Posts

UPSR-PMR: Terapkan Pendidikan Holistik

Image
Nota : Artikel ini adalah salinan memorandum yang diserahkan kepada Y.A.B Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung cadangan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR. Memorandum yang merupakan catatan pendirian WADAH-ABIM-PKPIM ini telah diserahkan pada 21 September 2010 Terlepas dari soal setuju atau tidak, cetusan idea pemansuhan UPSR-PMR kami tanggapi sebagai isyarat positif bahawa pada tahap pembuat dasar telah ada kesediaan untuk melakukan rethinking, menilai dan memikirkan semula kerelevanan sistem pelajaran kita secara menyeluruh dan mendasar. Cadangan pemansuhan peperiksaan (UPSR-PMR) tentunya tidak hanya sekadar memansuh semata-mata untuk memansuh, tetapi dilatari kesedaran tentang wujudnya masalah, bukan hanya m...

"'Pembangunan Belia Islam Sedunia-PKPIM&WAMY''

Image
Berikut merupakan artikel penulis yang telah mengikuti Mesyuarat Agung WAMY di Indonesia pada 2-4 Oktober 2010 di Jakarta, Indonesia. Dunia hari ini telah mengiktiraf bahawa dalam sesebuah Negara yang maju dan bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar. Golongan ini juga mempunyai potensi besar dalam mempengaruhi trend mahupun sikap masyarakat dalam sesebuah negara. Jika generasi muda yang dilahirkan adalah lesu, mandum dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Tambahan pula dengan segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral yang menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah generasi yang disebut oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Nisa: ayat 9: “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi) yang lemah”. Fenomena ini juga telah diingatkan oleh seorang ilmuwan, Muhammad Iqbal bahawa sekiranya kita mahu melihat masa depan sesebuah Negara, maka kayu ukurnya a...

Kashmir Black Day (27th October 2010)

The Presidents of Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) & Global Peace Mission (GPM) Malaysia Cordially invites to KASHMIR BLACK DAY on Wednesday, 27th October, 2010 at Kelab Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Jalan Kerja Air Lama Ampang, Selangor 68000 Tentative Program 2.40 - 2.55 pm Arrival of guests 3.00 pm Welcoming remarks 3.00 pm Recitation of Qur’an 3.10 pm Opening Speech by Mr. Muhammad Razak Idris, President of ABIM 3.15 pm DVD Presentation on Kashmir 3:20 pm Speeches by Guest Speakers 4:25 pm Question & Answer Session 4.40 pm Conclusion & Vote of Thanks by CEO, Global Peace Mission and Presentation of Gifts to Speakers 5.00 pm Refreshments P.s.: To IIUM students, transportation will be provided if we are able to get 20-40 students, So please get your friends to tag along. Send their personal details to this email or 013-2388408. TQ!

The 4th International Youth Gahtering, Istanbul, TURKI

Image
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menghantar Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Exco Penerangan PKPIM untuk menghadiri Perhimpunan Belia Antarabangsa Kali ke-4, Kesatuan NGO-NGO Dunia Islam (International Youth Gathering-Union of NGOs of the Islamic World) dan Bengkel Risalah An-Nur yang berlangsung di Istanbul,Turki, pada 12-27 Julai 2010. UNIW merupakan badan gabungan NGO-NGO Islam sedunia yang mana kewujudannya merupakan satu inisiatif yang bermula di Turki. Penubuhan UNIW telah diluluskan pada 12 Disember 2005 melalui Cabinet Decree No. 2003/9910 oleh Presiden Turki. Penubuhannya telah mendapat sokongan dan mandat hampir keseluruhan NGO Islam sedunia. Kewujudan UNIW adalah mempunyai signifikasi tersendiri apabila ia merupakan satu-satunya gabungan NGO Islam peringkat antarabangsa yang ditubuhkan pasca September 2001. Perhimpunan kali ini dimulakan dengan perasmian program yang disempurnakan oleh Mr Necmi Sandikoglu, Seti...

PKPIM anjur Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010

Image
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010 pada 24 & 25 Mei 2010 iaitu pada hari Isnin dan Selasa di Dewan Kediaman Rasmi Exco Kerajaan Selangor, Shah Alam. Tujuan konvensyen ini diadakan adalah untuk berkongsi idea dan gagasan khususnya dalam ruang lingkup pelajar Islam di peringkat Asia Tenggara. Selain itu, penganjuran konvensyen ini juga adalah untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan organisasi pelajar Islam Asia Tenggara di samping memberi pendedahan seluas-luasnya kepada pelajar Islam di Malaysia berkenaan dengan aktiviti dan kegiatan gerakan-gerakan Islam di peringkat Asia Tenggara dan antarabangsa. Di samping itu, konvensyen yang turut mendapat kerjasama kerajaan negeri Selangor ini juga akan dihadiri oleh beberapa pertubuhan pelajar Islam Asia Tenggara seperti Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII), Himpunan Mahasisw...

Invitation: International Conference On World War 2 & The Rise of Multilateralism

World War 2 & The Rise Of Multilateralism by Kazi Mahmood 1. Full name: International Conference On World War 2 & The Rise of Multilateralism Short Form: World War II & Multilateralism 2010 2. What is the objective of this event? To create awareness that wars are damaging and that the lessons learned from the World War 2 events should help contain the outbreak of yet another deadly, devastating war that could become the World War 3. Humanity seem to have forgotten that war brings devastations and death and today we see wars being waged in the name of 'just causes' but with hidden agenda's. We hope that by organizing this one day confe...

6 resolusi forum 'keadilan untuk Aminulrasyid'

Image
6 resolusi forum 'keadilan untuk Aminulrasyid' Forum "keadilan untuk adik Aminulrasyid" malam tadi meluluskan enam resolusi termasuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi memastikan siasatan yang adil dan telus terhadap insiden remaja itu mati ditembak polis pada 26 April lalu. Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH). Ahli panelnya terdiri daripada peguam N Surendran, pensyarah undang-undang prosedur jenayah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan anggota Jawatankuasa Hak Sivil. Forum tersebut yang dipengerusikan oleh presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz itu, dimulakan dengan bacaan puisi "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said. Dalam kenyata...