IMYC

Sekarang ni penulis sebagai salah seorang peserta program International Muslim Youth Camp (IMYC) bertempat di UIAM. Program international level yang bermula pada 26April hingga 1Jun anjuran gabungan Mahallah atau Kolej Kediaman UIAM ini merupakan satu usaha murni dan iniatif terbaik perwakilan pelajar atau MRC dalam usaha untuk memartabatkan salah satu Mission UIAM iaitu Internationalization.Tahniah! Program ini pada dasarnya merupakan salah satu resolusi daripada program Bench-Marking visit to Jogjakarta pada tahun lepas yang mana penulis menjadi salah seorang panel dalam forum di Universitas Muhammadiyyah di Jogjakarta waktu itu dan hasil daripada perbincangan itu lahirlah usaha kearah penganjuran program ini.

Meskipun begitu, pemerhatian penulis dalam program ini kepada penglibatan mahasiswa daripada Malaysia terutamanya pelajar Melayu di Taman Ilmu dan Budi ini masih lagi kurang dan tiada sambutan jika dibandingkan dengan kehadiran peserta luar negara terutamanya pelajar daripada Sub-African yang dilihat mendominasi perbincangan dan pembentangan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Berkemungkinan cuti Semester yang menjadi penghalang kepada mereka ini? Mujurlah AJK dan komiti program berlapang dada untuk turut bersama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Penulis juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada komiti dan AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. Moga usaha dan pengorbangan yang diberikan mendapat balasan dikemudian hari. Insya-Allah.

Sesungguhnya pengisian ilmiah yang diberikan oleh beberapa panel yang dijemput khas dalam dan luar negara membuka satu demensi baru kepada bakal pimpinan dunia Islam akan datang. Pembentangan kertas kerja oleh pakar rujuk penulis "Prof Kamal Hassan" dengan tuntas memberi kritikan yang objektif kepada mereka yang bergelar pemimpin dan khalifah. Moga terus diberi kekuatan untuk mengadaptasi gesaan dan saranan beliau.

Jika ada kesempatan penulis akan membincangkan serba sedikit kertas kerja yang diberikan beliau dalam tulisan. InsyaAllah..

Tidak ketinggalan program yang dirasakan penting ialah Intellectual Forum yang melibatkan tokoh-tokoh akademik seperti Prof Sidik Baba, Research Felo daripada ISTAC dan seorang aktivis Islam di Filipina.

Selain itu, aktiviti perbincangan kumpulan pada petang tadi juga merupakan salah satu pengisian yang menarik yang diperbanyakkan dalam sesuatu aktiviti kampus. Perbincangan isu-isu semasa seperti isu Ekonomi, Sosial, Pendidikan, Perundangan, Syariah Islam dan sebagainya membuka minda setiap peserta untuk lebih arif dan updated dalam memahami dan mendasari sesuatu isu untuk diketengahkan melalui perbincangan dan pembentangan. Melalui aktiviti ini juga setiap kumpulan akan diadili dan diberi komen oleh pensyarah.

Malam tadi persembahan kebudayaan menjadi salah satu tarikan program ini. Budaya Malaysia yang kaya melalui aktiviti keseniaan cuba diangkat oleh penganjur dengan persembahan Cak Lempong, Tarian Sumazau dan beberapa persembahan lain yang mendapat reaksi yang positif daripada para peserta. Tidak ketinggalan peserta daripada Somalia juga menunjukkan bakat dan budaya tarian mereka.

Sepatutnya esok 30 April, semua peserta akan dibawa melawat ke Bandaraya Bersejarah Melaka. Program berbentuk lawatan ini memberi peluang kepada para peserta terutamanya daripada luar negara mengalami keseronokan tersendiri melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Melaka. Lawatan ini juga dibiyai oleh Kerajaan negeri Melaka.

"Visit Mallaca means visit Malaysia".

Malangnya penulis tidak berkesempatan untuk terlibat sama kerana urusan lain. Sedikit Research perlu dilakukan di Library, juga sesi bersama pelajar baru pada petang dan usrah pusat pada malamnya. Harap semuanya berjalan seperti biasa.

Sekadar ini sahaja pengisian dariku untuk waktu ini. Banyak yang boleh ditulis olehku sepanjang cuti Semester ini. Semoga diberikan kekuatan...

Sekian..

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Surau BILAL UIAM
3.34pagi....

Comments

D'Rimba said…
Salam, mudahan akan ada lagi forum PPSMI di UIA lagi dan lagi. Saya idak dapat maklumat mengenai program April lepas terasa begitu rugi tidaklah terhingga. Mohon untuk dibuat lagi pihak tuan. Terima kasih atas keperihatinan.....

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

IMAM MASJID DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”