Posts

Generasi Muda Penggerak Agenda Pencerahan, Pembebasan dan Perubahan.

Kitaran tamadun manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan betapa generasi muda dan pelajar sebenarnya mempunyai signifikasi tertentu yang tidak boleh dikesampingkan. Mereka merupakan cerminan kepada gambaran masa depan sesebuah tamadun. Justeru penampilan suatu wajah dan imej generasi muda yang beriman, beridealisme, berilmu, berakhlak, berketrampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi amatlah diperlukan. Kisah generasi muda yang dirakamkan di dalam Surah al-Kahfi adalah refleksi kepada lambang kesetiaan serta keutuhan idealisme mereka walaupun berada ditengah-tengah suasana kebejatan moral dan aqidah yang melampau. Senario mutakhir tamadun dunia yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kecelaruan mencakupi bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, keagamaan dan banyak lagi menuntut tindakan yang lebih pro-aktif khasnya daripada generasi muda. Pastinya, peranan kita dalam dunia hari ini dan akan datang semakin ruwet lagi mencabar. Apakah kita berupaya menjadi satu ...

Kenyataan Balas PKPIM Kepada Zainuddin Maidin Dalam isu Syria

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) merujuk kepada penulisan Zainuddin Maidin bertarikh 14 Mac 2012 pada ruangan Forum Utusan Malaysia yang bertajuk 'Tidak perlu tunjuk perasaan anti Presiden Syria'. PKPIM berpandangan bahawa kenyataan beliau yang mengkritik tindakan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk melancarkan Perhimpunan Aman Membantah Kezaliman dan Pembunuhan di Syria ini adalah satu manifestasi kecelaruan pemikiran dalam meletakkan prioriti terhadap isu kemanusiaan.Titik perbezaan pandangan dalam hal ini bermula daripada persoalan adakah Bashar al-Assad benar-benar zalim ataupun tidak. Kayu ukur yang digunakan oleh beliau dalam merujuk kepada kezaliman ini apabila beliau melakukan perbandingan dengan kezaliman percaturan kuasa besar Barat yang melakukan 'Jenayah Hasutan' luar untuk melakukan proses 'Regime Change' di negara-negara Arab.Beliau melontarkan hujah bahawa 'Jenayah Hasutan' Barat yang dilakukan secara terancang, tersusun d...

AMANAT 2012: Peranan Pelajar dan Belia Dalam Konteks Pembinaan Negara

Golongan belia merupakan golongan terbesar mewakili penduduk Malaysia, manakala pelajar pula merupakan golongan terbesar dalam kategori belia. Justeru itu, golongan pelajar merupakan golongan yang amat signifikan dalam mencorakkan sesebuah negara dalam membentuk generasi dan kepimpinan akan datang sehingga boleh menjangkau kepada pembinaan tamadun yang hebat. Dalam hubungan ini, umumnya para sarjana yang melaksanakan penyelidikan serta menganalisis aktiviti para pelajar dan belia sependapat bahawa golongan tersebut memainkan peranan perubahan yang penting dalam beberapa siri revolusi seperti di Jerman dan Austria pada tahun 1848, revolusi di China pada tahun 1919 dan pergolakkan terbaru dan kejatuhan rejim zalim Asia Barat seperti di Mesir, Libya dan Syria juga menggambarkan bahawa golongan ini berpotensi dalam menentukan jatuh bangun politik negara berdasarkan kepada perjuangan golongan terpelajar terhadap order lama di negara tersebut. Dalam tradisi Islam, penglibatan golongan m...

PKPIM KRITIK KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 1 JANUARI 2012 / 7 SAFAR 1433H PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak keselamatan terhadap mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli dan bantahan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). PKPIM difahamkan mereka yang terlibat dalam dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan beberapa mahasiswa cedera parah dan luka di badan sementara beberapa pimpinan mahasiswa ditahan oleh pihak polis awal pagi tadi. PKPIM berpandangan tindakan polis termasuk FRU yang meleraikan mahasiswa secara ganas pada awal pagi ambang tahun baru akan menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana tindakan seumpama ini tidak bertepatan denga...

PKPIM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN PM UNTUK PINDA AUKU

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang akan membenarkan penuntut berusia 21 tahun menyertai parti poliltik sewaktu beliau membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat semalam. PKPIM juga merasakan pengumuman bersejarah bagi gerakan mahasiswa ini menunjukkan usaha serius pihak kerajaan memahami kehendak dan aspirasi generasi mahasiswa berdasarkan kepada realiti semasa dari kalangan pimpinan negara termasuk bayangan awal Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggambarkan kesediaan kerajaan untuk meminda akta ini baru-baru ini. Pengumuman ini juga dilihat bertetapan dengan agenda transformasi politik yang dibawa oleh Perdana Menteri dan juga mengambil semangat dan iltizam kerajaan dalam membuat keputusan memansuhkan akta drakonian lain seperti Akta Keselamatan Dalam...

PKPIM Sahut Saranan & Cabaran Timbalan Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 10 NOVEMBER 2011 / 14 ZULHIJJAH 1432H Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyahut saranan dan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran yang telah memberi pandangan pada sesi soal jawab sempena Konvensyen Integriti Nasional di Putarajaya, hari ini. Beliau berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya mahasiswa memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa digagahi oleh pihak lain. PKPIM merasakan bahawa sudah tiba masanya mahasiswa di menara gading diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menunjukkan kematangan dan kebolehan mereka berpolitik sesuai dengan realiti dan kehendak semasa. Sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan, mahasiswa tidak harus terpisah dari arus perkembangan politik semasa. PKPIM menganggap politik adalah sebagai satu cabang ilmu bukanlah satu pengetahuan unt...

PKPIM SAMBUT BAIK POLIS HARAMKAN SEKSUALITI MERDEKA

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 3 NOVEMBER 2011 / 7 ZULHIJJAH 1432H Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti ‘Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Seksualiti Merdeka 2011 adalah bertujuan untuk menyokong dan memperkasa golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT). Sehubungan dengan itu, PKPIM memberi amaran kepada pihak penganjur supaya akur dan membatalkan festival yang bakal diisi dengan forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan ini dengan segera dengan mengambil kira desakan dan tentangan keras yang telah dibuat oleh banyak pihak yang membantah penganjuran program songsang ini. PKPIM juga meminta supaya pihak penganjur untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana ianya jelas sama sekali bertentangan dengan norma budaya dan realiti kehidupan beragama y...