Kemaskini...(SIRI 1)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog Analisa Fahmi! Sudah semestinya kalian menantikan 'new entry' yang tidak kunjung-kunjung tiba. Memang sudah bersawang dan berhabuk blog ni. Setakat buka dan tutup dengan entri yang masih sama! Tiada usaha untuk menaip baik sepatah kata walaupun pelbagai isu menarik datang dan pergi.

Maaf untuk semua.

Betul kata senior, "jika kita berhenti menulis nie memang susah untuk start balik.." Betul juga tu...

Untuk tidak menghampakan semua ada baiknya saya menceritakan serba sedikit perjalanan hidup sepanjang akhir bulan April dan bulan Mei tahun ini. Semoga dengan laporan ringkas ini dapat memberi makna dan input yang berguna kepada semua.. Berkemungkinan entri lain yang sesuai akan ditulis dengan lebih lanjut dalam keluaran mendatang.



Pada 25 April 2009 saya sempat memenuhi undangan rakan Sdri Naimah yang selamat diijabkabulkan dirumahnya di Besut. Perkahwinan beliau dengan seorang guru graduan USM. Perjalanan dari Kuala Terengganu berseorangan menaiki Kancil memakan masa 2jam untuk sampai ke Besut untuk menjemput Balqis di rumah kawannya sebelum ke rumah Naimah yang tidak berjauhan. Kelihatan sahabat-sahabat daripada UIA yang kebanyakan dari Kelantan negeri lain memeriahkan majlis tersebut. Sempat juga menjadi Mak Andam juga orang tu. Boleh la mintak service lepas nie..Semoga Naimah dan suaminya berbahagia hingga ke anak cucu. Hadiah 'Lembek' pemberian kami diharap sebagai tanda ingatan kami kepada beliau.


Usai di majlis tersebut, saya diamanahkan untuk menjadi 'tour-guide' rombongan lawatan sambil belajar HEWI UIA ke negeri penyu ini. Bermula dengan melihat kecantikan dan keindahan pantai di Besut sebelum beransur pulang ke Kuala Terengganu. Sepanjang disana mereka dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu antaranya ialah Muzium Terengganu, Masjid Terapung, Pulau Wan Man yang letaknya monumen-monumen Islam dan Masjid Kristal, Pasar Payang, Losong (Keropok Lekor), Lapangan Terbang dan lain-lain. Kelihatan para peserta rombongan berpuas hati dengan layanan tuan rumah dan kami juga sempat mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di Institut Perguruan Dato Razali Ismail pada malamnya.


Pada 27-30 April 2009 pula saya menghadiri Majlis Perasmian IMYC yang disempurnakan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka di UIA. Program yang baik dan bermanfaat dan masih kurang penglibatan peserta tempatan baik dari IPT-IPT mahupun NGO-NGO lain. Maaf juga kepada komiti IMYC kerana tidak dapat memenuhi kesemua aturcara yang telah disediakan.

Pada 1-3Mei 2009 pula saya menghadiri Kem Pemantapan Iman (Tamrin Qiyadi ABIM) yang diadakan di ILIM, Bangi. Usai saya dan Izzat menghadiri satu majlis di Bukit Jalil, terus sahaja kami kesana. Rancangan hanya mahu singgah sebentar, tetapi bila Sdra Izzat sudah register, mahunya kami untuk kekal sehingga tamatnya program. Pengisian yang diberikan sangat menarik terutamanya pada slot petang walaupun tidak berkesempatan sepenuhnya oleh Ustaz Abu Hafiz daripada Negeri Sembilan. Kuliah Maghrib hari itu disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasir Mat Tap yang menjelaskan kepentingan kesatuan roh dalam pergerakan jemaah dan gerakan Islam. Sesi Riadhah juga meriah dengan penglibatan daripada kesemua keluarga besar ABIM dalam acara futsal, takraw dan bola jaring. (Dr Farid lagaknya seperti pemain Proffesional)huhu.. Pada majlis penutupan Kem ini saya ditugaskan sebagai Pengerusi Majlis dan kehadiran Syeikh...bekas Mufti Africa Selatan memberi pengisian seterusnya memberkati lagi majlis ini.

4 Mei 2009, tarikh bermulanya semester pendek bagi pelajar UIAM. Saya difahamkan kebanyakan universiti lain tidak melaksanakan Semester Pendek ini. Keputusan Semester lepas tidak mencapai target sebenar. Alhamdulilah, tiada yang sangkut, tetapi pengajaran daripada semester lepas ialah 'study group' perlu diperkasakan. Result menujukkan subjek yang saya belajar secara bersendirian tidak menepati sasaran.

Insya-Allah untuk semester pendek ini saya hanya memperoleh satu subjek. Managment Information System (MIS).Subjek yang memerlukan saya berulang alik ke Kulliyah ICT dengan kuasa TR3742. Kenapa satu subjek? Subjek Ekonomi banyak tidak di'offer' pada kali ini. Jika ada pun kebanyakkan adalah untuk pelajar tahun pertama..

Setakat ini dahulu untuk Siri 1 nie. Mungkin akan menyusul siri ke 2 penceritaan dan pengkisahan ini. Mesti ada yang tidak bersetuju dengan entri sebegini. Bilalah mahu menulis subjek-subjek yang lebih ilmiah? Betul tak??

Nantikannya....

Salam...

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
SRC Office
IIUM

Comments

qismi said…
service??? bayar lebih la yea..

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”