tag:blogger.com,1999:blog-37583302436950616632024-03-13T15:13:07.445+08:00ANALISA FAHMIAhmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.comBlogger155125tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-9079315323483984852020-06-23T12:30:00.000+08:002020-06-23T12:30:12.565+08:00“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”
Satu peratus penduduk dunia kini terdiri daripada pelarian, pencari suaka atau pelarian dalaman di negara sendiri (IDPs). Sebahagian mereka mungkin pernah mengecapi nikmat dunia sepertimana yang dilalui 7.9 billion manusia lain. Pengalaman silam mempunyai pekerjaan, kenderaan, kediaman mahupun kehidupan bekeluarga dalam keadaan aman dan sejahtera pastinya merupakan kurniaan yang dirindukan. Kelompok rentan 1% ini majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita yang berisiko tinggi berhadapan dengan seribu satu kemungkinan disebabkan oleh peperangan, penganiayaan, pelanggaran hak asasi manusia dan segala bentuk keganasan lain.<o:p></o:p>
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam Laporan Global Trend 2019 yang dikeluarkan pada 18 Jun 2020 lalu mendapati sehingga penghujung tahun 2019, terdapat 79.5 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Angka yang menghampiri 100 juta ini menunjukkan lebih dua kali ganda perpindahan global berlaku dalam tempoh sedekad. Sebagai perbandingan, 10 tahun lalu, jumlah penduduk dunia yang kehilangan tempat berteduh dianggarkan sekitar 41.1 juta. Ini bermakna bagi setiap satu minit, purata 30-40 individu terpaksa keluar berhijrah mengakibatkan berlakunya pertukaran status sosial mereka. Ya, mereka ini adalah muhajirin!<o:p></o:p>
Ironinya, saban tahun penduduk bumi meraikan Hari Pelarian Sedunia pada tanggal 20 Jun dengan tema sambutan yang pelbagai. Tahun 2020, temanya ialah “Setiap Tindakan Diambilkira” (“Every Action Counts”). Sambutan Hari Pelarian Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang situasi yang dihadapi oleh pelarian di seluruh dunia. <o:p></o:p>
Persoalannya, Adakah masyarakat dunia kini semakin cakna dan prihatin terhadap mereka? Bagaimana pula dengan sentimen xenophobia atau ketakutan yang mendalam terhadap orang asing dan sikap diskriminasi kepada orang luar? Sejauhmana kita sebagai warga global sedar akan kewujudan golongan 1% ini? Adakah kita bersetuju bahawa konflik dan krisis dunia yang berterusan ini akhirnya akan mencetuskan pandemik pelarian.<o:p></o:p>
Fakta yang dilaporkan oleh agensi pelarian PBB ini menunjukkan 26 juta orang pelarian mendapatkan perlindungan di negara lain, 45.7 juta individu merupakan pelarian dalaman di negara sendiri manakala 4.2 juta orang merupakan pencari suaka iaitu mereka yang meninggalkan kampung halaman tetapi status pelarian mereka masih belum dapat dikenalpasti oleh pihak berkuasa. Daripada 26 juta orang pelarian yang disahkan status mereka ini, seramai 20.4 juta orang adalah di bawah mandat UNHCR, sementara 5.6 juta orang berada di bawah mandat Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).<o:p></o:p>
Konflik peperangan di beberapa buah negara yang tidak berpenghujung antaranya di Syria, Yemen, Afghanistan dan Myanmar termasuk kejatuhan ekonomi dan faktor perubahan iklim (climate-change) di Venezuela, Congo dan Selatan Sudan menyebabkan majoriti besar atau 2/3 daripada mereka kini tidak mempunyai pilihan selain terpaksa keluar dari negara asal. Situasi ini menyebabkan pelarian politik atau ekonomi ini menyelamatkan diri dengan berjalan kaki atau menempuh lautan bergelora. Dilaporkan terdapat beribu kes kematian direkodkan demi meneruskan kehidupan yang semakin jauh daripada keamanan, kebebasan, kemerdekaan mahupun keselesaan. <o:p></o:p>
Lebih malang, dunia kini berhadapan dengan pandemik Covid-19. Penularan virus ini memberikan impak yang buruk dalam sejarah kesihatan global. Umumnya negara-negara miskin dan berpendapatan sederhana mahupun membangun seperti Bangladesh, Turki, Colombia, Jordan dan Pakistan adalah merupakan negara destinasi pilihan para muhajirin. Negara ini kini berperanan sebagai tuan rumah kepada hampir 85 peratus pelarian yang terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan.<o:p></o:p>
Natijahnya, implikasi negatif ekonomi dan politik pasti akan berlaku dalam keadaan negara berkenaan juga bergelut dengan kehendak domestik rakyat negara sendiri. Manakala pertambahan jumlah pelarian yang terus keluar daripada negara asal walhasil akar permasalahan yang terjadi tidak dapat dikendurkan malahan bertambah parah. Dalam konteks ini, sinergi dan gabungan penggerak komuniti, masyarakat sivil, pemain politik dan organisasi antarabanga wajar memainkan peranan yang lebih signifikan dan berkesan agar konflik yang mengakibatkan pandemik pelarian ini dapat diselesaikan. <o:p></o:p>
Pastinya trauma penderitaan yang dialami pelarian ini tidak mudah untuk dilupakan. Namakan sahaja ‘siksaan dunia’ yang dialami mereka! Baik pembunuhan didepan mata, ahli keluarga yang diperkosa, diusir dan dinafikan hak kewarganegaraan, dipenjara mahupun berhadapan kesukaran dan penderitaan demi mencari rezeki yang mengakibatkan kekurangan zat dan nutrisi. Adakah kita mampu dan sanggup berada di tempat mereka? Wajar juga bagi kita untuk meletakkan diri kita di dalam kasut mereka untuk memahami dan merasai penderitaan ini. <o:p></o:p>
Dalam hal ini, sentimen kebencian dan prasangka buruk terhadap pelarian yang memohon perlindungan tidak dapat dielakkan. Kelompok ini disikapi dengan naratif negatif dan disogok dengan fitnah sehingga mempengaruhi orang ramai termasuk warga maya. Ya, kita tidak menafikan ada dalam kalangan pelarian yang membuat onar, namun untuk memukul rata kepada semua; adakah ianya adil buat mereka? Tidak kurang juga tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada pelarian ini kononnya mereka ingin menuntut hak warganegara sedangkan keberadaan mereka di negara kita adalah merupakan anugerah sementara setelah berjaya lari daripada neraka dunia. <o:p></o:p>
Justeru, kita jangan hilang fokus! Jika tidak dapat buat semua jangan tinggalkan semua. Penumpuan juga wajar diberikan kepada kelompok majoriti iaitu kanak-kanak daripada keluarga pelarian. Mereka tidak harus menjadi mangsa dan menanggung penderitaan disebabkan perbuatan yang bukan dilakukan oleh mereka. Anak-anak daripada keluarga pelarian ini tidak meminta agar mereka dilahirkan sebegini apatah lagi mereka tidak juga mempunyai pilihan untuk tidak dilahirkan daripada keluarga pelarian. Ada anak-anak kecil yang terpaksa menanggung dan menyara keluarga di usia yang masih muda. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang menjadi mangsa eksploitasi pemerdagangan manusia. Bayangkan pula jika peperangan dan konflik yang berlanjutan sehingga 10 tahun yang mengakibatkan kerugian hampir sedekad melibatkan generasi penerus harapan negara. Mereka akhirnya tidak mempunyai peluang dan ruang untuk mendapatkan pendidikan formal apatah lagi mengecapi kehidupan sebagai kanak-kanak normal. <o:p></o:p>
Oleh yang demikian, penekanan kepada aspek pendidikan amat dititikberatkan oleh gerakan madani seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ketika terlibat awal dalam memberikan peluang pendidikan formal kepada mangsa pelarian Bosnia termasuk Kemboja, Palestin, Nigeria dan negara konflik lain. Sebahagian daripada mereka dahulunya berada di Malaysia sehingga diberi ruang mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat universiti. Malahan ada yang menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Terbukti, sebahagian daripada mereka kini adalah merupakan individu penting di negara masing-masing dalam pelbagai sektor termasuk politik, keagaman, perniagaan dan perkhidmatan. <o:p></o:p>
Justeru, model pendidikan dan penerusan pembelajaran yang memberi penekanan kepada elemen kepimpinan ummatik diteruskan sehingga ke hari ini. ABIM memberi peluang kepada ratusan pelarian Syria dan Rohingya termasuk mereka yang datang daripada negara konflik lain untuk mengikuti pendidikan secara formal melalui Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre yang diusahakan oleh Malaysia For Syria (MFS) di bawah Global Peace Mission (GPM) iaitu agensi kemanusiaan ABIM yang beroperasi di Setiawangsa. Manakala Jaringan Rohingya Education Centre (JREC) yang mempunyai ribuan pelajar Rohingya melalui pembelajaran dan pengajaran formal di beberapa buah Sekolah JREC di negeri Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kedua-dua sekolah alternatif yang mendapat pengiktirafan oleh UNHCR ini menawarkan pendidikan di peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah. <o:p></o:p>
Kewujudan institusi pendidikan alternatif ini merupakan langkah solidariti dan empati gerakan Islam yang berhasrat agar mereka yang terdidik dan terpimpin ini kelak menjadi pemimpin harapan masa hadapan. Kembalinya mereka kelak untuk membuka dan membangunkan semula negara yang dahulunya bergolak. Inilah formula terbaik menerusi integrasi pendidikan sebagai jalan keluar buat para muhajirin. Kesinambungan usaha ini melalui simbiosis pihak universiti awam dan swasta melalui tawaran biasiswa khas kepada yang benar-benar layak amat dialu-alukan bagi meneruskan pencarian ilmu di peringkat yang lebih tinggi. <o:p></o:p>
Sesungguhnya usaha kolektif, holistik dan bersepadu oleh semua pihak termasuk perundingan diplomasi kerajaan agar terus memberi tekanan kepada negara yang terlibat dengan konflik untuk segera menghentikan kezaliman dan peperangan seterusnya menerima kembali pelarian untuk kembali ke negara asal mereka. Desakan agar komuniti dunia turut mengambil inisiatif kemanusiaan dalam menangani isu pelarian adalah merupakan suara yang perlu disokong dan didokong.<o:p></o:p>
Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-10296758038482334432020-03-12T12:12:00.002+08:002020-03-12T12:17:34.427+08:00 "GPM kecam insiden keganasan di New Delhi" di Akhbar Berita Harian
Kenyataan Media Asal: GPM KECAM RUSUHAN ANTI ISLAM DI DELHI
Global
Peace Mission (GPM) Malaysia mengecam tindakan keganasan ke atas penduduk Islam di Delhi, India yang bermula semenjak hari Ahad yang lepas. Sehingga kenyataan ini ditulis sejumlah 25 orang telah dilaporkan meninggal dunia dan lebih 200 orang tercedera. Turut dilaporkan juga sebuah Masjid turut telah dibakar dan kediaman serta kehidupan masyarakat Islam di sana kini turut terancam.
Keganasan terburuk dalam beberapa dekad terjadi di Delhi ini dikatakan bermula dengan bantahan dan juga kontroversi penggubalan Undang-undang Kerakyatan yang berat sebelah dan membelakangkan penganut Islam telah diluluskan oleh kerajaan Modi pada bulan Disember yang lepas. Namun merebak menjadi pertempuran antara penganut Hindu dan masyarakat Islam sehingga melibatkan senjata api.
GPM sedang mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku dan menyeru untuk Kerajaan India mengambil langkah segera bagi mengekang rusuhan dan keganasan daripada terus merebak dan menyebabkan lebih ramai yang tercedera dan terbunuh.
Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
Ketua Pegawai Eksekutif
Global Peace Mission Malaysia
Petikan dari Akhbar Berita Harian.
BERITANasional
Khamis, 27 Februari 2020 | 5:13pm
KUALA LUMPUR: Global Peace Mission (GPM) Malaysia mengecam insiden keganasan terhadap umat Islam di New Delhi, India, sejak Ahad lalu.
Insiden itu berlaku susulan bantahan ke atas undang-undang kerakyatan yang disifatkan sebagai berat sebelah.
Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata bantahan itu kemudian merebak menjadi pertelingkahan antara agama, yang menyaksikan ramai penduduk Islam menjadi sasaran.
“Setakat ini, 25 orang dilaporkan maut, manakala lebih 200 orang cedera akibat insiden itu.
“Sebuah masjid dan beberapa kediaman turut dibakar. Nyawa masyarakat Islam di sana kini terancam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Fahmi berkata pihaknya sedang mengikuti rapat perkembangan insiden berkenaan dan meminta Kerajaan India mengambil langkah segera bagi mengekang rusuhan.
“Ia dikhuatiri menyebabkan lebih ramai yang tercedera dan terbunuh,” katanya.
Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-10121836844056705212020-03-12T11:58:00.000+08:002020-03-12T11:58:34.416+08:00IMAM MASJID DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWANIMAM DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN
Oleh: AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Ketua Pegawai Eksekutif, Global Peace Mission (GPM) Malaysia
Kursus Profesionalisme Imam Siri 2/2018, 25-27 Julai 2018 di Pusat Latihan Islam Kundasang, Ranau, Sabah
PENDAHULUAN
Keaktifan institusi masjid sebagai pusat pentadbiran, pusat kepimpinan, pemantapan imej, pusat pengajaran dan pembelajaran; pembangunan masyarakat; pusat sumber; perpaduan masyarakat; penyaluran suara umat; pembangunan program kesukarelawanan; dan pembangunan sukan dan rekreasi, pusat rujukan, one-stop centre dan namakan sahaja adalah bergantung kepada orientasi dan gerak kerja organisasi masjid itu sendiri.
Sudah pasti dalam hal ini peranan para Imam amat signifikan sesuai dengan kedudukan, peranan dan fungsi yang tertentu bukan sahaja mengimarahkan masjid, tetapi juga dalam membina, mengembang dan memajukan gerak kerja operasi di masjid agar tidak hanya dilihat stereotaip dengan aktiviti ibadat semata. Oleh itu, imam masjid perlulah mempunyai citra dakwah kepimpinan, pengetahuan dan wawasan yang luas serta mampu menyelesaikan masalah umat sebaiknya.
Kesukarelawanan menurut Dr. Azizan Bahari (2016) dalam bukunya Kesukarelawanan ialah “suatu konsep dan amalan berkaitan dengan sumbangan atau perkongsian masa, sumber, pengetahuan, kemahiran, kebolehan, pengalaman, dan sebagainya yang dilaksanakan secara sukarela, yakni tanpa paksaan (oleh sesiapa) dan tanpa berbayar atau mengharapkan ganjaran kewangan”. Dengan jiwa kesukarelawanan dan semangat nyalarasa (passion) yang tinggi terhadap gerak kerja amal maka institusi masjid akan mempunyai nilai tambah yang bermakna dengan diurus dengan tata kelola yang baik, cekap, kreatif dan profesional.
