Posts

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”

Satu peratus penduduk dunia kini terdiri daripada pelarian, pencari suaka atau pelarian dalaman di negara sendiri ( IDPs ). Sebahagian mereka mungkin pernah mengecapi nikmat dunia sepertimana yang dilalui 7.9 billion manusia lain. Pengalaman silam mempunyai pekerjaan, kenderaan, kediaman mahupun kehidupan bekeluarga dalam keadaan aman dan sejahtera pastinya merupakan kurniaan yang dirindukan. Kelompok rentan 1% ini majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita yang berisiko tinggi berhadapan dengan seribu satu kemungkinan disebabkan oleh peperangan, penganiayaan, pelanggaran hak asasi manusia dan segala bentuk keganasan lain. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam Laporan Global Trend 2019 yang dikeluarkan pada 18 Jun 2020 lalu mendapati sehingga penghujung tahun 2019, terdapat 79.5 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Angka yang menghampiri 100 juta ini menunjukkan lebih dua kali ganda perpindahan global berlaku dalam tempoh sedekad. Sebag
Image
 "GPM kecam insiden keganasan di New Delhi" di Akhbar Berita Harian Kenyataan Media Asal:  GPM KECAM RUSUHAN ANTI ISLAM DI DELHI Global Peace Mission (GPM) Malaysia mengecam tindakan keganasan ke atas penduduk Islam di Delhi, India yang bermula semenjak hari Ahad yang lepas. Sehingga kenyataan ini ditulis sejumlah 25 orang telah dilaporkan meninggal dunia dan lebih 200 orang tercedera. Turut dilaporkan juga sebuah Masjid turut telah dibakar dan kediaman serta kehidupan masyarakat Islam di sana kini turut terancam. Keganasan terburuk dalam beberapa dekad terjadi di Delhi ini dikatakan bermula dengan bantahan dan juga kontroversi penggubalan Undang-undang Kerakyatan yang berat sebelah dan membelakangkan penganut Islam telah diluluskan oleh kerajaan Modi pada bulan Disember yang lepas. Namun merebak menjadi pertempuran antara penganut Hindu dan masyarakat Islam sehingga melibatkan senjata api.  GPM sedang mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku dan menyeru unt

IMAM MASJID DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN

Image
IMAM DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN Oleh: AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ketua Pegawai Eksekutif, Global Peace Mission (GPM) Malaysia Kursus Profesionalisme Imam Siri 2/2018, 25-27 Julai 2018 di Pusat Latihan Islam Kundasang, Ranau, Sabah PENDAHULUAN Keaktifan institusi masjid sebagai pusat pentadbiran, pusat kepimpinan, pemantapan imej, pusat pengajaran dan pembelajaran; pembangunan masyarakat; pusat sumber; perpaduan masyarakat; penyaluran suara umat; pembangunan program kesukarelawanan; dan pembangunan sukan dan rekreasi, pusat rujukan, one-stop centre dan namakan sahaja adalah bergantung kepada orientasi dan gerak kerja organisasi masjid itu sendiri. Sudah pasti dalam hal ini peranan para Imam amat signifikan sesuai dengan kedudukan, peranan dan fungsi yang tertentu bukan sahaja mengimarahkan masjid, tetapi juga dalam membina, mengembang dan memajukan gerak kerja operasi di masjid agar tidak hanya dilihat stereotai

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Ucapan saya dalam KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah: Dalam sesebuah Negara bangsa yang maju yang mempunyai umat yang bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup besar. Jika generasi muda yang dilahirkan lesu, lemah dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Jika segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah suatu kelompok yang disebutkan Al-Quran sebagai zurriyatan du’afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak bergagasan. “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi ) yang lemah”. (An- Nisa:9) Pusingan ketamadunan manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan betapa generasi muda sebenarnya mempunyai kepentingan tertentu yang tidak boleh dikesampingkan. Mereka merupakan cerminan kepada gambaran masa depan sesebuah tamadun. Justeru penampilan suat

Generasi Muda Penggerak Agenda Pencerahan, Pembebasan dan Perubahan.

Kitaran tamadun manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan betapa generasi muda dan pelajar sebenarnya mempunyai signifikasi tertentu yang tidak boleh dikesampingkan. Mereka merupakan cerminan kepada gambaran masa depan sesebuah tamadun. Justeru penampilan suatu wajah dan imej generasi muda yang beriman, beridealisme, berilmu, berakhlak, berketrampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi amatlah diperlukan. Kisah generasi muda yang dirakamkan di dalam Surah al-Kahfi adalah refleksi kepada lambang kesetiaan serta keutuhan idealisme mereka walaupun berada ditengah-tengah suasana kebejatan moral dan aqidah yang melampau. Senario mutakhir tamadun dunia yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kecelaruan mencakupi bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, keagamaan dan banyak lagi menuntut tindakan yang lebih pro-aktif khasnya daripada generasi muda. Pastinya, peranan kita dalam dunia hari ini dan akan datang semakin ruwet lagi mencabar. Apakah kita berupaya menjadi satu

Kenyataan Balas PKPIM Kepada Zainuddin Maidin Dalam isu Syria

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) merujuk kepada penulisan Zainuddin Maidin bertarikh 14 Mac 2012 pada ruangan Forum Utusan Malaysia yang bertajuk 'Tidak perlu tunjuk perasaan anti Presiden Syria'. PKPIM berpandangan bahawa kenyataan beliau yang mengkritik tindakan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk melancarkan Perhimpunan Aman Membantah Kezaliman dan Pembunuhan di Syria ini adalah satu manifestasi kecelaruan pemikiran dalam meletakkan prioriti terhadap isu kemanusiaan.Titik perbezaan pandangan dalam hal ini bermula daripada persoalan adakah Bashar al-Assad benar-benar zalim ataupun tidak. Kayu ukur yang digunakan oleh beliau dalam merujuk kepada kezaliman ini apabila beliau melakukan perbandingan dengan kezaliman percaturan kuasa besar Barat yang melakukan 'Jenayah Hasutan' luar untuk melakukan proses 'Regime Change' di negara-negara Arab.Beliau melontarkan hujah bahawa 'Jenayah Hasutan' Barat yang dilakukan secara terancang, tersusun d

AMANAT 2012: Peranan Pelajar dan Belia Dalam Konteks Pembinaan Negara

Golongan belia merupakan golongan terbesar mewakili penduduk Malaysia, manakala pelajar pula merupakan golongan terbesar dalam kategori belia. Justeru itu, golongan pelajar merupakan golongan yang amat signifikan dalam mencorakkan sesebuah negara dalam membentuk generasi dan kepimpinan akan datang sehingga boleh menjangkau kepada pembinaan tamadun yang hebat. Dalam hubungan ini, umumnya para sarjana yang melaksanakan penyelidikan serta menganalisis aktiviti para pelajar dan belia sependapat bahawa golongan tersebut memainkan peranan perubahan yang penting dalam beberapa siri revolusi seperti di Jerman dan Austria pada tahun 1848, revolusi di China pada tahun 1919 dan pergolakkan terbaru dan kejatuhan rejim zalim Asia Barat seperti di Mesir, Libya dan Syria juga menggambarkan bahawa golongan ini berpotensi dalam menentukan jatuh bangun politik negara berdasarkan kepada perjuangan golongan terpelajar terhadap order lama di negara tersebut. Dalam tradisi Islam, penglibatan golon