Perkongsian pengalaman Saudara Jufitri Joha(Pengerusi GPTD) bersama PKPIM
Pada 9 April 2010 (Jumaat) bertempat di UIAM, PKPIM telah mengadakan satu sesi perkongsian pengalaman bersama Sdra Jufitri Joha, Exco Perhubungan Antarabangsa ABIM merangkap Pengerusi Grup Penjejak Tamadun Dunia(GPTD)yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di United Kingdom dalam bidang pekerja belia(Youth Work- http://en.wikipedia.org/wi ki/Youth_work ). Bidang pekerja belia ini masih asing di negara kita namun di UK sudah mula berkembang pesat. Antara perkara yang sempat abang Jufitri kongsi bersama pimpinan PKPIM ialah tentang kegilaan dan kefanatikan rakyat UK terhadap bola sepak. ‘Bola jadi tuhan’.Demikian kata abang Jufitri.Beliau juga menceritakan bagaimana rakyat Malaysia yang kadangkala agak ghairah memakai jersi kelab Liga Inggeris yang mereka sokong dinasihatkan supaya tidak memakai jersi kelab pasukan bola sebarangan.Ini bagi mengelakkan ‘bahaya’ yang tidak diingini berlaku angkara peminat fanatik bola sepak pasukan lawan. Abang Jufitri juga menceritakan pengalaman belia...