Posts

Showing posts from November, 2011

PKPIM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN PM UNTUK PINDA AUKU

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang akan membenarkan penuntut berusia 21 tahun menyertai parti poliltik sewaktu beliau membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat semalam. PKPIM juga merasakan pengumuman bersejarah bagi gerakan mahasiswa ini menunjukkan usaha serius pihak kerajaan memahami kehendak dan aspirasi generasi mahasiswa berdasarkan kepada realiti semasa dari kalangan pimpinan negara termasuk bayangan awal Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggambarkan kesediaan kerajaan untuk meminda akta ini baru-baru ini. Pengumuman ini juga dilihat bertetapan dengan agenda transformasi politik yang dibawa oleh Perdana Menteri dan juga mengambil semangat dan iltizam kerajaan dalam membuat keputusan memansuhkan akta drakonian lain seperti Akta Keselamatan Dalam

PKPIM Sahut Saranan & Cabaran Timbalan Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 10 NOVEMBER 2011 / 14 ZULHIJJAH 1432H Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyahut saranan dan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran yang telah memberi pandangan pada sesi soal jawab sempena Konvensyen Integriti Nasional di Putarajaya, hari ini. Beliau berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya mahasiswa memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa digagahi oleh pihak lain. PKPIM merasakan bahawa sudah tiba masanya mahasiswa di menara gading diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menunjukkan kematangan dan kebolehan mereka berpolitik sesuai dengan realiti dan kehendak semasa. Sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan, mahasiswa tidak harus terpisah dari arus perkembangan politik semasa. PKPIM menganggap politik adalah sebagai satu cabang ilmu bukanlah satu pengetahuan unt

PKPIM SAMBUT BAIK POLIS HARAMKAN SEKSUALITI MERDEKA

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 3 NOVEMBER 2011 / 7 ZULHIJJAH 1432H Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti ‘Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Seksualiti Merdeka 2011 adalah bertujuan untuk menyokong dan memperkasa golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT). Sehubungan dengan itu, PKPIM memberi amaran kepada pihak penganjur supaya akur dan membatalkan festival yang bakal diisi dengan forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan ini dengan segera dengan mengambil kira desakan dan tentangan keras yang telah dibuat oleh banyak pihak yang membantah penganjuran program songsang ini. PKPIM juga meminta supaya pihak penganjur untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana ianya jelas sama sekali bertentangan dengan norma budaya dan realiti kehidupan beragama y