Telefon Al-Quran Pertama Di Dunia


Telefon Al-Quran Pertama di Dunia! Penulis teruja dan agak terkesan dengan SMS promosi Abg Syuhaib. Harga yang berpatutan dan ciri-ciri telefon buatan China ini menarik minat penulis untuk memilikinya. Kebetulan penulis sendiri ketiadaan telefon peribadi dan baru sahaja menjual semula “communicator” yang pada asalnya menjadi milik penulis. Sebelum ini hanya memakai telefon ihsan milik Syah.

Memandangkan masalah yang terlampau banyak, terpaksa penulis menjual semula communicator pada harga yang agak rendah kepada taukey yang menjual telefon ini kepada penulis sebelum ini. Sudah tentu penulis mengalami kerugian danhal ini akan menjadi pengajaran kepada penulis sebelum terlibat dalam mana-mana transaksi pembeliaan selepas ini.

Penulis mengakui hakikat bahawa penulis agak boros dan membazir kebelakangan ini. Walaupun menabung dan melabur dalam ‘Islamic Unit Trust’ tetapi ini semua tidak memberikan MAKNA pelaburan dan penyimpanan dalam konteks sebenar kepada penulis. Perbandingan yang biasa dibuat oleh Mama (ibu penulis) yang membandingkan penggunaan wang oleh penulis dan juga kembar penulis sendiri. Memang diakui Fikri agak teliti dan cermat. Walaupun beliau dianugerahkan biasiswa JPA(penulis mendapat pinjaman PTPTN)beliau masih lagi seperti dulu.Harap-harap betullah ayat ini.

Banyak perkara yang perlu diubah dalam diri penulis. Insya-Allah selepas ini penulis bertekad untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan penting . Hakikat pembelian buku-buku dan majalah ilmiah mesti diteruskan. Tidak dinafikan juga, penulis ada berhutang kepada abang-abang PKPIM dan seorang sahabat baik. Diharapkan kepada mereka bersabar menunggu bayaran mereka.Alhamdulilah, mereka semua memahami keadaan penulis.

Tambahan pula, penulis mengalami kesukaran mendapatkan duit program semester lepas (Program Dialog Pindaan AUKU). Masih lagi terbantut di ‘Finance UIA’ agaknya. Sabar Fahmi! Lebih malang penulis ada terlibat dalam beberapa siri ‘kemalangan kecil’ yang memaksa penulis mengeluarkan wang untuk jumlah yang tertentu.

Mungkin ini semua adalah dugaan dan ujian ataupun penulis mengikut nafsu semata-mata dalam semua hal. Langkah yang perlu diambil selepas ini ialah BERUBAH! Jauhkan mesin ATM seberapa lama yang boleh. Puasalah selagi mana yang termampu. Betulkan niat terlebih dahulu. Disamping melakukan ibadat, dapat juga penulis mengurangkan berat badan ini.

Penulis juga bercadang untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan. Seharusnya Azam dan Tekad perlu ada dalam hati dan sanubari penulis. Jangan hanya “hangat-hangat tahi ayam”. Peluang untuk menjadi ‘dealer’ telefon Al-Quran ini akan penulis gunakan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih kepada Abg Syuhaib kerana memberi galakan dan sokongan kepada penulis. Tambahan pula kegawatan ekonomi dunia hari ini mengajar kita supaya lebih berjimat dan berhati-hati dalam berbelanja.

Bercakap soal kegawatan ekonomi, penulis berminat untuk mengulas berkenaan indeks kadar jenayah yang meningkat di Malaysia dewasa ini. Peningkatan jenayah ini sudah tentu berkadaran langsung dengan kemerosotan ekonomi. Tambahan pula keadaan ekonomi yang semakin gawat menyebabkan banyak syarikat-syarikat gulung tikar seterusnya meningkatkan kadar pengangguran dalam Negara.Tindakan sewajarnya harus diambil oleh pemerintah dalam menghadapi situasi ini. Jangan asyik leka berpolitik dan kesannya akan terus memburukan Negara.

Sebagai akhirnya, kepada pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon mudah alih ini bolehlah menghubungi penulis. Penulis berpuas hati atas kemampuan telefon ini. Sekiranya berlaku masalah teknikal akan segera dapat diatasi kerana syarikat yang mengedar telefon ini berpangkalan di Kuala Lumpur dan mudah dihubungi.

Antara kelebihan telefon ini ialah seperti dibawah:


Digital Qur’an Features

• Digital Holy Quran text & Audio (114 Surahs) Arabic Text by Othman Font
• Recitation by Sheikh Sudias & Shuram
• Duaa Khatam Al-Quran and 99 Names of Allah
• Qiblat Direction of all major cities in the world
• 28 languages Quran translation(including Malay)
• 9 Hadith books
• Solat Times with Adzhan Alarm


Mobile Phone Features

• GSM 900/ DCS 1800/ PCS 1900
• Dual SIM cards
• 2.6’’ display, True Colour TFT LCD
• Touch screen
• Bluetooth, FM
• 2.0 Mega Pixels Camera
• Mp3 & Mp4
• Support T-Flash card
• 1GB Memory Card
• 1 year warranty

Terdapat 2 jenis telefon ini. RM 380 dan RM 450.Murah dan berpatutan.

Belilah untuk kemudahan dan keselesaan anda! Cepat sementara stok masih ada!!

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Mahallah As-Siddiq
UIAM

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”