Posts

Showing posts from November, 2010

PKPIM Lancar Tabung Bencana Banjir

Disiarkan di SINAR HARIAN (12 November 2010) Jumaat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Skuad Prihatin telah melancarkan misi kemanusiaan membantu penduduk-penduduk Kedah, Perlis, dan Kelantan yang terlibat dalam musibah banjir besar yang melanda negeri-negeri terbabit. Misi kemanusiaan ini digerakkan bagi mengagihkan barang keperluan asas seperti air mineral, set kebersihan diri, selimut, tikar serta barang-barang keperluan asas serta penjagaan bayi. Di samping itu, misi juga dijangka akan mendirikan dapur umum di samping menghantar pasukan doktor untuk meringankan beban mereka yang dilanda musibah ini. Skuad Prihatin ini mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan misi-misi bantuan kemanusiaan.telah bergerak ke negeri-negeri berkenaan semenjak bencana melanda. Memandangkan kemungkinan besar gelombang kedua yang bakal melanda bantuan dan persiapan perlu digiatkan dalam usaha mencari dana membantu ma