Usaha memupuk semangat ‘kesukarelawan ummatik’ dalam kalangan mereka yang mengimarahkan masjid harus terus disemarakkan bagi melihat para imam terutamanya dalam berkongsi kekayaan dan kemakmuran dengan sebahagian daripada mereka yang tidak bernasib baik samada yang dilanda peperangan, kemiskinan, kebuluran dan kesejukan.
Usaha ini juga selaras dengan ajaran dan saranan agama seperti yang dititipkan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam Ushul al-‘Amal al-Khairi fi al-Islam atau Prinsip Amal Kebaikan agar sentiasa berbuat baik; berlumba-lumba membuat kebaikan; bersegera menuju kebaikan; mengajak pada kebaikan; menganjurkan pada kebaikan; mengerjakan kebaikan sekecil apa pun; sentiasa berniat berbuat kebaikan; dan bekerjasama berbuat kebaikan. Di dalam dunia yang sinonim dengan ketamakan dan kerakusan atau apa yang diistilahkan oleh Ronggowarsito dalam syairnya sebagai Jaman Edan (zaman gila) ini, seruan kebaikan dan kesukarelawan ini amatlah releven untuk mengembalikan nilai kemanusiaan atau memanusiakan manusia yang sering alpa.
Lantaran itu, jika kita meneliti kepada keberadaan dan peranan para Imam dalam institusi masjid selama ini tentu tidak memadai sekadar mengungkap pencapaian dan masalah yang mereka hadapi. Himpunan pengalaman dan pengamatan semua pihak terutamanya dalam platform seperti Kursus Profesionalisme Imam secara bersiri ini seharusnya dapat diarahkan untuk melakukan introspeksi dan menilai secara kritis bukan sahaja terhadap peranan kita selama ini tetapi melihat kepada strategi untuk menggarap solusi terbaik untuk manfaat ummah.
MISI PROFETIS SEBAGAI MOTIVASI PARA IMAM
Misi tanwiriy-tahririy-taghyiriy adalah penumpuan kepada aspek “3 Ta” iaitu membawa kepada pencerahan daripada kegelapan (tanwiriy), pembebasan daripada belengguan ciptaan manusia (tahririy) dan perubahan nilai-nilai kemanusiaan yang lebih bermakna (taghyiriy). Ianya amat penting kerana dilihat mampu untuk memenuhi fungsi holistik imam dalam berperanan merubah manusia (human transformer) dan pembina budaya (culture builder). Hal ini juga merupakan kelangsungan kepada perjuangan para anbiya’ dan mursalin sepanjang zaman.
Firman Allah SWT:
Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al Jumu’ah:2)
Justeru, pendekatan memahamkan agenda misi 3 Ta ini perlu dilaksanakan dengan lebih agresif dan intensif kepada para imam sebagai usaha terjemahan kepada misi profetis iaitu membebaskan manusia dari kegelapan (al-zulumat) kepada kecerahan (al-nur). Untuk memastikan terlaksananya misi tanwiriy atau pencerahan ini, para imam harus mampu tampil sebagai “the enlightened souls”, istilah yang diungkapkan oleh Ali Shari`ati tentang golongan yang sedar tentang dirinya dan sedar dengan tanggungjawab sosialnya.
Rasulullah S.A.W menekankan perubahan mestilah bermula dari diri sendiri. Namun, perubahan yang bertaklidkan orang lain adalah perubahan yang rapuh dan mudah runtuh. Perubahan mestilah dimulakan dengan merubah cara berfikir dan tanggapan terhadap pandangan alam (worldview).
Dari jejak sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W, dapat kita pelajari bahawa transformasi umat mestilah didahului dengan transformasi diri terutamanya kepada diri imam sendiri. Bermula dengan diri, kemudian keluarga terdekat sebelum kita berusaha melakukan perubahan kepada orang lain. Konsep taghyir al-nufus seperti yang disarankan Al-Quran amat relevan dalam kita meraikan dwi-kemerdekaan iaitu kemerdekaan dari taklukan penjajah dan pembebasan hawa nafsu. Taghyir al- nufus meliputi perubahan nilai kepercayaan, cara berfikir dan kaedah bekerja. Ia adalah perubahan total yang menjadi teras sebarang usaha pembaikan. Jika gagal dilaksanakan, usaha pembaikan hanya sekadar usaha yang kosmetik dan tidak akan mampu berhadapan dengan cabaran zaman dan halangan lingkungan.
Inilah motivasi yang perlu dijadikan panduan khususnya kepada para imam. Ia adalah formula yang mesti kita ikuti dalam agenda perubahan ummah. Taghyir al-nufus (transformasi diri) dan kekuatan qudwah hasanah.
TARBIYYAH UMMATIK MENYANTUNI PERANAN ISLAH
Masyarakat Malaysia hari ini khususnya di Sabah terdiri daripada pelbagai kaum (multi-racial) yang mengamalkan prinsip keterbukaan dan ketelusan. Keadaan seperti ini telah memberi ruang kepada beberapa siri wacana dan diskusi terbuka melibatkan bukan sahaja isu-isu yang selama ini tidak disentuh kerana dianggap sensitif seperti isu berkaitan kedudukan keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, tetapi juga hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan ajaran-ajarannya. Individu yang tidak berautoriti dan organisasi tertentu turut berani memberikan kritikan yang tajam terhadap peranan ulama dan institusi agama malahan terkini ada golongan anak muda yang secara terang-terangan mengaku atheis. Turut dipersoal ialah pemahaman dan interpretasi ajaran-ajaran Islam yang menjadi pegangan umat sekian lama termasuk penghinaan terhadap Islam melalui media sosial, isu murtad dan kebebasan agama, undang-undang Islam, perkahwinan; penjagaan anak-anak serta harta warisan yang memberi implikasi tertentu kepada keharmonian beragama di negara ini. Dengan menggunakan neraca demokrasi dan konsep hak-hak asasi Barat serta metodologi mereka, sebahagian ajaran-ajaran agama yang telah berakar dalam masyarakat dianggap tidak lagi sesuai, bias dan menindas.
(Islam Pelbagai Wajah)
Justeru, kita harus merencana serta mempersiap para Imam yang berkemampuan bagi mendepani cabaran-cabaran seperti ini. Sudah semestinya isu-isu integral ini harus diberi perhatian sebagai agenda bersama. Gerakan para imam harus mempunyai individu yang berautoriti untuk berdialog secara bijaksana dan memberi nasihat berhikmah kepada muslim dan non-muslim dalam isu-isu berkaitan sehingga sebarang kekeliruan dapat diperjelaskan.
Firman Allah SWT: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk. (An-Nahl: 125)
IMAM SEBAGAI JURU BICARA UMAT
Barangkali telah sampai masanya istilah “umat” wajar diperluas bukan sahaja dalam masyarakat Islam semata-mata tetapi wajar diperluas untuk masyarakat bukan Islam sepertimana yang telah diungkapkan dengan tuntas oleh Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dalam konteks Pembinaan Bangsa Malaysia yang harus berasaskan kepada formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.- “Muwatinun la dhimmiyyun”. Sudah sampai masanya untuk institusi agama khususnya para imam untuk keluar daripada kongkongan (circle of infulence) dan zon selesa (comfort zone). Akhirnya dianggap sebagai katak dibawah tempurung!
Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerima kepelbagaian kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknya sebagai aset kekuatan, kekayaan, kreativiti dan dinamika kemajuan. Islam wajib dilihat sebagai agama universal! Saudara-saudara baru daripada kaum Cina dan India dan kelompok minoriti lain juga perlu terlibat dengan gerak kerja yang dilaksanakan oleh kita.
PERMASALAHAN REALITI SEMASA
Dalam mengharung simpang-siur kerja gerakan dakwah ini rupa-rupanya sebahagian daripada kita turut dilandai dengan seribu satu permasalahan yang sangat menghambat pengembangan dan pertumbuhan gerakan dakwah;
1) Sindrom “Inferiority Complex”
Salah satu penyakit yang kini rata-rata mencengkam ialah sindrom Inferiority Complex- hilang keyakinan diri. Sindrom ini menjadikan sebahagian daripada kita kurang berkeyakinan dengan kemampuan diri. Kita melihat wajah diri yang terlalu lemah, daif, dan kurang arif dalam mengendalikan apa-apa yang berkaitan dengan persoalan keorganisasian: apatah lagi memimpinnya. Diberikan pertanggungjawaban, dia tidak amanah: ditawarkan untuk turut serta berkhidmat melebihi waktu kerja, dia memberikan seribu satu alasan atau hanya melakukan tugas rutin membaca doa dalam majlis keramaian mahupun kesedihan. Mungkin sekadar terlibat hanya dengan sebagai tenaga samping-sampingan di pinggiran atau jika tidakpun turut serta sebagai penyokong yang hanya berperanan meramaikan majlis. Biasanya apa yang berlaku ialah mereka ini saling tunggu menunggu ‘titah perintah’ atau menunggu ‘wahyu’ dari pihak atasan khususnya daripada pihak pengurusan tertinggi untuk melaksanakan sesuatu kerja bagaikan resmi paku, bila dipukul barulah masuk.
2) Sindrom Lesu dan Beku
Berputik daripada itulah, kepimpinan para Imam kini juga telah diresapi dengan sindrom lesu dan beku. Kita selalu terdengar disana sini suara-suara sungutan daripada pendukung dan makmum mahupun maklumbalas daripada media sosial yang meluahkan rasa betapa lesunya gerak kerja organisasi dan aktiviti kini. Di sesetengah tempat, institusi masjid kelihatannya seolah-olah hidup segan mati tak mahu.
Lantaran itulah, kita dapat simpulkan bahawa corak program yang dilaksanakan didapati hambar dan serupa ataupun ‘syok sendiri’ sahaja sejak dahulu hinggalah kini. Sungutan para jamaah kerana memandangkan program-program ritual Islam adalah berbentuk stereotaip seolah-olah kehabisan modal sedangkan kurniaan ‘aqal dan hati’ daripada Ilahi yang mampu berfikiran kritis serta kreatif, progresif dan konstruktif justeru sifat fitrah dinamismenya belumpun digunakan semaksimanya.
3) Sindrom Kecelaruan Pengurusan
Kelesuan dan kebekuan adalah berkait langsung dengan persoalan pengurusan. Seperti yang telah dijelaskan, sekiranya para Imam tidak dapat menguruskan sesuatu dengan baik, maka lahirlah hasil yang cacat. Budaya ‘last-minute’ – kerja akhir dan kecelaruan cara pelaksanaan masih lagi merupakan cara hidup umat Islam masa kini. Sebab itulah, malangnya kita dapati ramai dalam kalangan kita yang sudah dilekati suatu stigma bahawa mereka adalah juara budaya ad-hoc, last-minute dan budaya kerja tidak bersistem.
Kita seolah-olah terkapai-kapai dalam kelemasan dihanyut ombak ketidaktentuan. Sekadar mengulangi kata-kata Ziauddin Sardar: “They know they want to achieve something, but do not know quite what they want to achieve. They know they must go somewhere, but do not know exactly where to.”
PERLUNYA GERAKAN PENCERAHAN DAN PERUBAHAN
Dalam kita merenung realiti yang melingkari umat Islam alaf ini, kita perlu bertanya kepada diri kita sebagai pendukung Islam sendiri sampai bilakah kita harus membiarkan begitu sahaja suasana yang relatif suram begini berpanjangan? Sampai bilakah kita-generasi pelapis umat- yang tergolong sebagai komponen umat Islam yang dianugerahkan status sebagai ‘khalifah’ dan ‘khayrah ummah’ rela membiarkan diri menjadi umat yang lemah dan menyerah?
Alaf ini sepertimana yang telah disinggung tadi merupakan zaman yang amat mencabar lantaran situasi dan realitinya sudah berubah. Sekiranya kita tidak cekap membaca dan naif dalam membuat perkiraan nescaya umat mendatang merupakan generasi yang lesu (pesimis) dan cepat menyerah (defeatist) yang tidak lagi sanggup memikul bebanan tugas yang tidak akan berakhir ini.
Kita harus merancang sesuatu bagi memperbaharui imej kita ini. Kita tidak perlu mewarisi gejala dan budaya umat yang tidak sihat tersebut seperti gejala ketidaktentuan hala tuju, perpecahan ummah dan keterlampauan dalam tindakan dan pendekatan. Mengapa harus kita meneruskan budaya tidak sihat ini? Mengapa kita harus menerima dan memusakai budaya yang merosak dan menjahanamkan umat sendiri?
Kita harus menjadi movement da’wah yang serius- bukan sekadar pelakon tambahan dalam layar sejarah. Kepimpinan Imam harus menjadi suatu ‘historical force’ – kuasa sejarah yang mampu menjadi agen pencerahan, pembebasan dan perubahan yang membawa seribu satu pembaikan. Hanya generasi yang menyedari hakikat fenomena perubahan ini dan kemudiannya mengukir masa hadapannya sendiri sahajalah yang dapat memetik hasil dan mengambil manfaat daripada fenomena ini.
Hickman dan Silva menjelaskan hakikat ini. Kata mereka: “Only those leaders who learn to anticipate and even invent the future will profit from, rather than surprised by change.”
MENGURUS DENGAN MINDA, RUH & JIWA
Anjakan paradigma boleh berlaku jika amalan mengurus dengan minda, ruh dan jiwa dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Mengurus dengan minda bermaksud mengurus berpandukan dokumen yang akan disediakan kepada para imam sebagai panduan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEINS).
Mengurus dengan minda juga bermakna kita mengurus dengan apa yang disebutkan oleh John C. Maxwell sebagai pemikiran orang berjaya seperti big-picture thinking; realistic thinking; creative thinking; dan strategic thinking. Mengurus dengan minda adalah mengurus dengan berpaksikan idealisme, budaya ilmu dan kemahiran agar output yang dihasilkan benar-benar mantap.
Mengurus dengan ruh merupakan elemen yang penting agar pengurusan tersebut berlaku bukan sekadar dengan tubuh badan fizikal tetapi disertakan dengan ruh kerohanian yang jitu.Mengurus institusi masjid merupakan satu ibadah dan amal kebajikan yang bermanfaat membantu menambahkan saham akhirat. Mengurus institusi masjid juga membawa konotasi bahawa para imam perlu mengurus dengan penuh integriti dan ia merupakan amanah yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak. Mengurus dengan ruh disertakan dengan manajeman hati yang mempersatukan hati-hati pimpinan agar terus menjaga niat ikhlas dan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi.
Mengurus jiwa adalah memimpin dan mengurus institusi agama dan dakwah dengan penuh semangat kesukarelawanan dan semangat pengorbanan yang tinggi.
