Tahniah dan Takziah PM ke-6
Tanggal 3 April 2009 melakarkan satu lagi sejarah tersendiri kepada Malaysia apabila Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya diisytiharkan sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara. Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan dimana pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini Penulis bekesempatan menyaksikan upacara bersejarah ini. Perancangan asal mahu melihat siaran langsung di Kafe As-Siddiq sahaja sambil pekena teh tarik dan roti canai. Memandangkan Tv tidak berfungsi terus sahaja penulis ke Pejabat Mahallah. Alhamdulilah, Principal Dr. Fuzi berada waktu itu kerana semua staff lain terpaksa menghadiri program kerohanian. Kendati...