Posts

Showing posts from March, 2010

PKPIM anjur Forum Mahasiswa Menggugat:Antara Realiti dan Fantasi di Universiti Malaya

Pada 11 Mac 2010(Khamis) bertempat di Dewan Kuliah F Fakulti Sastera Sains Sosial ,Universiti Malaya ,PKPIM telah menganjurkan Forum Mahasiswa Menggugat:Antara Realiti dan Fantasi .Forum ini menampilkan 3 orang ahli panel yang berwibawa iaitu Dato Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ,Prof Dr Redzuan Osman,Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya , dan Profesor Dato Paduka Mohamad Abu Bakar,penulis buku Mahasiswa Menggugat yang juga merupakan mantan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya . Abu Qasim Azmi,Naib Presiden Antarabangsa PKPIM telah menjadi moderator bagi forum yang dihadiri lebih 120 orang.Turut hadir ialah Presiden ABIM(Mohamad Razak Idris) dan juga Prof Madya Shaharudin Badarudin,mantan Timbalan Presiden ABIM. Program forum ini dimulai dengan tayangan video sajak mahasiswa oleh Allahyarhan WS Rendra(Penyair terkenal Indonesia),Slide pengenalan PKPIM,sejarah PKPIM dan program –program anjuran PKPIM. Dalam ucapan alu-aluannya