MEMAHAMI MAD’U ATAU KUMPULAN SASAR
Lantaran itu, jika kita melihat kepada pola fikir, trend, sikap, perilaku, perkembangan psikologi dan gaya hidup kumpulan sasar yang semakin kompleks dan moden dalam dunia hari ini adalah suatu perkara yang sangat menarik. Walaupun terdapat pro dan kontra, rata-rata daripada kita tidak lagi berminat dalam aktiviti kesukarelawanan atau bepersatuan yang memerlukan mereka menyiapkan rutin organisasi seperti penyediaan minit mesyuarat, menghadiri mesyuarat agung dan sebagainya. Masyarakat hari ini lebih berminat dan cenderung kepada elemen “loose coalition” – gerakan yang tidak punyai banyak komitmen dan keterikatan kepada mereka secara langsung dengan organisasi.
Walhal, ketika ini dengan hanya dengan menekan ‘like’ mereka akan diterima dan layak ‘subscribe’ dalam mana-mana kumpulan yang memperjuangkan isu yang mereka perjuangkan. Jika dilihat terutamanya anak muda alaf baru ini aktif di alam maya. Mereka tidak mempunyai pimpinan khusus dan cenderung mengamalkan prinsip personal demokrasi - semua ahli mempunyai hak, autoriti, suara dan tanggungjawab bersama - dimana pelantikan admin tertentu yang mengawal selia perbincangan dan diskusi sudah memadai. Mereka tidak lagi memerlukan kehadiran secara fizikal untuk memutuskan apa juga keputusan dalam mesyuarat maya mereka. Setelah bersetuju dengan perancangan program tertentu barulah mereka bertemu di alam nyata.
Nah, ini merupakan trend semasa Generasi Y dan Generasi Z yang memerlukan kefahaman yang lebih jelas khususnya kepada pembuat dasar. Tidak dinafikan, ada juga sebahagian anak muda yang terlibat dalam gejala ‘ekstremisme sosial’ yang datang dalam pelbagai gagasan dan ideologi yang mampu mendorong mereka ke arah keruntuhan akhlak, sosial serta hilang jati diri dan nilai ketimuran yang didukung sejak sekian lama.
Telah terbukti, ada yang telah ditangkap kerana terpengaruh dan tertarik dengan perjuangan kumpulan militan un-islamic (IS). Mereka bukan sekadar minat, malahan sanggup untuk turun ke medan peperangan, kononnya atas nama jihad. Terbaru, sekumpulan anak muda Malaysia juga telah berani mengeluarkan video rakaman berbau ugutan di YouTube ditujukan kepada pemimpin tertentu. Hal ini sudah tentu boleh menggangu-gugat keselematan Negara sekiranya tidak dibendung secara tegas oleh pihak berkuasa. Kita juga bimbang ianya akan menjadi satu lagi trend baru oleh anak muda untuk menyuarakan bantahan , ugutan dan sebagainya kepada mana-mana pihak selepas ini.
Walaubagaimanapun, kita tidak hanya perlu melihat kepada elemen ekstrimisme dan sisi negatif yang memungkinkan idealisme dan perancangan hebat anak muda terhalang. Terdapat banyak lagi sisi positif lain dan pendekatan moderate;hikmah yang telah dan sedang dijalankan oleh turut memberi impak positif bukan sahaja kepada kelompok mereka malah kepada masyarakat dan Negara.
Buktinya, umat semakin terhakupaya dengan penglibatan dalam isu-isu sentral negara. Mereka turut berpatisipasi secara aktif dalam berbicara soal isu-isu demokrasi dan proses pendemokrasian. Telah terdengar pelbagai isu yang diangkat oleh kelompok ini sama ada menerusi penulisan, program wacana-dialog, rapat umum, siri demonstrasi dan munculnya pelbagai sekolah pencerahan dan pemikiran yang secara tidak langsung turut menyentuh berkenaan soal kebebasan bersuara, hak sebagai warganegara, kepelbagaian dalam bingkai kesatuan, masalah penggangguran, soal ekonomi dan kos sara hidup dan sebagainya.
Menariknya, gerakan seperti ini ini datangnya dari umat kepada umat. Idea dan inisiatif mereka lahir dari permasalahan sosial dan realiti yang berlaku dalam masyarakat. Sudah tentu masyarakat umum mengambil maklum peranan gerakan kesukarelawan yang menggerakan projek Gerobok Rezeki, Dapur Jalanan, Projek Nasi Lemak, Program Bersama Gelandangan dan sebagainya. Anak muda hari ini menggunakan pelbagai medium dan berpatispiasi secara aktif dalam ruang sebagai ‘partner in problem solving’ dan ‘partner in nation building’. Pengisian yang ditawarkan mereka mempunyai keunikan tersendiri, dinamik, kreatif, inovatif, komprehensif, efektif, efisien, mesra orang muda, berorientasikan misi dan bukan sekadar ‘programme oriented’ yang bersifat ‘touch and go’.
MENGURUS PERUBAHAN KEPIMPINAN MENERUSI BUDAYA
Bagaimanapun, di peringkat ini adalah difikirkan secocoknya sekiranya kita membincangkan persoalan pengurusan masa hadapan kebangkitan Islam ini dengan memusatkan fokus perbincangan kita kepada persoalan mengurus perubahan dalam kepimpinan institusi Islam terlebih dahulu.
Kita telahpun menegaskan bahawa institusi Islam memerlukan pencerahan dan pembaharuan imej. Imej itu sendiri terbit daripada budaya. Lantaran itu, yang perlu diubah sebenarnya adalah budaya merosak dalam yang sedikit sebanyak telahpun dikupaskan persoalannya sebelum ini dan untuk menguruskan perubahan budaya bukanlah sesuatu yang mudah. Malah mengubah dan merubah budaya sebarang jenis organisasi itu sendiri sememangnya sukar.
Lawrence M. Miller mengakui hal ini, Katanya:Changing the culture of a corporation is no small task and requires a number of years of persistent and coordinated effort”
Bukan mudah hendak mengubah budaya apatah lagi kalau budaya itu sudah berakar umbi menjadi tabiat. Tetapi, kita harus bermula dari sesuatu. Untuk membantu kita merungkaikan persoalan ini, kita kemukakan satu pertanyaan. Siapakah yang menghidupkan budaya? Bukankah budaya itu berpunca daripada watak-watak yang menjelmakannya dalam perilaku mereka?
Justeru itu, kita menyarankan bahawa sebagai strategi awal, kita harus pertamanya menumpukan kepada penyemaian, pembinaan dan kelahiran sikap dan nilai-nilai positif ke dalam diri aktivis dan para imam masa kini. Dengan perkataan lain, kita harus melahirkan kepimpinan masjid yang cemerlang yang mampu menghadapi dan menjawab persoalan-persoalan semasa dengan segala keberanian, keyakinan dan kewibawaan. Hal ini kerana kecemerlangan itu bukan datangnya daripada institusi. Ia sebenarnya datang daripada individu. Inilah yang telah dinyatakan oleh Hickman dan Silva dalam bukunya “Creating Excellence” “Individuals, not organisations create excellence,”
1.Memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia
Budaya ini selaras dengan tuntutan Allah di dalam surah Al-Alaq yang pertama diturunkan sebagai permulaan suatu kebangkitan dominan ilmu serta alam. Gerakan Islam di dalam orientasinya meletakkan Ālamiyyah sebagai ukuran kekuatan insan bagi membezakan yang hak dan batil. Ianya didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah serta ilmu-ilmu keduniaan lain yang menjadi adunan terbaik pembinaan insan berkualiti.
2.Bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar
Sifat ini selaras dengan ciri-ciri pembinan generasi rabbāni yang melatih insan untuk bersifat terbuka, menerima pandangan dan dalam masa yang sama berhikmah dalam menegur pihak lain. Budaya ini mampu memupuk rasa rendah diri (tawad¸u`) atas kelebihan yang ada dan memperbaiki kelemahan sendiri serta orang lain.
3.Penghayatan amalan kerohanian
Penghayatan budaya ini dilakukan melalui Qiamullail, zikir al-Mathurat dan amalan-amalan Rasulullah SAW secara istiqamah baik secara individu atau jemaah. Hubungan intim kita dengan Allah SWT merupakan prasyarat utama dalam membina kekuatan kita selaku gerakan pelajar Islam.
4.Memperkasa semangat ukhuwwah
Semangat ini terbina atas dasar aqidah seterusnya melahirkan rasa kasih sayang sesama insan kerana Allah. Ia mendorong insan untuk sama-sama menjaga kebajikan dan kepentingan insan lain. Rasulullah SAW berpesan dalam hadithnya yang bermaksud: tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi saudara kamu sendiri. (Hadis riwayat Bukhari)
5.Menghayati amalan syura, amal jamā`iy & budaya kerja terancang
Amalan syura secara bersepadu dalam sistem keorganisasian dibuat bagi memastikan kelancaran perjalanan gerakan. Manakala budaya kerja terancang merupakan satu latihan disiplin ahli sebagai tanda patuh dan taat kepada keputusan yang telah dipersetujui bersama. Namun kesatuan amal ini hanya terlaksana dengan terikatnya kesatuan fikrah sehingga membentuk satu gelombang dakwah yang berterusan dan terencana.
6.Prihatin dan iltizam dengan isu semasa
Perbincangan dalam isu-isu sosial dan kemasyarakatan seperti isu pendidikan, kebejatan sosial, pencabulan hak asasi manusia dan lain-lain adalah antara usaha untuk membuka perspektif realiti umat Islam masa kini. Budaya ini penting dalam merancang, menganalisa dan merumus isu tersebut dalam rangka membela umat.
7.Menghayati rūh al-jihād fï sabïl al-Allah
Inilah peringkat tertinggi yang dapat dicapai hasil latihan dan semangat untuk meratakan kalimah iman dan amal di segenap alam. Peringkat ini hanya teruji dengan pengorbanan tidak berbelah bahagi terhadap urusan jamaah bersandarkan fiqh al-awlawïyah (fiqh keutamaan). Jiwa yang terbina di atas landasan jihad menuntut kesediaan diri insan dengan semua persiapan di atas.
IDEALISME, AKTIVISME, INTELEKTUALISME DAN SPIRITUALISME
Selain budaya, penyediaan kepimpinan imam dalam institusi Islam alaf baru yang mapan sememangnya memerlukan adunan sebati di antara peranan Idealisme, Aktivisme, Intelektualisme dan Spiritualisme.
Idealisme (Ketinggian Pemikiran)
Merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang dihayati lagi diamali. Ia berasaskan kepada dua perkara pokok. Pertama ialah Al-Amru bil Makruf atau kecintaan terhadap prinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian. Kedua ialah Wan Nahu ‘anil Mungkar atau kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kekacauan.
Aktivisme (Kesungguhan Usaha)
Merujuk kepada keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal. Ia merupakan suatu proses yang harus berlandaskan kepada kebijaksanaan mengolah idea-idea yang bernas dan kewibawaan menterjemah idealisme tersebut dalam aturan hidup secara kemas tanpa menimbulkan riak-riak negatif yang lebih memudaratkan. Melalui aktivisme inilah, lahirnya gerakan yang berintikan semangat pengorbanan dan perjuangan serta nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi.
Intelektualisme (Keluasan Ilmu)
Tidak hanya merujuk mahupun tergantung kepada kehebatan pelajar dalam memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan semata-mata. Bukan juga terbangun di atas kecenderungan pelajar untuk menjadi ulat buku dengan mengasingkan diri daripada cuba memahami dan menelaah apa yang berlaku di sekelilingnya.
Spiritualisme (Kekuatan Rohani)
Kekuatan rohani merupakan pra-syarat yang utama yang perlu dipenuhi. Ini kerana, kekuatan rohanilah yang akan memacu kita dalam perjuangan ini selain sebagai motivasi tulen yang memacu kita untuk terus berjuang. Maka persoalannya sekarang, di manakah sumber motivasi tulen ini?
Di sinilah tampaknya keutamaan dan kepentingan amal ibadah serta selawat. Amal ibadah sebagai zikir kita memperingati Allah s.w.t. pada setiap masa dan selawat sebagai cinta kasih kita kepada baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. Seperti yang dianjurkan Al-Quran dalam Surah ar-Ra’d, ayat ke-28; “...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram
Manakala satu-satunya suruhan Allah s.w.t. yang turut dilaksanakan oleh Allah s.w.t. sendiri adalah selawat ke atas baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. seperti yang terakam dalam Surah al-Ahzab, ayat ke-56; “Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya”
FAKTOR LENGKAP MELENGKAPI
Intelektualisme adalah suatu proses penghayatan budaya ilmu melalui olahan idealisme yang dikembangkan dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang mampu merangsang pemikiran kreatif dan kritis sehingga berupaya mencetuskan idea-idea baru sekaligus menterjemahkannya ke dalam bentuk tindakan yang praktis bersandarkan kepada elemen spiritualisme yang merupakan pelengkap dan pengikat kepada kesemua adunan ini.
Keempat-empat elemen ini harus diadun secara seimbang, komprehensif dan bersepadu dalam mendidik dan membangunkan kepimpinan generasi pelapis yang diharapkan mampu mewarnai corak ketamadunan bangsa akan datang.
Ini kerana tanpa salah satu elemen ini, maka akan pincanglah kepimpinan negara masa depan. Umpamanya dengan hanya memiliki idealisme dan aktivisme tanpa melibatkan intelektualism, memungkinkan lahirnya pempimpin yang bersemangat waja dan rajin bekerja tetapi isi perjuangan kosong melompong.
Hanya memiliki idealisme dan intelektualisme tanpa aktivisme pula memungkinkan lahirnya pemimpin yang gah oratornya dan mengeluarkan idea-idea yang tinggi melangit tetapi perancanaan dan tindakannya hancur melebur.
Manakala yang ada aktivisme dan intelektualisme tanpa mempunyai kekuatan idealisme, maka lahirlah pemimpin yang kuat bekerja, berwawasan tetapi tidak mempunyai prinsip dan akhirnya mudah diperkotak-katikkan dan dijual beli
Rahsianya, pembentukan seorang individu perlu diadun dengan kefahaman agama, kepetahan, keilmuan, dunia bacaan, jaringan networking, kepimpinan dan hikmah. Justeru, para imam harus membulatkan iltizam perjuangan untuk membina keunggulan keperibadian dan kepemimpinan.
