Kepada semua pembaca blog Analisa Fahmi. Maaf diminta sekiranya sepanjang perkenalan saya ada mengguris hati dan perasaan kalian.. Maaf Zahir dan Batin..
Ucapan saya dalam KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah: Dalam sesebuah Negara bangsa yang maju yang mempunyai umat yang bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup besar. Jika generasi muda yang dilahirkan lesu, lemah dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Jika segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah suatu kelompok yang disebutkan Al-Quran sebagai zurriyatan du’afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak bergagasan. “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi ) yang lemah”. (An- Nisa:9) Pusingan ketamadunan manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan betapa generasi muda sebenarnya mempunyai kepentingan tertentu yang tidak boleh dikesampingkan. Mereka merupakan cerminan kepada gambaran masa depan sesebuah tamadun. Justeru penampilan suat...
Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk ke laman blog yang di beri nafas baru ini. Sebelum ini saya telah mempunyai blog lain iaitu "Suara Mahasiswa UIAM", tetapi malangnya setelah tidak di kemaskini menyebabkan rasa 'zouk' untuk menulis tidak kesampaian. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menamatkan saja blog itu dan lahirlah "PEMIKIR MUDA" pada tanggal 1 Julai 2008 ini. ok.. macam skema pula tulisan ini.. Sebenarnya, ramai kawan-kawan dan juga abang-abang 'senior' yang menyarankan agar saya mempunyai blog yang khusus untuk sama-sama terlibat dalam pekembangan semasa baik di Malaysia mahupun dalam konteks global. Jadi, untuk menyahut seruan ini, saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik dan istiqamah dalam aktiviti penulisan ini. Mungkin sebelum ini banyak kerenah dan alasan yang mungkin bermain yang menyebabkan idea-idea yang ade dalam fikiran tidak dikembangkan melalui penulisan. Anta...
Satu peratus penduduk dunia kini terdiri daripada pelarian, pencari suaka atau pelarian dalaman di negara sendiri ( IDPs ). Sebahagian mereka mungkin pernah mengecapi nikmat dunia sepertimana yang dilalui 7.9 billion manusia lain. Pengalaman silam mempunyai pekerjaan, kenderaan, kediaman mahupun kehidupan bekeluarga dalam keadaan aman dan sejahtera pastinya merupakan kurniaan yang dirindukan. Kelompok rentan 1% ini majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita yang berisiko tinggi berhadapan dengan seribu satu kemungkinan disebabkan oleh peperangan, penganiayaan, pelanggaran hak asasi manusia dan segala bentuk keganasan lain. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam Laporan Global Trend 2019 yang dikeluarkan pada 18 Jun 2020 lalu mendapati sehingga penghujung tahun 2019, terdapat 79.5 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Angka yang menghampiri 100 juta ini menunjukkan lebih dua kali ganda perpindahan global berlaku dalam tempoh sedekad. Sebag...
Comments