B-SPOT @ TV 9 (Siri 1)

EPISOD 1

Fahmi.. Enta nak masuk TV tak? tanya Abg Hilmi kepadaku usai kami sampai di rumah Abg Yusri (Presiden ABIM) selepas sahaja usrah Gabungan PKPIM-ABIM-WADAH di Kolej Darr-Hikmah Kajang. Masuk TV apa pulak nie abang? tanyaku minta penjelasan.

Lantas beliau terus SMS sesuatu kepadaku. "Abang dapat panggilan tadi daripada production manager program program bual bicara. Mereka ni menjemput abang untuk menjadi salah seorang daripada panel. Tetapi.. melihatkan kepada tajuk bual bicara ni abang rasa tak berapa sesuai sangat untuk diulaslah. Kalau Fahmi berminat, abang minta Fahmi sahaja wakilkan abang. Boleh? Abang dah bagitau pada M.K..tp dia segan pula".

Aku terus sahaja melihat SMS yang diberikan tadi. Rancangan Bual Bicara B-SPOT yang akan bersiaran pada 21 April 2009 ini selepas berakhirnya program HUJAH di TV9.

Topik: "Gejala Seks di tahap I.C.U"

Anda sebagai Pro kepada tajuk ini dan seorang lagi tetamu ialah En Azahan seorang pensyarah dan pelakon yang membawa hujah kontra dalam bual bicara ini.

http://www.tv9.com.my/App_Themes/tv9/images/landing/new/logo.jpg

Aku tidak terus memberi keputusan waktu itu. Biarlah untuk aku membuat keputusannya nanti. Bagi aku, topik yang diminta oleh pihak produksi tidak sesuai pada asalnya. Kenapalah tidak sahaja bagi isu PPSMI ke, isu Remaja Belia dan lain-lain.

Ada juga aku bertanya kepada beberapa rakan dan teman berkenaan hal ini. Ada yang tidak bersetuju barangkali... Maaf yea....

Keesokan paginya Abg Hilmi terus menghantar mesej dan memberitahu kepadaku bersiap sedia ke MMU Cyberjaya pukul 1 tengahari ini. Abg dah maklumkan kepada producer! Aku agak terkejut. Mujurlah jadual peperiksaanku pada Sabtu ini. Barangkali aku menolak jika clash dengan jadual tersebut.

Rasanya ada hikmah juga rasanya bila aku menerima arahan Presiden ni. Sudah tentu sebagai Exco Penerangan PKPIM, aku akan berusaha membawa nama baik persatuan ini. Apalah sangat peranan aku sekarang ni pun... Bila lagi rasanya mendapat peluang sebegini kalau tidak direbut sekarang! ujarku..

Pagi itu terus sahaja aku bersiap. Katanya.. pakaian kemas yang melambangkan belia. Aku terus sahaja pakai mana yang ada. Terus ke Cafeteria Mahallah Siddiq untuk mencari sedikit bahan-bahan berkenaan topik ini. Susah juga kalau kita tidak merujuk kepada fakta sebelum berhujah. Sambil pekena Teh Tarik dan roti canai aku serba boleh mencari bahan-bahan untuk dijadikan sumber kepadaku ketika program bual bicara kelak.

Terus aku ke pejabat Mahallah As-Siddiq memandangkan battery laptop sudah low. Mujur Dr Fuzi (Principal) ada dan memberi sedikit input kepadaku.

Kebetulan pula En Shafiq producer program itu menelefon dan menghantar kepadaku melalui email, teks dan juga Master Plan untuk sesi ini kelak. Atleast adalah juga petunjuk bagiku untuk program ini. Aku masih lagi tercari-cari maksud sebenar yang hendak disampaikan melalui program bual bicara ini. Melihatkan kepada teks berkenaan, aku merasakan diriku sudah diberi skrip, cuma diminta untuk diluahkan sahaja olehku. Panik pula rasanya. Terima kasih kepada Kak Mar yang banyak menolongku memberikan link-link tertentu untuk aku study isu ini dengan lebih tuntas. Terima kasih yea akak.

Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Aku masih lagi belum bersedia. Mana mungkin aku sampai tepat pada jam 1.00 di MMU Cyberjaya. IPTS itupun tidak pernah aku jejaki. Tiada pula yang boleh meneman.

Syukurlah adik-adik Exco sudi menemani aku. Terima kasih kepada Azizan dan juga Lina kerana sudi menjadi peneman. Pukul 12.45 tgahari kami bertiga bertolak ke MMU Cyberjaya.

Ingatkan boleh la aku sambung ulangkaji isu ini dalam perjalanan nanti. Rupanya terpaksa juga menjadi pemandu. Azizan pula tiada lesen. Hmm.. Terpaksalah meminta Azizan untuk mengulangkaji bagi pihak diriku. Input-input daripada mereka juga diminta dan dibincangkan secara bersama untuk memberi cambahan idea-idea baru kepada diriku..

Rasanya untuk setakat ini untuk episod pertama ini.. Macam dalam rancangan apa pula yea.. Rehat untuk pesanan penaja! huhu... Nantikan episod ini pada entri akan datang...

(Episod 2) Cerita di MMU Cyberjaya (Studio Fakulti Kreatif Multimedia)

Salam..

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Surau Mahallah Bilal
UIAM

Comments

Mohd. Ramadan said…
bila siaran tuh nak kuar?? ak nak tgk.. hehe
Insya-Allah episod ke 2.. jika x silap 28.4.09 nie...

xpayah tgkla.. nampak lain jek aku..
naimi said…
salam pami..
wah tahniah..
ermm wajah pami dah kelihatan di TV9 tadi..
iklan for B-Spot...huhu...
cayalah pami..
xsabar nak tgk nie hehe...

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”