembaca dapat read between the lines . Sekali lagi saya kata read between the lines . Menyimpulkan pandangan yang sama seperti saya fikirkan. sumber : MistisFiles Tiga manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat sebab-sebab yang tertentu.Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih gemilang.Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia yang marah dan kecewa.Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat bahagian masing-masing dari dari bermacam kutukan dan penghinaan. Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk mengalahkan karismanya setakat ini.Seorang darinya pula menerima penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan.Yang lagi seo...