Malah, Umar Tilmisani, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin pernah mengungkapkan “Hikmah Asy-Syuyukh, fi hamasati As-Syabab” yang bermaksud “Hikmah orang tua, berada dalam semangat orang muda.” Kekuatan yang ada pada orang muda seperti masa lapang, tenaga yang kuat, akal yang masih cerdas, idea yang kreatif, idealisme yang masih membara dan semangat yang membuak perlu disertai dengan hikmah orang tua yang lebih lama menjalani kehidupan yang mana mereka lebih banyak berfikir, sudah melalui kesilapan demi kesilapan melalui pengalaman jatuh bangun di gelanggang perjuangan. Sudah tentu, imam muda sebagai generasi penerus harus mengambil hubungan antara tua dan muda secara sinergistik.
Ayuh, tanggungjawab membina sumber daya insani yang seimbang dari segi akal, rohani, jasmani dan emosi merupakan keutamaan yang harus diletakkan sebagai keutamaan dalam kehidupan. Tanggungjawab mendidik manusia ini tidak hanya bersifat musim-musiman lebih-lebih lagi ketika wujudnya tekanan sosial yang memaksa. Sebaliknya, pelaksanaan ini perlu lahir dari dhamir kesedaran mendalam dan semangat yang jitu berlandaskan ilmu dan amal yang benar.
PENGURUSAN ALAF BARU KEPIMPINAN IMAM
Nah, kita menyakini bahawa pada dasarnya kita mempunyai sekurang-kurangnya dua alternatif dalam menghadapi masa hadapan iaitu masa depan yang tidak menentu atau masa hadapan yang dirancang. Jika kita memilih yang pertama, sudah tentu kita tidak mungkin mencapai masa hadapan yang bermakna. Tetapi, jika kita mengambil pilihan yang kedua, kita mampu untuk mencapai sesuatu yang lebih bererti sekiranya kita merancang secara konstruktif dalam bertindak berdasarkan ‘foresight’.
Justeru itulah, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menasihatkan para aktivis dakwah Islam bahawa: “Semangat zaman kita sekarang ini ialah semangat perancangan. Kita tidak boleh membina segala gerak kerja kita berdasarkan kepada emosi dan lantunan-lantunan perasaan yang dibawa dan dipengaruhi perasaan.”
Sesungguhnya, bukan mudah untuk kita mengemukan suatu ‘action-plan’ – pelan bertindak yang komprehensif dan praktikal dalam menguruskan masa depan sesebuah organisasi apatah lagi institusi Islam. Persoalan ini memerlukan kajian, dan perbincangan dan penilaian yang begitu teliti dan terperinci bagi mendapatkan sesuatu yang menyeluruh dan lengkap. Perbincangan dalam ruang seperti Kursus Profesionalisme Imam secara bersiri ini mungkin dapat menghuraikan secara sempurna hal-hal yang sebesar persoalan yang dikemukan tadi.
KHATIMAH
Marilah kita mengukuhkan tekad dan beriltizam dengan komitmen yang tinggi terhadap Allah SWT dan sentiasa berusaha menjalankan perintah-Nya sesuai dengan kemampuan kita. Kita perlu bersikap progresif dan proaktif dengan sentiasa melakukan penilaian terhadap kualiti hidup diri, adat tradisi dan pemahaman dan pengamalan amal Islami disamping mempunyai sarwa pandang (worldview) yang jelas tentang kehidupan yang perlu dibina bersama-sama makhluk lain iaitu kehidupan harmoni yang menjaga hubungan baik antara manusia dengan pencipta-Nya, manusia dengan alam semulajadi, manusia dengan manusia dan manusia dengan dirinya sendiri.
Buat semua Imam, tokoh hebat dari Turki, Syeikh Bediuzzaman Said Nursi di dalam Risale i-Nur pernah menyebutkan bahawa perjuangan memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit. Perjuangan bukan hanya dengan ucapan semata-mata. Bahkan ia menjangkau kepada harta benda, masa, fikiran sehinggalah sampai kepada diri sendiri mesti menjadi taruhan. Paling mengesankan jika kita merenung makna disebalik kata-kata beliau iaitu ''kerehatan seorang pejuang adalah dalam perjuangannya”
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Tawbah: 41)
*Kertas iringan ini dibentangkan dalam Kursus Profesionalisme Imam Siri 2/2018, pada 25-27 Julai 2018 di Pusat Latihan Islam Kundasang, Ranau, Sabah. Beliau boleh dihubungi melalui no tel: 013-2226925, email; fahmi.iium@gmail.com, Twitter & IG: Fahmi_Samsudin
Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-71640863459824680972013-03-14T16:35:00.000+08:002013-03-14T16:37:36.551+08:00KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:Ucapan saya dalam KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:
Dalam sesebuah Negara bangsa yang maju yang mempunyai umat yang bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup besar. Jika generasi muda yang dilahirkan lesu, lemah dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Jika segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah suatu kelompok yang disebutkan Al-Quran sebagai zurriyatan du’afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak bergagasan.
“Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi ) yang lemah”. (An- Nisa:9)
Pusingan ketamadunan manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan betapa generasi muda sebenarnya mempunyai kepentingan tertentu yang tidak boleh dikesampingkan. Mereka merupakan cerminan kepada gambaran masa depan sesebuah tamadun. Justeru penampilan suatu wajah dan imej generasi muda melalui keterlibatan secara bersinergi dalam madrasah tarbiyyah PKPIM-ABIM-WADAH harus menjurus kepada penampilan generasi yang beriman, punyai idealisme, berilmu, berakhlak, berketrampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi.
Umar Tilmisani (Mursyidul Am III Ikhwanul Muslimin, 1904M-1986M) mengungkapkan “Hikmah Asy-Syuyukh, fi hamasati As-Syabab”. Kata-kata hikmah ini amat mengesankan dengan membawa maksud “Hikmah orang tua, berada dalam semangat orang muda.” Kekuatan yang ada pada orang muda seperti masa lapang, tenaga yang kuat, akal yang masih cerdas, idea yang kreatif dan semangat yang membuak perlu disertai dengan hikmah orang tua yang lebih lama menjalani kehidupan yang mana mereka lebih banyak berfikir, lebih berstrategi, sudah melalui kesilapan demi kesilapan, dan lebih banyak bersabar hasil daripada pelajaran kehidupan.
Sejarah Islam juga pernah menampilkan contoh yang baik untuk dijadikan pedoman apabila Saidina Umar Abdul Aziz pernah ditegur oleh seorang remaja kerana mempersoalkan kredibilitinya yang telah dipilih sebagai jurucakap kaumnya. Ketika remaja itu ditanya mengapa tidak dibawakan orang yang lebih tua daripadanya, remaja itu dengan berani menghujahkan:
“Jika pertimbangan umur yang diambil kira, pastilah engkau tidak akan menjadi khalifah sekarang kerana pasti ada sahaja yang lebih tua daripadamu wahai Khalifah, justeru mereka yang lebih tua adalah lebih layak untuk menjadi khalifah berbanding dirimu wahai khalifah!”
Sayugia, Al-Quran juga mengungkapkan dengan baik kisah generasi muda yang dirakamkan di dalam Surah al-Kahfi adalah refleksi kepada lambang kesetiaan serta keutuhan idealisme mereka walaupun berada ditengah-tengah suasana kebejatan moral dan aqidah yang melampau.
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (Al- Kahfi : 13)
Oleh itu, generasi muda Islam khususnya harus membulatkan iltizam perjuangan untuk membina keunggulan keperibadian dan kepimpinan ummatik. Abad ini adalah abad generasi muda! Sebagai umat yang mempunyai keyakinan aqidah, pemuda pemudi Islam akan mara dengan penuh yakin untuk mengimarahkan muka bumi Allah ini dan sekaligus melaksanakan tanggungjawab istikhlaf iaitu tanggungjawab memenuhi tuntutan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kita perlu serius untuk melatih diri dan aktivis gerakan dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai negarawan, bukan hanya politikus atau pemimpin untuk kelompok kita sahaja.
“..Politicians all too often think about the next election. Statesmen think about the next generation”
Menyentuh berkenaan pendidikan demokrasi di universiti, Pilihanraya Kampus merupakan suatu wahana pertanggungjawaban dalam konteks alam kampus yang dapat memberi pendedahan dan kesedaran awal tentang kepentingan berperanan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab dengan menunaikan amanah melantik kepimpinan melalui proses demokrasi.
Justeru, masyarakat kampus harus menolak segala bentuk perancangan, tindakan dan percubaan oleh pihak tertentu dalam usaha memenangkan calon pilihan mereka melalui kaedah kemenangan yang meragukan. Sekiranya pihak bertanggungjawab merancang untuk memenangkan calon tajaan pilihan pihak-pihak tertentu dengan bantuan dan pendanaan, apa ertinya pilihanraya di kampus? Campurtangan seperti ini merupakan suatu tragedi kependidikan yang sangat memprihatikan sepertimana yang diungkapkan oleh Siddiq Fadzil “politicing non-partsian institutions”. Sewajarnya, universiti seharusnya dapat memperlihatkan suatu model yang murni yang boleh mengilhami dan mempengaruhi pengamalan demokrasi di luar kampus.
Kendatipun, mahasiswa seharusnya sudah lama mengambil ruang dan peluang pasca pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 (Pindaan 2009) yang membolehkan mereka untuk berpersatuan dan terlibat secara aktif dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar seperti PKPIM. Malahan, tanpa diminta, pihak kerajaan juga melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, telah membenarkan mahasiswa bertanding dalam PRU-13 sebagai mengiktiraf fungsi dan sumbangan serta kematangan daya pemikiran mahasiswa di negara ini. Perkara ini juga selari dengan langkah kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Pindaan 2012 yang membenarkan mahasiswa aktif dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan. Nah, kesemua peluang dan ruang yang diberikan ini harus disambut dan disahut oleh mahasiswa. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Menyentuh pula kepada pengamalan demokrasi sebenar dalam konteks Malaysia, bahang kehangatan PRU ke 13 semakin dirasai manakala realiti politik hari ini adalah merujuk kepada kebangkitan kuasa anak muda (thaurah syabab). Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jumlah pengundi muda berusia antara 21 hingga 35 tahun bakal menentukan keputusan menang kalah dalam PRU ke-13 iaitu seramai 7.36 juta orang atau 49.7 peratus.
Jumlah itu lebih besar berbanding hanya 40 peratus pada PRU ke-12. Dalam hal ini, PKPIM tidak harus terkecuali dan tidak sepatutnya mengecualikan diri daripada kancah politik tanah air. Prinsip non-partisan yang dijadikan sebagai pegangan PKPIM tidak bermakna non-participation. Kesedaran melalui pendidikan politik (siyasah shar’iyyah) yang sedang giat digerakkan sepertimana penganjuran konvensyen-pencerdasan-rakyat ini perlu diperjelaskan dan dikongsikan secara bersama generasi muda.
Dalam suasana di mana parti-parti politik bertarung ‘head to head’, ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Amat menyedihkan bagi kita apabila melihat rakyat yang menjadi mangsa- semakin celaru dan keliru. Namun begitu, pengamalan sistem dua parti (two party system) yang seimbang dan sama kuat dilihat mempunyai implikasi yang positif kepada rakyat secara keseluruhannya. Zaman ‘kerajaan tahu semuanya’ telah berakhir dan pendekatan pembangkang ‘membangkang’ sahaja perlu dikurangkan dan mereka juga perlu bersedia sebagai alternatif.
Lantaran itu, gerakan pelajar harus tampil sebagai kuasa berkecuali yang tidak berkepentingan untuk menyuarakan isi hati anak muda serta menjadi jurubicara masyarakat. Kita mahu menyatakan solidariti kepada mana-mana pihak yang mendokong prinsip kebenaran dan keadilan.Pada akhirnya yang menang bukanlah parti yang bertanding tetapi kemenangan sebenar adalah buat rakyat.
Sehubungan dengan itu, mesej dan harapan banyak pihak hari ini terletak kepada generasi muda supaya bangkit dan bersama-sama menggerakan agenda mengangkat misi tanwiriy-tahririy-taghyiriy (pencerahan, pembebasan dan perubahan) . Pergerakan ini perlu didasari dengan segala macam persediaan bagi menghadapi tentangan mendatang. Pengajaran daripada pencerobohan kedaulatan negara dan juga sebab akibat peperangan perlu diambil pengajaran kepada kita untuk terus mempersiapkan diri agar tidak terleka. Kita perlu yakin bahawa generasi muda akan terus hidup dengan berpegang kepada idealisme - “Buat Baik Jangan Sekali, Buat Jahat Baik Sekali” serta prinsip cintakan kepada keadilan dan keamanan.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
SEKRETARIAT PKPIM PUSAT,
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah,
Batu 6 1/2 , Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Telefon: 013-2226925
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
fahmi.iium@gmail.com
Laman Sawang: www.pkpim.org.my
Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-9906927912391496022012-03-27T12:56:00.001+08:002012-03-27T12:58:13.163+08:00Generasi Muda Penggerak Agenda Pencerahan, Pembebasan dan Perubahan.Kitaran tamadun manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan betapa generasi muda dan pelajar sebenarnya mempunyai signifikasi tertentu yang tidak boleh dikesampingkan. Mereka merupakan cerminan kepada gambaran masa depan sesebuah tamadun. Justeru penampilan suatu wajah dan imej generasi muda yang beriman, beridealisme, berilmu, berakhlak, berketrampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi amatlah diperlukan. Kisah generasi muda yang dirakamkan di dalam Surah al-Kahfi adalah refleksi kepada lambang kesetiaan serta keutuhan idealisme mereka walaupun berada ditengah-tengah suasana kebejatan moral dan aqidah yang melampau.
Senario mutakhir tamadun dunia yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kecelaruan mencakupi bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, keagamaan dan banyak lagi menuntut tindakan yang lebih pro-aktif khasnya daripada generasi muda. Pastinya, peranan kita dalam dunia hari ini dan akan datang semakin ruwet lagi mencabar. Apakah kita berupaya menjadi satu generasi yang dapat mempertahankan maruah dan kewibawaan dalam berhadapan dengan suasana kepelbagaian ragam dan rencam termasuklah kecelaruan masyarakat? Mampukah kita gah berdiri menyatakan prinsip dan pendirian kita sebagai seorang Muslim berjiwa besar tatkala pelbagai bentuk mehnah dan tribulasi menujah kita untuk menggadaikan prinsip dan idealisme sebagai seorang pemuda-pemudi Islam?
Generasi muda adalah aset terpenting umat sepertimana yang telah diungkapkan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang mengumpamakan kelompok ini sebagai ‘mutiara’ yang menjadi perbendaharaan negara. Siapa pula dapat melupakan kata-kata Sukarno yang lantang melaungkan bahawa negara Indonesia mampu bangkit menjadi kuasa besar dunia walau hanya dengan 10 orang pemuda yang memiliki kualiti manusia unggul. Namun, apa yang menakutkan hari ini adalah permasalahan sosial yang semakin meruncing dalam kalangan generasi muda. Kemuflisan akhlak mereka bererti kehancuran sesuatu bangsa sepertimana yang diungkapkan dengan jelas oleh Shauqi Bek, seorang penyair terkenal Mesir dalam madahnya:
“Sesungguhnya sesuatu umat itu tidak lain melainkan budi pekerti, selama budi pekerti itu ada, maka adalah umat. Dan jika budi pekerti itu lenyap, maka lenyaplah umat.”
