Posts

Showing posts from February, 2010

The 3rd International Muslim Youth Gathering

Image
Jakarta, 27 Januari 2010/10 Safar 1431H - Subhanallah...Suatu yang mengagumkan bilamana diadakan satu perhimpunan dari seluruh pelosok dunia dari Timur hingga ke Barat.Menghimpunkan 152 jiwa dari 22 negara , demi suatu matlamat mencapai kata sepakat dalam menghurai seboleh mungkin kekusutan ummat kini . Semuanya bagaikan teruja dan terkesima dengan semangat serta iltizam setiap jiwa yang mewakili setiap negara . Menghasilkan suatu sinergi yang luar biasa . Malaysia yang menghantar seramai 12 delegasi yang mewakili 6 persatuan iaitu Saiful Islam dan Nukman mewakili Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH) , Akmal Hisham dan Zikri mewakili ABIM , Wan Mohamad Wasif dan Faisal Abdul Aziz mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ,Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Fatin mewakili Global Peace Mission (GPM) , Putra Aliff dan Saifullah mewakili Future Global Network (FGN) dan Khairul Anuar dan Nor Akmariah Yayasan Takmir . Diskusi selama 7 hari bermula 17 Jan sehingga 24 Jan 2010 diisi