Posts

Showing posts from September, 2011

PKPIM DIJEMPUT SEBAGAI PANELIS DALAM DIALOG ORANG MUDA (DOM)

19 September 2011 (AHAD):Presiden PKPIM, saudara Ahmad Fahmi b Mohd Samsudin telah dijemput menjadi ahli panel dalam Dialog Orang Muda (DOM) di Rumah Pena, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur. DOM yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Nasional (PENA) diadakan pada setiap hari Ahad minggu ketiga sentiasa membawakan tajuk-tajuk yang sangat kritikal untuk dibincangkan. Untuk DOM kali ini, ‘’Dilema Pengajian Tinggi Negara” telah diangkat menjadi topik perbincangan. Saudara Muhammad Lutfi Ishak sebagai moderator dialog telah mengendalikan diskusi dengan baik di samping lontaran hujah dan pandangan yang disampaikan oleh ahli panel jemputan lain iaitu saudara Mohd Firdaus Zolkifli (Mesin Cetak) dan saudara Wan Mohamad Wasif (Mantan Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM). En. Zainal Rashid b Ahmad, Pengurus Besar Penerbitan Kandungan TV Al-Hijrah antara yang meluangkan masa untuk bersama anak muda bagi membincangkan isu pengajian tinggi ini. Saudara Firdaus banyak bermain dengan fal

IDEALISME GENERASI MUDA DALAM MEMAKNAI TERAS-TERAS KENEGARAAN

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Hakikat yang perlu diterima semua adalah usia Malaysia sebenarnya baru mencecah 48 tahun walaupun Malaysia juga meraikan tanggal 31 Ogos iaitu Hari Kemerdekaan yang ke 54 bersama-sama dengan sambutan hari Malaysia pada tahun ini. Namun begitu, amat penting untuk kita menyelusuri dan menilai kembali landskap kefahaman dan kesedaran sosio-politik masyarakat sama ada masih berada dalam landasan atau tergelincir daripada akar teras kenegaraan dengan mengambil kira semangat awal pembentukan negara ini. Adakah kita bersikap apolegetik atau terperangkap dengan polemik istilah dasar kenegaraan yang bertukar setiap kali kepimpinan bertukar tangan. Lihat sahaja slogan-slogan mahupun istilah yang menjadi bahan bicara dan perbincangan merangkumi 1 Malaysia, Wawasan 2020, Masya

PENTAFSIRAN FAKTA SEJARAH: MPN HARUS BERSIKAP ILMIAH

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 12 SEPTEMBER 2011 / 14 SYAWAL 1432H PENTAFSIRAN FAKTA SEJARAH: MPN HARUS BERSIKAP ILMIAH Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mempersoalkan kesimpulan Majlis Professor Negara (MPN) menerusi kenyataan akhbarnya tentang Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah oleh British. Kenyataan akhbar tersebut dibuat oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudanya, Prof. Dato’ Zainal Kling dalam sidang akhbar bersama Pengerusi MPN, Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan anggota-anggota jawatankuasa MPN pada 9 September 2011 yang lalu. Majlis Professor Negara menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah, hanya dilindungi Inggeris dengan meletakkan negeri-negeri Melayu itu di bawah kekuasaan Pejabat Tanah Jajahan melalui penguasaan undang-undang Inggeris, pentadbiran bercorak Inggeris, dan ekonomi kapitalis cara Inggeris. Dalam kata lain, MPN berke

Idealisme, Aktivisme, dan Intelektualisme Gerakan Mahasiswa

Dalam kesibukan memenuhi undangan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai bersempena bulan Syawal dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, golongan pelajar merupakan golongan yang sibuk dalam menghadapi persediaan sama ada persiapan menduduki peperiksaan UPSR bagi pelajar sekolah rendah dan peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar sekolah menengah. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada adik-adik yang sedang berjuang menghadapi musim peperiksaan ini. Tidak dilupakan juga kepada golongan pelajar yang akan bergelar sebagai mahasiswa yang sedang mengikuti minggu orientasi atau minggu taaruf di universiti masing-masing. Ahlan wassahlan wa marhaban bikum dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru yang berdaftar pada kemasukan kali ini. PKPIM amat mengalu-alukan kedatangan para pelajar sebagai keluarga baru IPT. Tahniah kerana kalian sedang dalam proses melangkah ke arah fasa baru kehidupan yan

KENYATAAN MEDIA:PKPIM MENDESAK AGAR KERAJAAN KOTAKAN JANJI MA

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 10 SEPTEMBER 2011 / 12 SYAWAL 1432H PKPIM MENDESAK AGAR KERAJAAN KOTAKAN JANJI MANSUHKAN PPSMI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran bertegas untuk terus mempertahankan keputusan yang dicapai dan mengotakan janji untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebelum ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, cadangan Kementerian Pelajaran untuk mempertimbangkan memberi autonomi kepada sekolah untuk memilih sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik adalah sangat mengejutkan. PKPIM menganggap keputusan Kabinet yang dium

Dilema Nisbah Tidak Seimbang Pelajar IPT

Saban tahun Negara akan dikejutkan dengan isu nisbah tidak seimbang apabila bermulanya sesi kemasukan mahasiswa baru ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Hakikatnya, jumlah pelajar wanita meneruskan pengajian di IPT jauh lebih ramai berbanding pelajar lelaki sudah menjadi fenomena sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini diakui oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengatakan bahawa nisbah antara bilangan pelajar lelaki dan wanita di beberapa buah universiti untuk kemasukan sesi ini adalah sebanyak 30:70 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 33:67 di Universiti Putra Malaysia (UPM. Walaupun terdapat pandangan yang mengatakan perkara ini tidak begitu membimbangkan tetapi jurang tidak seimbang bilangan antara pelajar lelaki dan perempuan akan memberikan implikasi jangka masa panjang sekiranya langkah-langkah kawalan dan tindakan bersepadu semua pihak tidak dilaksanakan. Persoalan yang boleh diajukan disini adalah ke manakah perginya pelajar l