Potensi-potensi kepemudaan yang dimiliki oleh generasi muda perlu digembleng sepenuhnya untuk kebaikan seterusnya dapat menjadi agen perubah di dalam masyarakat. Partisipasi pemuda-pemudi perlu mengambil kira realiti masyarakat Malaysia yang diwarnai oleh struktur serta watak kepelbagaian agama, bangsa, budaya, adat dan bahasanya. Seluruh upaya generasi muda Malaysia ini hendaklah diarahkan kepada satu bentuk sumbangan yang positif dan bukannya menjadi beban atau liabiliti kepada masyarakat dan negara khususnya.
Menganjak kebangkitan melalui proses pencerahan, pembebasan dan perubahan sebuah generasi merupakan agenda terpenting untuk disemarakkan. namun, anjakan ini tidak datang secara tiba-tiba dengan datangnya seorang wira atau tokoh mahupun pemimpin yang akan mengetuai misi penting ini. Dr Majid Irsan Kailani dalam kajian ilmiahnya yang dibukukan bertajuk “Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Jurusalem ke Pangkuan Islam” memperbetul salah faham terhadap pemahaman teori kebangkitan dan kejayaan generasi Salahuddin al-Ayyubi. Beliau telah mengemukakan dalil-dalil, fakta sejarah dan hakikat sunattullah bagi membuktikan bahawa kejayaan generasi Salahuddin menawan Jurusalem dan menyebarkan Islam bukanlah kerana kehebatan dan ketokohan beliau semata-mata.
Proses kebangkitan yang menyaksikan peribadi generasi itu sebenarnya telah dimulakan melalui hasil tarbiyah yang dibina oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali setelah beliau mengasingkan diri (uzlah) daripada kerajaan pimpinan Nizam al-Muluk. Kelemahan-kelemahan dalaman umat Islam waktu itu yang ditandai dengan gejala fanatisme mazhab, penyimpangan sufisme, batiniah, falsafah dan ketidakseimbangan dari sudut ekonomi, sosial, politik dan ketenteran telah mendatangkan suatu iltizam yang tinggi kepada beliau untuk membina madrasah tarbiyahyang bakal mempersiapkan generasi kebangkitan kelak. Usaha-usaha ini telah disambut pula oleh Syeikh Qadir al-Jilani yang telah menggabungkan madrasah-madrasah dari tanah Arab di antara tahun 546H-550H. Graduan madrasah-madrasah inilah yang akhirnya telah membina jaringan kebangkitan generasi muda oleh Nurudin Zinki dan kemudiannya Salahuddin al-Ayyubi yang mantap dan seimbang daripada semua segi. justeru, Salahuddin al-Ayyubi merupakan susuk peribadi yang paling hebat untuk menampilkan keunggulan sebuah generasi yang telah mengalami proses kebangkitannya sejak sekian lama.
Hakikatnya, sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan generasi muda tetap relevan dan mempunyai potensi dan harapan yang amat cerah sekiranya dipedomani dengan sumber agama dan diterapkan dengan elemen ta’dib yang akan menjurus kepada peradaban murni. Sebagai penerus kepada kelangsungan tamadun, perjuangan ini sewajarnya bertunjangkan kepada nilai-nilai ilmu, keadilan, kebenaran, nilai keagamaan dan kemanusiaan sejagat. Sementara itu, pemerkasaan budaya-budaya asasi seperti mempekasa budaya ilmu, pemantapan budaya kerohanian, pemahaman kepada isu-isu semasa antara lain menjadi faktor penentu kepada kejayaan atau kegagalan kebangkitan generasi muda. Ianya harus dijaringkan dengan rantaian hubungan yang bijak dan strategik selain diadun sebaiknya dengan pemahaman dan pegangan yang mantap kepada sejarah, solusi dan idea penambahbaikan kepada isu-isu berbangkit dan antisipasi persoalan yang sentiasa mendatang.
Sehubungan dengan itu, mesej dan harapan banyak pihak hari ini terletak kepada generasi muda supaya bangkit dan bersama-sama menggerakan agenda pencerahan, pembebasan dan perubahan. Pergerakan ini perlu didasari dengan segala macam persediaan bagi menghadapi tentangan mendatang. Pengajaran daripada pencerobohan kedaulatan negara dan juga sebab akibat peperangan perlu diambil pengajaran kepada kita untuk terus mempersiapkan diri agar tidak terleka. Kita perlu yakin bahawa generasi muda akan terus hidup dengan idealisme serta prinsipnya yang cintakan kepada keadilan dan keamanan.
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-55472767667222985502012-03-27T12:50:00.001+08:002012-03-27T12:51:26.010+08:00Kenyataan Balas PKPIM Kepada Zainuddin Maidin Dalam isu SyriaPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) merujuk kepada penulisan Zainuddin Maidin bertarikh 14 Mac 2012 pada ruangan Forum Utusan Malaysia yang bertajuk 'Tidak perlu tunjuk perasaan anti Presiden Syria'. PKPIM berpandangan bahawa kenyataan beliau yang mengkritik tindakan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk melancarkan Perhimpunan Aman Membantah Kezaliman dan Pembunuhan di Syria ini adalah satu manifestasi kecelaruan pemikiran dalam meletakkan prioriti terhadap isu kemanusiaan.Titik perbezaan pandangan dalam hal ini bermula daripada persoalan adakah Bashar al-Assad benar-benar zalim ataupun tidak. Kayu ukur yang digunakan oleh beliau dalam merujuk kepada kezaliman ini apabila beliau melakukan perbandingan dengan kezaliman percaturan kuasa besar Barat yang melakukan 'Jenayah Hasutan' luar untuk melakukan proses 'Regime Change' di negara-negara Arab.Beliau melontarkan hujah bahawa 'Jenayah Hasutan' Barat yang dilakukan secara terancang, tersusun dan kejam yang dijuarai oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan dukungan negara-negara Barat mensasarkan matlamat akhirnya adalah Iran yang akan menyempurnakan cita-cita mereka untuk menguasai negara-negara ini dan melaksanakan demokrasi acuan Barat kepada dunia Arab.
Keputusan timbang tara yang digunakan dalam hujah beliau menyetujui kemenangan dan keuntungan sebenar akan dimiliki oleh kuasa-kuasa besar ini terutama Israel. Justeru, kesimpulan beliau dalam hal ini, walau tidak dinyatakan, tetapi merujuk secara jelas pandangan beliau bahawa keputusan dan percaturan di peringkat pertubuhan-pertubuhan Islam adalah satu kesilapan yang beliau perkuatkan lagi dengan kenyataan mempersoalkan kewibawaan dari segi intelektual pertubuhan-pertubuhan Islam ini. Ingin kami jelaskan di sini, pertamanya merujuk kepada tidak wajarnya bantahan ini dilakukan semata-mata kerana campur tangan percaturan Barat dalam proses 'Regime Change' ini, maka saya kira itu satu pendirian yang tidak tepat bahkan sebenarnya menampakkan lebih banyak kekeliruan di peringkat beliau dalam meletakkan pertimbangan soal kemanusiaan dan keadilan dalam membincangkan wacana perhubungan antarabangsa.
PKPIM dengan tegas berpendirian bahawa spekulasi campur tangan kuasa luar dalam isu Syria yang sifatnya tidak jelas dalam erti kata perbandingan dengan pembunuhan yang berlaku tidak membolehkan kita membenarkan dan membiarkan kezaliman secara terang-terangan yang dilakukan oleh rejim Bashar al-Assad kepada rakyatnya sendiri. Kezaliman dan penyeksaan terhadap rakyat sendiri yang dilakukan dalam pelbagai bentuk oleh pemimpin sendiri terhadap rakyatnya yang sepatutnya mendapat perlindungan dan pembelaan yang tidak berbelah bahagi daripada pihak pemerintah merupakan satu pengkhianatan yang tiada tara kejahatannya.Tindakan penyelesaian yang diambil oleh rejim Bashar al-Assad dalam menghadapi rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh beliau dan tentera-tentera beliau merupakan satu tindakan melampaui batas kemanusiaan dan etika kepimpinan.Dengan jumlah pembunuhan yang mencatatkan hampir 8500 orang yang mati, 39000 orang yang tercedera dan 18000 orang yang dipenjara dan didera dalam tahanan menunjukkan satu tindakan yang melampaui nilai-nilai kemanusiaan dan merupakan satu penindasan yang zalim daripada pemerintah sendiri kepada rakyat dibawahnya.
PKPIM melihat bahawa amanah kepimpinan dan kepercayaan kepada pimpinan daripada rakyat adalah sesuatu yang tidak lagi dihormati oleh rejim Bashar al-Assad. Tindakan penderaan yang dilakukan oleh tentera-tentera mereka melalui pelbagai bentuk penyiksaan terhadap rakyatnya sendiri melambangkan kehilangan nilai kemanusiaan dan kepercayaan dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin negara sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang besar. Lantaran itu, apakah lagi yang mahu diharapkan kepada pimpinan sebegini dalam membela nasib umat Islam yang lain sekiranya rakyat mereka sendiri ditindas tanpa belas kasihan. Kezaliman dalam bentuk yang nyata dilakukan oleh rejim ini merupakan satu perkara yang harus ditentang oleh setiap umat Islam.
Islam merupakan agama yang membawa keadilan dan kesejahteraan.Hukuman yang dikenakan dalam Islam berlandaskan prinsip fikah yang menjatuhkan hukuman kepada sesuatu yang jelas dan tidak membiarkan spekulasi yang tidak tampak secara jelas menutup tindakan kezaliman yang dilakukan oleh individu. Dalam Islam, melindungi nyawa adalah salah satu matlamat yang diletakkan di tahap tertinggi.Maqasid syariah menggariskan bahawa perlindungan kepada jiwa atau nyawa itu sendiri mengatasi matlamat melindungi akal, harta dan juga keturunan. Dalam isu ini, strategi campur tangan kuasa Barat yang ingin mengusai Syria melalui bantuan kepada pihak pemberontak yang digunakan melalui proksi-proksi mereka di kalangan negara Arab itu sendiri merupakan satu perkara yang tidak boleh kita jadikan sebagai satu hujah untuk menghentikan tindakan umat Islam yang ingin membela nyawa saudara-saudara mereka di sana.Tidak dinafikan berkenaan elemen ini dalam isu Syria, namun, pertimbangan kita sebagai umat Islam seharusnya jelas menyemangati Maqasid Syariah yang melindungi kepentingan nyawa apatah lagi terdapat bukti-bukti jelas pembunuhan dan kezaliman yang dilakukan dari rejim itu sendiri.
Dalam pertembungan dengan percaturan kuasa-kuasa besar, kita masih mempunyai ruang untuk bermain dalam gelanggang pencak.Namun tidak kepada tindakan pembunuhan yang bersifat nyata yang jelas tidak akan dapat dihentikan jika tiada desakan-desakan luar yang menunjukkan rasa prihatin dan marah kepada kemungkaran yang maha besar tersebut.Dalam soal ini kita baru berbicara berkenaan isu pembunuhan, belum lagi mengambil kira tindakan melampau rejim Bashar dan tenteranya dalam mempersendakan umat Islam berfahaman Ahlul Sunnah wal Jamaah.Saya rasa kita semua maklum berkenaan hal ini.Dari sudut moral dan etika tentera yang mencabul rakyatnya sendiri serta pelbagai lagi tindakan-tindakan bersifat kebinatangan yang dilakukan rejim menunjukkan kepada kita bahawa ijtihad yang perlu kita lakukan dalam hal ini yang paling utama adalah memerangi kezaliman yang dilakukan secara terang-terangan.
Soal untung-rugi yang akan berlaku dalam episod Syria ini bukanlah sesuatu yang mutlak akan memberi kemenangan kepada pihak Barat. Di sinilah pentingnya peranan pemimpin-pemimpin negara umat Islam untuk membantu proses mendapatkan keadilan sebenar kepada rakyat Syria dan mengurangkan impak campur tangan Barat dalam percaturan ini. Namun, semua maklum, ketidakmampuan pemimpin-pemimpin negara Islam yang rata-ratanya terikat dengan kebergantungan material dan kepentingan peribadi yang terpaksa dijaga sehingga melemahkan keperibadian dan watak kepimpinan unggul dan sejati sebagai pemimpin umat Islam.Atas ketidakpercayaan ini, maka gerakan massa yang bertindak melalui pertubuhan-pertubuhan NGO dan rakyat yang tidak berkepentingan terpaksa tampil ke depan memainkan peranan dalam gerakan masyarakat sivil untuk melaksanakan tugas advokasi terhadap kuasa-kuasa besar yang zalim dan mencengkam pemerintahan pemimpin-pemimpin negara Islam.Maka, apa salahnya bagi pertubuhan-pertubuhan ini untuk melaksanakan tugas mereka atas kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban terhadap saudara se-Islam mereka di seluruh pelosok duni yang ditindas bukan sahaja dari kuasa luar bahkan pemimpin negara sendiri yang sudah lemah keperibadiannya dan sentuhan kemanusiaannya kepada rakyat yang diperintah.
Perkara ini sepatutnya menjadi satu tamparan besar buat pemimpin-pemimpin negara umat Islam kerana tidak mampu bertindak dalam menunjukkan keprihatinan mereka kepada saudara mereka di negara lain terutamanya dalam isu yang jelas memaparkan kezaliman. Bahkan lebih mendukacitakan, pemimpin negara Islam ini terpaksa tunduk kepada kuasa besar yang akan menggunakan segala mekanisma yang ada.Bukan di peringkat kami tidak memahami kesukaran dan situasi politik antarabangsa yang berlaku, namun kemahuan serta 'political will' pemimpin itu yang rakyat mahukan sekurang-kurangnya sebagai tindakan yang memaparkan keprihatinan pimpinan yang ikhlas dalam soal umat Islam dan keadilan.
