Takziah..

Takziah kepada keluarga seorang pelajar tahun pertama UIA Kuliyyah Kejuruteraan yang kematian anak lelaki mereka pagi tadi akibat mati lemas di Kolam Renang di Stadium Saidina Hamzah.

Difahamkan allahyarham baru sahaja selesai bermain futsal bersama-sama rakan sebelum menceroboh masuk ke kolam renang berkenaan dan ditemui mati lemas selepas itu. Perkara ini sememangnya mendukacitakan pihak universiti khususnya mahupun keluarga pelajar sendiri dalam menghadapi bulan Ramadhan yang baru saja bermula.

Difahamkan jenazah telah dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan akan dibawa ke Masjid UIA pada tengahari ini sebelum solat jenazah akan diadakan selepas solat Zohor sebelum dibawa pulang ke Jertih, Terengganu.

Takziah sekali lagi diucapkan kepada keluarga allahyarham. Semoga dengan kejadian seperti ini yang difahamkan oleh penulis telah 3 kali berlaku tidak lagi berulang. Langkah pencegahan dan keselamatan ditempat-tempat tertentu seharusnya dipertingkatkan.

Juga nasihat kepada teman-teman agar menggunakan masa dengan sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini untuk beribadat kepada Allah SWT. Mungkinkah ini kali terakhir Ramadhan kita...

Fikir-fikirkan lah...

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”