Posts

Showing posts from July, 2009

PKPIM ANJUR KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009

Image
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dengan tema ”Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur. Penyertaan kongres adalah terbuka kepada umum khususnya di kalangan para pimpinan pelajar sekolah, pimpinan mahasiswa institut pengajian tinggi, pimpinan institusi dan badan bukan kerajaan serta pegawai kerajaan dan pembuat dasar. PKPIM merasakan bahawa penganjuran kongres ini adalah bertepatan dengan masanya ketika Malaysia sedang mencari kestabilan hala tuju pasca tsunami politik Pilihanraya Umum ke 12 dan peralihan pucuk pimpinan negara. Tambahan pula dengan isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia dalam tempoh masa itu, telah menguji kematangan Malay

JEMPUTAN KE SEMINAR KEBANGSAAN “SATU MALAYSIA- KE ARAH PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA

Assalamualaikum.... Perhatian kepada yang berkenaan. Berikut merupakan jemputan daripada Universiti Sains Malaysia seperti yang dilampirkan seperti dibawah. Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Seminar ini boleh memberikan nama, no iC , no telefon kepada saya sebelum SABTU 25 Julai 2009. a.s.a.p Penyertaan adalah percuma. Sijil penyertaan dan surat pengecualian kelas akan diberikan kepada semua peserta. Boleh juga foward kepada rakan-rakan UIA yang lain... Harap dapat memberi maklum balas dengan kadar yang segera kerana pihak penganjur memohon maklum balas penyertaan. Terima kasih. SEMINAR KEBANGSAAN “SATU MALAYSIA- KE ARAH PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA ” ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN (KPKK) BERSAMA PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan (KPKK) bersama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia akan me

Kursus Pengukuhan Integriti Kepimpinan Muda Malaysia 2009: Belia dan Politik

Image
25 June 2009 KUALA LUMPUR, 23 Mei 2009: Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan buat kali kedua Kursus Pengukuhan Integriti Pemimpin Muda Malaysia, yang diadakan selama sehari di IIM Jalan Duta. Program ini telah dihadiri seramai 64 orang peserta dari berbagai kaum yang mewakili persatuan dan kelab belia gabungan MBM seluruh Malaysia. Cabaran untuk memperkukuhkan integriti kepimpinan belia menjadi agenda penting selama kursus ini berlangsung. Peserta telah diberikan penjelasan, bertukar idea dan membahaskan perkara-perkara yang ditimbulkan dalam setiap sesi dialog dan forum yang diadakan. Pada sesi sebelah paginya, semua peserta berpeluang berdiskusi dan bertukar pendapat dengan Presiden, Institut Integriti Malaysia (IIM), Y. Bhg. Datuk Dr. Mohd Tap Salleh dan Yang Berkormat Dato’ Shamsul Anuar Nasarah, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Golongan belia sering kali dikatakan pewaris kepimpinan negara yang ada sekarang, m

MENANGANI POLITIK PERUBAHAN dan PERUBAHAN POLITIK

Image
oleh: Dato' Dr. Siddiq Fadzil (Amanat Pimpinan di Muktamar Nasional Ketiga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Kolej Dar al-Hikmah, 28 Jun 2009). Dakwah dan Misi Perubahan Sempena perhimpunan warga wadah perjuangan ini ada kewajarannya kita merenung kembali misi nabawi yang kita warisi sebagaimana yang terungkap dalam ayat 2 surah al-Jumu`ah . Misi yang terumus dalam 3T -- tilawat ( al-ayat ), tazkiyat ( alnafs ) dan ta`lim ( al-kitab wa al-hikmah ) itu dihujungi dengan ungkapan, … wa in kanu min qablu lafi dalalim mubin (… dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata), kata-kata yang mengisyaratkan berlakunya suatu radical departure , perubahan radikal, dan sekaligus membawa makna dan pesan dakwah transformatif. Perjuangan yang berteraskan 3T itu harus dapat menghasilkan tansformasi kemanusiaan, perubahan substansial yang mengakhiri kesesatan dan kebingungan masa lalu. Demikianlah hakikat misi taghyiriy-tahririy-tanwiriy (perubahan, pembebasan dan pence

Mahasiswa Berjiwa Prihatin

Image
Sumber: http://gptd.blogspot.com/2009/06/mahasiswa-berjiwa-prihatin.html Gombak - 6 Jun 2009 / 12 Jamadilakhir 1430 H - Satu forum bersempena Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Forum yang bertemakan 'Mahasiswa Berjiwa Prihatin' membariskan panel seperti saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Aktivis GPTD Sri Lanka @ Penolong Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar UIA), saudara Jufitri Joha (Pengerusi GPTD) dan saudari Norakmariah Abdullah (Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)). Antara intipati forum tersebut ialah mengajak seluruh peserta PMGK untuk terus menabur bakti dalam masyarakat walaupun mereka sibuk dengan urusan pengajian masing-masing. Saudara Jufitri menekankan kepada peserta agar mempunyai 3 sifat iaitu 1.) Be the first 2.) Be different dan 3.) Continously strive .