Dalam wacana ini, PKPIM tidak berniat untuk menyerang sisi-sisi peribadi mana-mana individu ataupun kumpulan sekalipun kami diserang dengan sisi tersebut melalui kenyataan memperkecilkan kemampuan intelektual pertubuhan Islam. Perbahasan ini hanya ingin membawa kepada persetujuan dalam pembelaan kepada nasib umat Islam melalui tindakan perdebatan yang matang dan bukan menyerang sosok subjek tersebut.Di peringkat PKPIM dan ABIM, sebelum melancarkan himpunan ini, kami sudah melaksanakan beberapa siri wacana yang membincangkan isu Syria ini seawal bulan Januari tahun ini lagi melalui siri wacana mengupas isu Syria dan 'Arab Spring' seperti Forum Lorong Tengah anjuran PKPIM yang panelnya diwakili oleh rakyat Syria yang berada di Malaysia, Nasir Mat Tap dari Akademi Kajian Ketamadunan, Haris Zalkapli selaku penganalisis politik antarabangsa dan juga saudara Jufitri Johar selaku Naib Presiden Antarabangsa ABIM. Diskusi yang memaparkan pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza berkenaan isu Syria dan 'Arab Spring' telah dikupaskan secara matang dalam wacana-wacana ilmiah dalam skala bersiri sebelum memutuskan untuk melancarkan perhimpunan aman bagi menyatakan penentangan terhadap kezaliman dan pembunuhan di Syria.
Mewakili gerakan mahasiswa, PKPIM mengharapkan para pimpinan mahupun mantan pimpinan memahami aspirasi dan hasrat kami dan sewajarnya bersifat membantu dan menyenangi peranan pertubuhan Islam dan bukan memperlekehkan dan tidak menghormati pertubuhan-pertubuhan ini melalui penulisan yang masih berpencak dalam gaya politik.Usahlah dalam isu sejagat ini mahu dipolitikkan juga, jika tidak, sampai bila umat Islam akan terus ditindas dan diketawakan. Tidak mustahil sekiranya sebahagian lambang keberjayaan agenda hasutan Barat kepada umat Islam secara terancang, tersusun dan juga zalim jika ada barisan kepemimpinan atau tokoh negara yang terperangkap dalam identiti sebegini. Paling penting dalam isu ini, setiap umat Islam harus mempunyai kerangka pandangan alam Islam (worldview) yang jelas dan betul supaya mampu meletakkan timbang tara aqal yang adil dalam percaturan keputusan dan pandangan dan bukannya bergantung semata-mata kepada timbang tara untung rugi material yang merupakan salah satu indikator kejayaan dalam agenda demokrasi Barat.
AHMAD AFIF BIN AHMAD MOHTARI YASIM
NAIB PRESIDEN ANTARABANGSA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-89097690822913479592012-01-06T11:11:00.003+08:002012-01-06T11:13:48.246+08:00AMANAT 2012: Peranan Pelajar dan Belia Dalam Konteks Pembinaan NegaraGolongan belia merupakan golongan terbesar mewakili penduduk Malaysia, manakala pelajar pula merupakan golongan terbesar dalam kategori belia. Justeru itu, golongan pelajar merupakan golongan yang amat signifikan dalam mencorakkan sesebuah negara dalam membentuk generasi dan kepimpinan akan datang sehingga boleh menjangkau kepada pembinaan tamadun yang hebat.
Dalam hubungan ini, umumnya para sarjana yang melaksanakan penyelidikan serta menganalisis aktiviti para pelajar dan belia sependapat bahawa golongan tersebut memainkan peranan perubahan yang penting dalam beberapa siri revolusi seperti di Jerman dan Austria pada tahun 1848, revolusi di China pada tahun 1919 dan pergolakkan terbaru dan kejatuhan rejim zalim Asia Barat seperti di Mesir, Libya dan Syria juga menggambarkan bahawa golongan ini berpotensi dalam menentukan jatuh bangun politik negara berdasarkan kepada perjuangan golongan terpelajar terhadap order lama di negara tersebut.
Dalam tradisi Islam, penglibatan golongan muda ini bukanlah merupakan sesuatu yang baru. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah menunjukkan penglibatan Saidina Ali ibn Talib r.a, Asma’ Abu Bakar dan Usamah bin Zaid dan ramai lagi yang diungkapkan oleh sejarah Islam sebahgai golongan awal “As-Sabiqul Awwalun” yang begitu setia berjuang dalam peristiwa berkenaan.
Justeru, peranan pelajar dan belia sebagai agen perubah masyarakat tidak akan memberi makna sekiranya perubahan itu adalah dari kecerahan kepada kegelapan, dari berakhlak kepada tidak berakhlak dan seumpamanya. Agenda taghyir atau perubahan dalam erti kata yang sebenar adalah merujuk kepada dari kegelapan kepada kecerahan, dari akhlak yang kurang baik kepada manusia yang beradab, dari kurang berilmu kepada mereka yang mengangkat martabat ilmu dan seterusnya.
Oleh yang demikian, pembinaan peribadi seorang pelajar Muslim yang merujuk kepada pembinaan intelektual, rohani dan jasmani yang baik adalah merupakan kewajipan yang perlu diambil kira kepentingan dan manfaatnya mengikut landasan Allah S.W.T besertakan dengan niat yang ikhlas. Dalam pembinaan sebuah tamadun yang besar, ianya tidak mampu dipikul oleh manusia yang rendah peribadi, akhlak dan jatidirinya serta tidak mempunyai iltizam dan tekad yang mantap.
Seharusnya, para pelajar perlu memanfaatkan kuliah-kuliah di universiti, mengadakan perbincangan melalui usrah, dialog, wacana, menghadiri kursus-kursus keilmuan dan juga memperbanyakkan bahan bacaan dan rujukan dalam usaha untuk membina kefahaman Islam secara lebih syumul. Sementara itu, pengetahuan pelajar berkaitan Al-Quran dan Al Hadith tidak sewajarnya terhenti sekadar membacanya sahaja tetapi golongan pelajar perlu memainkan peranan sebagai generasi rabbani yang menghafal, memahami dan menghayati isi kandungan dan mesej yang hendak disampaikan oleh ilmu wahyu ini. Tradisi ilmu hendaklah dibudayakan oleh para pelajar sesuai dengan seruan Allah S.W.T di dalam wahyu pertama yang diturunkan iaitu surah Al-Alaq (1-5):
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhamnu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Sayugia, golongan pelajar dan belia hari ini sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam meniupkan keyakinan bahawa setiap pelajar dan belia sebenarnya mempunyai peranan yang amat besar dalam mencorakkan perubahan di kalangan generasi mereka sendiri. Konsep rakan sebaya positif yang memimpin golongan ini ke arah kebaikan harus dipopularkan sebagai alternatif kepada pengaruh rakan sebaya negatif yang dilihat ‘lebih berjaya’ mendorong mereka kepada salah laku dan jenayah.
Kesedaran kepada generasi pelajar dan belia untuk memimpin diri sendiri dan membuang sikap bergantung diri kepada orang lain dan mentaliti subsidi dan tongkat juga perlu diambil perhatian sewajarnya dalam memastikan generasi hari ini lebih ampuh dan berdaya saing.
Dalam pada masa yang sama, aspirasi dan suara para pelajar harus didengar dan disantuni sebaiknya khususnya kepada para penggubal dasar, pihak pelaksana dasar, pemimpin masyarakat dan setempat. Natijah daripada penggubalan dasar negara yang dibuat pimpinan negara hari ini sebenarnya akan dipikul oleh generasi muda yang akan menyambung legasi kepimpinan sedia ada. Hakikat bahawa sekiranya suara pelajar ini tidak didengari dan difahami sebaiknya seolah-olah kita tidak mengiktiraf golongan pelajar ini sebagai ‘pelanggan utama’ dan ‘penerima akhir’ segala dasar.
Sejarah Islam pernah mengungkapkan contoh yang baik apabila Saidina Umar Abdul Aziz pernah ditegur oleh seorang remaja kerana mempersoalkan kredibilitinya yang telah dipilih sebagai jurucakap kaumnya. Ketika remaja itu ditanya mengapa tidak dibawakan orang yang lebih tua daripadanya, remaja itu dengan berani menghujahkan:
“Jika pertimbangan umur yang diambil kira, pastilah engkau tidak akan menjadi khalifah sekarang kerana pasti ada sahaja yang lebih tua daripadamu wahai Khalifah, justeru mereka yang lebih tua adalah lebih layak untuk menjadi khalifah berbanding dirimu wahai khalifah!”
Pengumuman pindaan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti AUKU di dalam Parlimen baru-baru ini oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia disambut baik oleh gerakan pelajar seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Secara tidak langsung, pemerintah memberi pengiktirafan kepada wadah gerakan pelajar yang konsisten memperjuangakan isu ini sejak dari awal penubuhannya lagi. Natijahnya, generasi pelajar dan belia merasakan bahawa pandangan dan cadangan mereka didengari oleh kepimpinan negara dan keseinambungan ini perlu disahut oleh generasi pelajar dan belia dalam mendepani perubahan seperti ini.
Justeru, penglibatan perwakilan pelajar dan belia dalam memberi komen, ulasan dan pandangan mahupun hala tuju dalam konsultansi awam dalam pindaan AUKU ini sewajarnya diperbanyakkan lagi dan turut melibatkan soal-soal dasar yang lebih besar sifatnya seperti isu ekonomi, sosial, dasar luar negara dan lain-lain. Hal ini secara tidak langsung akan mengisi kelompongan dan kekosongan pandangan suara orang muda dalam konteks pembinaan negara bangsa yang lebih bermakna.
Mengambil semangat sambutan tahun baru 2012 yang boleh dikatakan ‘tahun belia dan pelajar’, mesej dan saranan kepada kepimpinan pelajar dan belia seluruh Malaysia agar mereka dapat mengambil posisi selaku ‘jurubicara generasi muda’ dan memperjuangkan hak dan kepentingan, menyatakan aspirasi dan mengenengahkan suara hati pelajar dan belia. Hal ini merupakan satu kemestian apabila melihat kepada pola fikir, sikap, perilaku, perkembangan psikologi dan gaya hidup generasi ini yang semakin kompleks dan moden dalam dunia hari ini.
Walaubagaimanapun, peristiwa demonstrasi awal pagi di ambang tahun baru 2012 sekiranya tidak diselesaikan dengan semangat musyawarah dan perbincangan yang tuntas akan menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana tindakan provokatif dalam menangani permintaan suara ini tidak bertepatan dengan hasrat transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merangkumi langkah-langkah mengukuhkan lagi demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat sesuai dengan tuntutan generasi muda hari ini. Sewajarnya, sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya.
Pada masa yang sama, kepimpinan belia dan pelajar perlu berkemampuan dari segenap segi bagi menawarkan khidmat terbaik sebagai ‘partner in problem solving’ dan ‘partner in nation building”. Oleh yang demikian, program-program pengisian yang ditawarkan haruslah mempunyai keunikan tersendiri, dinamik, kreatif, inovatif, komprehensif, efektif, efisien, mesra orang muda, berorientasikan misi dan bukan sekadar ‘programme oreinted’ yang bersifat ‘touch and go’.
Akhirnya, kesedaran harus dicetuskan di kalangan para pelajar dan golongan belia agar lebih peka dan sensitif terhadap peranan mereka dalam membantu melahirkan generasi akan datang yang seimbang selaras dengan matlamat, halatuju dan dasar negara yang mementingkan aspek pembinaan modal insan yang utuh dan jitu.
Mengambil kata-kata yang diungkapkan oleh seorang penyair Arab. Beliau menyebutkan “Bahawa jika ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka lihatlah pada keadaan generasi mudanya hari ini. Jika generasi mudanya hari ini merupakan generasi yang mempunyai jati diri yang unggul dan hebat, adalah menjadi satu jaminan bahawa masa depan negara akan terjamin dan maju. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya generasi muda hari ini tidak berpegang pada nilai dan jati diri yang benar, maka lihatlah keruntuhan sesebuah negara yang mana tidak kita inginkan akan berlaku”.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-36239971686443466532012-01-01T10:23:00.000+08:002012-01-01T10:25:09.571+08:00PKPIM KRITIK KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWAKENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
1 JANUARI 2012 / 7 SAFAR 1433H
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak keselamatan terhadap mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli dan bantahan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
PKPIM difahamkan mereka yang terlibat dalam dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan beberapa mahasiswa cedera parah dan luka di badan sementara beberapa pimpinan mahasiswa ditahan oleh pihak polis awal pagi tadi.
PKPIM berpandangan tindakan polis termasuk FRU yang meleraikan mahasiswa secara ganas pada awal pagi ambang tahun baru akan menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana tindakan seumpama ini tidak bertepatan dengan hasrat transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merangkumi langkah-langkah mengukuhkan lagi demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat sesuai dengan tuntutan generasi mahasiswa hari ini. Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya.
Dalam perkembangan yang berkaitan, PKPIM melihat isu ini juga berkait langsung dengan kelulusan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan perhimpunan aman.
PKPIM juga memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat dalam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan yang telah terbukti di dalam kejadian yang menimpa mahasiswa di UPSI awal pagi tadi.
PKPIM merasakan bahawa tragedi mahasiswa di ambang 2012 ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan membuka ruang lebih banyak ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan aman pada masa akan datang.
Justeru, PKPIM mendesak Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dengan insiden ini dengan tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada seluruh mahasiswa dan rakyat demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan hak-hak asasi manusia.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
SEKRETARIAT PKPIM PUSAT,
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah,
Batu 6 1/2 , Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Telefon: 013-2226925
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
fahmi.iium@gmail.com
Laman Sawang: www.pkpim.org.myAhmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-45872256261671399252011-11-25T16:33:00.000+08:002011-11-25T16:34:59.368+08:00PKPIM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN PM UNTUK PINDA AUKUPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang akan membenarkan penuntut berusia 21 tahun menyertai parti poliltik sewaktu beliau membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat semalam.
PKPIM juga merasakan pengumuman bersejarah bagi gerakan mahasiswa ini menunjukkan usaha serius pihak kerajaan memahami kehendak dan aspirasi generasi mahasiswa berdasarkan kepada realiti semasa dari kalangan pimpinan negara termasuk bayangan awal Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggambarkan kesediaan kerajaan untuk meminda akta ini baru-baru ini. Pengumuman ini juga dilihat bertetapan dengan agenda transformasi politik yang dibawa oleh Perdana Menteri dan juga mengambil semangat dan iltizam kerajaan dalam membuat keputusan memansuhkan akta drakonian lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
PKPIM melihat adalah lebih baik sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan iltizam dan komitmen sebenar kerajaan dalam bersikap terbuka dan berjiwa besar dalam menangani isu ini. PKPIM memandang bahawa keputusan mahkamah ini tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya.
Dalam perkembangan berkaitan, mahasiswa perlu menyambut baik ruang yang diberikan oleh kerajaan dalam hal ini. Kajian yang dilaksanakan oleh Merdeka Center kepada generasi muda berumur 21 tahun ke atas menunjukkan lebih 60% responden masih belum mendaftar sebagai pengundi manakala statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan lebih 4 juta golongan muda yang layak tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara.
PKPIM merasakan, sudah sampai masanya pendidikan dan kesedaran politik perlu diberi penekanan secara menyeluruh kepada golongan mahasiswa di universiti supaya pemahaman mereka tidak hanya memahami politik dalam konteks kepartian semata-mata. Dalam pada masa yang sama universiti juga sebagai sebuah institusi pengajian tinggi harus selamanya non-partisan dan perlu dianggap sebagai the last bastion, kubu terakhir tradisi keintelektualan dan tidak ikut terseret menjadi korban politisasi dan ditundukkan kepada kepentingan kepartian sempit. Sekiranya berlaku, PKPIM menganggap bahawa universiti akan segera kehilangan kekuatan meritokrtiknya dan kehilangan misi keintelektualannya.
PKPIM berharap dengan pindaan Seksyen 15 dan pindaan sedia ada pada tahun 2009 AUKU ini akan memberikan kefahamam holistik dan dapat menggarap semula daya intelektual, kepimpinan, kritis dan kreatif mahasiswa untuk terlibat sama dalam memahami, membela dan membina masyarakat yang mana sebelum ini kegiatan organisasi mahasiswa sebelum ini hanya disempitkan kepada perkara-perkara yang berbentuk kebajikan (welfare) semata-mata yang secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan mahasiswa menjadi beku, gusar dan membisu terhadap isu-isu masyarakat.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-71446641078268263372011-11-10T23:13:00.002+08:002011-11-10T23:16:16.961+08:00PKPIM Sahut Saranan & Cabaran Timbalan Perdana MenteriKENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
10 NOVEMBER 2011 / 14 ZULHIJJAH 1432H
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyahut saranan dan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran yang telah memberi pandangan pada sesi soal jawab sempena Konvensyen Integriti Nasional di Putarajaya, hari ini. Beliau berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya mahasiswa memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa digagahi oleh pihak lain.
PKPIM merasakan bahawa sudah tiba masanya mahasiswa di menara gading diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menunjukkan kematangan dan kebolehan mereka berpolitik sesuai dengan realiti dan kehendak semasa. Sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan, mahasiswa tidak harus terpisah dari arus perkembangan politik semasa. PKPIM menganggap politik adalah sebagai satu cabang ilmu bukanlah satu pengetahuan untuk golongan dewasa semata-mata dan harus dipisahkan dari pemikiran mahasiswa.
PKPIM melihat senario terkini dalam negara memperlihatkan sikap jumud dan sinis dari kalangan pimpinan negara apabila mengkritik dan membidas dengan keras terhadap mahasiswa yang terlibat dalam kegiatan politik kecuali beberapa kerat pimpinan politik dari Barisan Nasional yang dilihat konsisten dalam isu mahasiswa ini.
PKPIM ingin mengesyorkan supaya mahasiswa dibenarkan untuk terlibat di dalam kegiatan politik sebagai mengiktiraf kematangan dan kewarasan mahasiswa sebagai kelompok berilmu selain memenuhi hak sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan memeriahkan demokrasi Malaysia dengan meluaskan dan meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam struktur dan proses membuat keputusan. PKPIM juga percaya bahawa mahasiswa hari ini akan menyahut cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan membuktikan bahawa mahasiswa sudah pandai menilai dan tahu membezakan baik dan buruk di dalam sistem politik negara.
PKPIM juga berpendapat, sekiranya budaya menyekat mahasiswa dari terlibat dengan isu-isu pemikiran politik seolah-olah memperlekehkan sistem pendidikan negara sendiri yang berusaha melahirkan generasi mahasiswa yang rasional, patriotik dan matang. Mahasiswa seharusnya diberi kebebasan dan budaya takut ini harus dikikis bagi membentuk satu budaya baru dan minat yang tinggi terhadap perkembangan politik kenegaraan di kalangan mahasiswa.
Justeru, PKPIM mengusulkan kerajaan mempertimbangkan secara serius untuk meminda beberapa peruntukan di dalam AUKU khususnya Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selaras dengan agenda transformasi politik yang dibawa Perdana Menteri dan juga mengambil semangat dan iltizam kerajaan dalam membuat keputusan memansuhkan akta drakonian lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-41995641516714027902011-11-04T18:02:00.000+08:002011-11-04T18:03:57.636+08:00PKPIM SAMBUT BAIK POLIS HARAMKAN SEKSUALITI MERDEKAKENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
3 NOVEMBER 2011 / 7 ZULHIJJAH 1432H
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti ‘Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Seksualiti Merdeka 2011 adalah bertujuan untuk menyokong dan memperkasa golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).
Sehubungan dengan itu, PKPIM memberi amaran kepada pihak penganjur supaya akur dan membatalkan festival yang bakal diisi dengan forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan ini dengan segera dengan mengambil kira desakan dan tentangan keras yang telah dibuat oleh banyak pihak yang membantah penganjuran program songsang ini.
PKPIM juga meminta supaya pihak penganjur untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana ianya jelas sama sekali bertentangan dengan norma budaya dan realiti kehidupan beragama yang berlandaskan kepada nilai ketimuran yang wujud di Malaysia. Penganjuran program seperti ini juga boleh mengakibatkan penularan sindrom kekeliruan dan kecelaruan jatidiri sebagai seorang individu disamping memberikan imej dan gambaran yang buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berpegang kepada prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan yang terkandung di dalam Rukun Negara dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
PKPIM juga turut mempersoalkan bagaimana festival ini boleh berlangsung pada tempoh yang lama sehingga dijadikan program tahunan di tempat yang sama semenjak dari tahun 2008 sehingga mendapat tajaan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah Majlis Peguam Malaysia, Amnesty International Malaysia dan lain-lain. PKPIM bimbang dengan adanya kebebasan ini disalahguna oleh sesetengah pihak untuk membawa fahaman songsang dan keliru.
PKPIM juga mengingatkan kepada pihak kerajaan dan polis untuk turut bersikap tegas dalam mengharamkan penganjuran konsert artis gay Elton John pada 22 November ini yang sebenarnya turut mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak, budaya negatif hedonisme dan moral masyarakat dan ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam.
PKPIM berpendapat, golongan LGBT ini merupakan golongan yang masih tercari-cari identiti diri dan perlu diberi tunjuk ajar dengan sebaiknya. Justeru, tanggungjawab badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai agama, badan agama, pemimpin-pemimpin politik serta agensi-agensi kerajaan dan swasta bukan sekadar menyuarakan bantahan tetapi turut sama-sama membantu golongan LGBT ini dengan penerapan nilai-nilai positif yang boleh membantu mereka kembali kepada normal mengikut ajaran agama masing-masing.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
SEKRETARIAT PKPIM PUSAT,
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah,
Batu 6 1/2 , Jalan Gombak,
KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
25 OKTOBER 2011 / 27 ZULKAEDAH 1432H
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik dan mengalu-alukan penarikan balik arahan penggantungan tugas oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang telah dikenakan ke atas Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.
PKPIM menganggap bahawa peristiwa penggantungan tugas beliau merupakan satu tragedi keilmuan kepada institusi pendidikan tinggi negara memandangkan isu ini sebenarnya dibangkitkan oleh pihak luar berkepentingan yang sengaja mencari publisiti murahan yang akhirnya membawa kepada penggantungan beliau yang pada dasarnya boleh diselesaikan dengan cara berhikmah tanpa menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan.
PKPIM berpandangan bahawa sekiranya tafsiran, pandangan dan hujah ahli akademik yang dilihat menyalahi kebenaran, sewajarnya pendokong ilmu mahupun universiti sebagai gedung ilmu harus mengangkat dan menghormati perbezaan pendapat secara ilmiah dengan mengutarakan tafsiran, pandangan balas tandingan dan bukannya melalui tindakan yang memberi tekanan melalui elemen undang-undang dan sebagainya.
PKPIM memandang Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai seorang intelektual yang konsisten dan dilihat berjalur inteligensia dan bersosok massa dalam memasyarakatkan hujah dan idea beliau agar difahami masyarakat berbanding kebanyakkan ahli akademik lain yang kebanyakkannya terikat, takut dan tidak melangkaui batasan dunia universiti.
Justeru, PKPIM melihat sokongan yang ditunjukkan oleh mahasiswa bukanlah diminta-minta, tetapi diangkat dan diusulkan sendiri oleh golongan ini yang memahami bahawa budaya ilmu yang sebenar adalah apabila meletakkan ilmu dan ilmuan di tempat tertinggi, menganiaya ilmuan bukan langkah yang berilmu dan membela ilmuan teraniaya merupakan langkah yang berilmu.
PKPIM berharap peristiwa sebegini dijadikan iktibar dan pengajaran oleh pihak tertinggi universiti di seluruh Malaysia agar tidak terjadi lagi pada masa depan. Institusi pengajian tinggi sewajarnya dianggap sebagai the last bastion iaitu kubu terakhir tradisi keintelektualan. PKPIM berpendapat amat mendukacitakan sekiranya institusi ini telah kehilangan autonomi dan kebebasan akademik apabila ikut terpalit dengan kepentingan tertentu yang menyebabkan ia kehilangan kekuatan meritokratiknya dan kehilangan misi keintelektualannya.
PKPIM sekali lagi menyambut baik penarikan balik arahan penggantungan tugas Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan mengharapkan kebijaksanaan Rektor UIA, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin dalam menyelesaikan kemelut ini dengan baik dengan proses siasatan yang telus dan adil lantas memberikan gambaran dan respon yang positif terhadap institusi Taman Ilmu dan Budi ini.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-23266904121758718012011-09-20T13:09:00.001+08:002011-09-20T13:11:31.295+08:00PKPIM DIJEMPUT SEBAGAI PANELIS DALAM DIALOG ORANG MUDA (DOM)19 September 2011 (AHAD):Presiden PKPIM, saudara Ahmad Fahmi b Mohd Samsudin telah dijemput menjadi ahli panel dalam Dialog Orang Muda (DOM) di Rumah Pena, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur. DOM yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Nasional (PENA) diadakan pada setiap hari Ahad minggu ketiga sentiasa membawakan tajuk-tajuk yang sangat kritikal untuk dibincangkan. Untuk DOM kali ini, ‘’Dilema Pengajian Tinggi Negara” telah diangkat menjadi topik perbincangan.
Saudara Muhammad Lutfi Ishak sebagai moderator dialog telah mengendalikan diskusi dengan baik di samping lontaran hujah dan pandangan yang disampaikan oleh ahli panel jemputan lain iaitu saudara Mohd Firdaus Zolkifli (Mesin Cetak) dan saudara Wan Mohamad Wasif (Mantan Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM).
En. Zainal Rashid b Ahmad, Pengurus Besar Penerbitan Kandungan TV Al-Hijrah antara yang meluangkan masa untuk bersama anak muda bagi membincangkan isu pengajian tinggi ini.
Saudara Firdaus banyak bermain dengan falsafah ‘positivisme’ yang dipercayai beliau sebagai asas kepada masalah yang melanda pengajian tinggi negara. Baginya positivisme telah mengigit ilmu-ilmu lain yang ada di universiti. Sambil Fahmi mengingatkan kembali akan wahyu pertama yang menekankan tentang kepentingan ilmu sambil membahaskan peranan ulama’ dan umara’. Beliau juga menyatakan sistem pendidikan negara lebih kepada mencuba daripada mendidik (more testing than educating). Saudara Wasif tampak sinikal menyarankan agar universiti ditutup seandainya gagal memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan berpendapat universiti perlu menjadi wilayah autonomi yang bebas daripada cengkaman kerajaan.
Dialog yang mengamabil masa lebih 2 jam turut dimeriahkan dengan komen dan ulasan para penonton. En Zainal Rashid pula melemparkan pendapat yang menyatakan sistem pengajian hari ini melahirkan kekurangan mahasiswa yang kreatif. Ini berdasarkan kepada pengalaman beliau sebagai pengguna (user)yang telah lama berkecimpung di dalam bidang penyiaran.
Usai perbincangan, wakil PKPIM yang terdiri daripada saudara Muhammad Safwan, saudara Saiful Rizwan, saudara Muhamad Zikri bersama dengan saudara Ahmad Fahmi dan saudara Wan Wasif sempat meluangkan masa untuk mengadakan perbincagan bersama dengan En Zainal Rashid yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman bersama anak muda.Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-51194883332442393602011-09-15T23:13:00.002+08:002011-09-15T23:47:18.832+08:00IDEALISME GENERASI MUDA DALAM MEMAKNAI TERAS-TERAS KENEGARAANHari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Hakikat yang perlu diterima semua adalah usia Malaysia sebenarnya baru mencecah 48 tahun walaupun Malaysia juga meraikan tanggal 31 Ogos iaitu Hari Kemerdekaan yang ke 54 bersama-sama dengan sambutan hari Malaysia pada tahun ini.
Namun begitu, amat penting untuk kita menyelusuri dan menilai kembali landskap kefahaman dan kesedaran sosio-politik masyarakat sama ada masih berada dalam landasan atau tergelincir daripada akar teras kenegaraan dengan mengambil kira semangat awal pembentukan negara ini. Adakah kita bersikap apolegetik atau terperangkap dengan polemik istilah dasar kenegaraan yang bertukar setiap kali kepimpinan bertukar tangan. Lihat sahaja slogan-slogan mahupun istilah yang menjadi bahan bicara dan perbincangan merangkumi 1 Malaysia, Wawasan 2020, Masyarakat Madani, Negara Berkebajikan, Ketuanan Rakyat, Islam Hadhari hatta slogan Membangun Bersama Islam.
Realiti hari ini, iklim sosio-politik negara berada dalam proses perubahan dan penambahbaikan setelah lebih 50 tahun negara menyambut kemerdekaan. Ianya berkaitan dengan percambahan segar oreintasi pemikiran yang menggalakan perdebatan, wacana mahupun dialog, nilai-nilai teras perubahan yang diangkat baik diperingkat pemerintah atau pembangkang, sikap berpolitik yang menjurus kepada idea politik baru, keutamaan hak kepada rakyat dan beberapa perkara lain yang masih dalam fasa eksperimen sesuai dengan cabaran abad mendatang. Sudah semestinya perkara ini memerlukan kesediaan dan persiapan yang rapi sekiranya mahu berubah ataupun menerima perubahan.
Secara jelasnya, perubahan boleh berlaku dalam apa jua situasi, kaedah dan juga mekanisme yang pelbagai. Sebagai contoh, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi melalui pilihanraya setiap empat atau lima tahun sekali. Amalan demokrasi ini boleh digunakan sebaiknya oleh rakyat sebagai platform untuk menyatakan mesej perubahan. Namun begitu, perubahan yang terjadi belum dapat menentukan kemenangan secara total baik kepada individu, parti mahupun majoriti rakyat kerana pilihanraya bukanlah merupakan instrumen utama yang mutlak dalam konteks melaksankan perubahan.
Lihat sahaja kepada permasalahan yang berlarutan sejak dahulu lagi seperti gejala kemiskinan, keruntuhan akhlak dan moral, penyelewengan dan rasuah, masalah pendidikan, lambakan pengganguran dan seribu satu masalah lain yang menghimpit masyarakat hari ini. Adakah sekiranya berlaku perubahan kepimpinan maka masalah-masalah ini akan hilang? Adakah kita semua bersedia untuk berubah sekiranya ruang perubahan diberikan seluas-luasnya?
Menyedari bahawa iklim perubahan yang ada pada masa ini menuntut semua pihak untuk menggunakan gaya bahasa sesuai dengan realiti zaman dan tidak menggunakan ‘status quo’ yang dilihat sudah ketinggalan. Lantaran itu, usaha untuk membawa agenda bersama seperti mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak keistimewaan masyarakat Melayu, kedudukan Islam dalam perlembagaan perlu seiring dan sekata dengan agenda membasmi kemiskinan secara saksama, keadilan kepada semua rakyat, dasar meritokrasi, kesamarataan dan hak-hak istimewa semua kaum, dan pelbagai lagi saranan-saranan lain.
Lantas, dalam fasa menempuhi separuh abad kedua selepas kemerdekaan ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum wajar diberi pengiktirafan atas sumbangan dan peranan mereka kepada negara. Amalan diskriminasi kaum yang bersifat zalim dan asobiyah sempit sehingga menafikan hak orang lain perlu dicegah. Begitu juga dengan budaya fitnah memfitnah, politik wang, politik ampu dan segala rencah amalan ‘Machievallian’ perlu dikikis secara bersama. Hal ini penting kerana budaya songsang ini dilihat melatari segmen masyarakat hari ini sehingga dilihat sebagai rutin dan ritual yang tidak membawa apa-apa makna kepada pembentukan generasi mendatang.
Oleh sebab itu, janganlah akibat percaturan politik sempit kepimpinan ditampuk kekuasaan menyebabkan rakyat bawahan hancur binasa. Jika tidak dibendung, generasi muda pada hari ini akan mewarisi beban bagasi sejarah sengketa politik yang tidak berkesudahan ini. Lihat sahaja di Barat, walaupun dimomokkan dengan bawaan elemen negatif terhadap pembentukan masyarakat lain di dunia, namun dalam hal silang sengketa politik, mereka menunjukkan contoh positif sehingga dapat duduk semeja dalam kabinet kerajaan dalam merangka agenda secara bersama. Percakaran politik mereka berakhir selepas tamatnya pilihanraya dan fokus pembinaan negara adalah lebih utama tanpa mengamalkan sikap negatif seperti sikap prejudis, ketaksuban melampau dan parti sentrik.
Begitu juga dalam dunia serba moden hari ini, segelintir masyarakat telah menyalahgunakan nilai kebebasan yang diberi untuk mempertikaikan perkara-perkara asas dalam pembentukan negara ini. Lebih mengesalkan, semakin banyak ‘public opinion’ diolah, direka dan dijaja demi memastikan ia menjadi suara terbanyak lantas diiktiraf sebagai satu sumber baru yang wajar dijadikan rujukan.
Oleh yang demikian, peranan belia dan generasi muda sebagai kuasa ketiga amat penting di dalam memastikan amalan ‘check & balance’ melibatkan isu-isu kenegaraan. Golongan ini dianjurkan untuk mempertahankan sikap ‘independent’ tanpa terikat dengan mana-mana suara dan keputusan politik. Apatah lagi dalam situasi rencam dan permasalahan yang semakin membarah, generasi hari ini harus berani mengungkap idealisme murni dengan bebas dan berprinsip.
Justeru, tumpuan kepada pembentukan dan pembangunan belia atau generasi muda yang berkualiti yang mempunyai jati diri serta ketahanan mental dan fizikal perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Sebagai pewaris kepimpinan mendatang, idealisme belia yang berteraskan kepada kekuatan ilmu perlu dijadikan sandaran, dijana dan diperkasakan.
Belia perlu dikejutkan daripada igauan mimpi indah untuk kembali menyumbang bakti kepada masyarakat dan mengembalikan kegemilangan silam yang pernah mencatatkan nama belia sebagai kelompok yang banyak menyumbang ke arah perubahan masyarakat dan negara ke tahap yang lebih baik. Ini ditegaskan oleh Leopold Rosenmayr dalam bukunya, “Belia dan Masyarakat: Landasan Konsep dan Teori” yang menyatakan bahawa belia adalah kelompok yang terbukti berkuasa dengan caranya tersendiri dalam menentukan perubahan sosial masyarakat atau transformasi sosial.
Islam juga telah mengenengahkan banyak dalil mengenai peri pentingnya pembentukan generasi muda atau belia berkualiti sama ada melalui kitab suci Al-Quran, hadith mahu pun sejarah perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda.
Dalam Surah An-Nisa’ ayat kesembilan, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan mereka seharusnya takut andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat atau keturunan yang lemah,….”
Ayat ini membuktikan betapa tanggungjawab untuk membina generasi pewaris yang kuat dan berkualiti adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan atau dipandang ringan.
Kekuatan idealisme belia amat bergantung kepada sejauh mana belia mampu membudayakan dan memartabatkan ilmu di dalam kehidupan mereka. Ilmu sebagai teras pembentukan intelektualan dan daya fikir generasi muda. Malah ilmu juga akan memandu generasi ini agar berdisplin dan mampu menilai sesuatau perkara secara objektif, tidak beremosi dan tergopoh gapah. Apatah lagi setiap tindakan yang akan diambil atau apa juga bentuk perancangan yang hendak dilaksanakan mampu menatijahkan sesuatu yang lebih baik dan mempunyai impak positif.
Sayugia, budaya ilmu juga akan membentuk kerangka pemikiran belia yang lebih dinamik, rasional dan berwawasan. Sejarah telah membuktikan bagaimana gerakan belia yang telah menyumbang kepada perubahan dalam konteks masyarakat memulakan proses pembaharuan pemikiran yang tidak boleh lari daripada penguasaan ilmu.
Sebagai contoh, gerakan muda yang dipelopori oleh cendiakawan muda Islam seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Al-Hadi adalah kelompok awal yang berusaha membawa pemikiran baru dalam masyarakat Melayu ketika itu dengan fahaman nasionalisme Islam bagi membangkitkan semangat menentang penjajah. Usaha mereka walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada kelompok tradisionalis sedikit sebanyak berjaya membangkitakan semangat baru kepada Melayu Islam untuk bangkit menentang penjajah.
Natijahnya, semuanya adalah bertitik tolak kepada kekuatan idealisme bertunjangkan ilmu yang menghasilkan satu perubahan pemikiran dalam masyarakat. Generasi muda akan menjadi lemah apabila mereka gagal menghayati ilmu sekali gus menyebabkan golongan ini tidak berupaya dalam berfikir dan kaku mencaturkan idea dan tindakan. Hal ini telah disokong oleh pemikir Islam terkemuka, iaitu Malik Ben Nabi yang menyifatkan kelemahan umat Islam hari ini adalah disebabkan oleh penderitaan sindrom lemah dan malas berfikir.
Pemerkasaan dan pembugaran idealisme dalam kalangan belia membolehkan peranan golongan ini lebih terarah dan dinamik khususnya dalam membangunkan masyarakat dan negara yang lebih bermakna. Malah, kekuatan idealisme ini akan memastikan golongan belia mampu mendepani zaman dengan lebih yakin dan bertenaga serta mempunyai pegangan yang kukuh berlandaskan kepada prinsip kebenaran dan keadilan sosial.
Melalui aspek kesedaran peri pentingnya kefahaman mendalami sejarah jatuh bangun sesebuah tamadun, golongan ini akan mampu menghayati dan mengisi makna kemerdekaan negara Malaysia dalam pemahaman yang lebih holistik. Lantas, menyedari tanggal 31 Ogos setiap tahun sebagai Hari Kemerdekaan maka begitu juga peri pentingnya tarikh 16 September dalam lipatan sejarah buat generasi muda khususnya belia untuk memperkukuhkan jati diri mereka bagi menggarap kekuatan daya juang, daya saing dan daya saring yang lebih utuh. Justeru itu, wajarlah generasi muda mempunyai pengarahan, cita-cita dan matlamat yang sesuai dengan aspirasi agama dan negara kerana “the youth of a nation are the trusteeof its property”.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-73097107972849041532011-09-12T16:45:00.000+08:002011-09-12T16:46:56.429+08:00PENTAFSIRAN FAKTA SEJARAH: MPN HARUS BERSIKAP ILMIAHKENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
12 SEPTEMBER 2011 / 14 SYAWAL 1432H
PENTAFSIRAN FAKTA SEJARAH: MPN HARUS BERSIKAP ILMIAH
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mempersoalkan kesimpulan Majlis Professor Negara (MPN) menerusi kenyataan akhbarnya tentang Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah oleh British. Kenyataan akhbar tersebut dibuat oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudanya, Prof. Dato’ Zainal Kling dalam sidang akhbar bersama Pengerusi MPN, Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan anggota-anggota jawatankuasa MPN pada 9 September 2011 yang lalu.
Majlis Professor Negara menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah, hanya dilindungi Inggeris dengan meletakkan negeri-negeri Melayu itu di bawah kekuasaan Pejabat Tanah Jajahan melalui penguasaan undang-undang Inggeris, pentadbiran bercorak Inggeris, dan ekonomi kapitalis cara Inggeris. Dalam kata lain, MPN berkesimpulan bahawa dasar ‘protectorate’ yang diamalkan Inggeris terhadap Tanah Melayu dengan meletakkan residen dan penasihat di negeri-negeri Melayu sebagai satu tujuan murni untuk melindungi dan membantu Tanah Melayu dan pemerintah Melayu untuk memerintah Tanah Air mereka.
PKPIM juga mempersoalkan kenyataan MPN yang mendakwa dasar ‘protectorate’ Inggeris sebagai tidak mencabuli kedaulatan negeri-negeri Tanah Melayu. PKPIM merasakan kenyataan MPN sebagai keliru dan tidak objektif apabila MPN dilihat gagal memberi tafsiran yang lengkap dan memuaskan tentang konsep ‘kedaulatan negara’. Ini jelas dalam kenyataannya yang mendakwa bahawa walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak dibawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara. Malah, tesis baru MPN ini kelihatan seolah-olah mengiktiraf Kerajaan Kolonial Inggeris sebagai wira pelindung Tanah Melayu dan menafikan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan Tanah Air sendiri daripada Kerajaan Kolonial Inggeris yang memang dikenali dunia sebagai antara kuasa besar penjajah ketika itu.
Dalam hal ini, PKPIM sangat bersetuju dengan Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang menegaskan dalam karya ilmiah terbaru beliau berjudul Historical Fact and Fiction (2011) bahawa fakta sejarah seharusnya diteliti secara menyeluruh dengan mengambilkira nilai-nilai dan salingkaitan antara fakta sejarah sehingga membentuk satu rangkaian kesimpulan yang bermakna. PKPIM juga meyakini seseorang sejarawan bukan sekadar mampu mengutip fakta-fakta sejarah tetapi juga harus punya kekuatan akliyah bagi mentafsir bahan sejarah dengan mendalam dan tepat.
PKPIM berpandangan kenyataan akhbar yang dibuat MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah. Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah. Sesuatu fakta sejarah haruslah melalui proses-proses penelitian seperti heuristik, verifikasi, interprestasi dan historiografi sepertimana lazimnya dilaksanakan oleh para ilmuwan dan pengkaji sejarah yang berwibawa. Justeru, mewakili golongan pelajar dan mahasiswa di Malaysia, PKPIM menuntut MPN untuk menarik balik kenyataan yang mengelirukan ini dan menghasilkan penulisan ilmiah yang lengkap dan bernilai akademik dalam mengemukakan tesis mereka berhubung isu ini.
Dalam perkembangan yang berkaitan, PKPIM juga meminta semua pihak termasuklah ahli politik supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang melibatkan fakta dan sejarah. Dalam kemeriahan semua pihak untuk menjuarai isu membincangkan tema sejarah tanah air yang pada dasarnya dilihat amat positif dalam proses pemahaman asas-asas kenegaraan, mereka juga harus bertanggungjawab di atas kenyataan yang dikeluarkan sekiranya menimbulkan keraguaan dan kekeliruan kepada masyarakat.
Justeru, PKPIM mengingatkan kepada mereka yang berkenaan agar merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar dan berdasarkan sumber yang sahih dan tidak mengeluarkan kenyataan melulu dan songsang yang boleh menimbulkan polemik dan masalah runcitan.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIMAhmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-71384948093656118932011-09-11T01:40:00.001+08:002011-09-11T01:45:22.383+08:00Idealisme, Aktivisme, dan Intelektualisme Gerakan MahasiswaDalam kesibukan memenuhi undangan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai bersempena bulan Syawal dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, golongan pelajar merupakan golongan yang sibuk dalam menghadapi persediaan sama ada persiapan menduduki peperiksaan UPSR bagi pelajar sekolah rendah dan peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar sekolah menengah. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada adik-adik yang sedang berjuang menghadapi musim peperiksaan ini.
Tidak dilupakan juga kepada golongan pelajar yang akan bergelar sebagai mahasiswa yang sedang mengikuti minggu orientasi atau minggu taaruf di universiti masing-masing. Ahlan wassahlan wa marhaban bikum dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru yang berdaftar pada kemasukan kali ini. PKPIM amat mengalu-alukan kedatangan para pelajar sebagai keluarga baru IPT. Tahniah kerana kalian sedang dalam proses melangkah ke arah fasa baru kehidupan yang akan mencorakkan hala tuju masa depan anda kelak.
Sesungguhnya, kesyukuran kepada Ilahi perlu diperbanyakkan memandangkan anda merupakan insan yang terpilih berdasarkan kepada kejayaan menempatkan diri di menara gading. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun ini sebanyak 41,267 kekosongan yang boleh disii oleh calon yang memohon di seluruh Negara berbanding sebanyak 64,703 calon yang memohon tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada kali ini.
Namun demikian, amanah ilmu yang bakal dipikul oleh mahasiswa perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Amanah ini tertakluk kepada mahasiswa baru mahupun mahasiswa lama yang baru menghabiskan percutian panjang akibat perubahan waktu sesi pembelajaran IPT pada tahun ini. Justeru, persediaan dan pembentukan ‘mind setting’ perlu digerakkan seoptimum mungkin memandangkan suasana pembelajaran di universiti sangat berbeza dengan keadaan sebelum ini di bangku sekolah. Mahasiswa perlu cemerlang dalam pelbagai aspek terutamanya di dalam bidang akademik dan sahsiah.
Mahasiswa perlu berdikari dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam menempuh proses pembelajaran di menara gading. Pergantungan mutlak mahasiswa kepada nota dan suapan maklumat para pensyarah semata-mata tidak lagi menjamin kejayaan cemerlang akademik mahasiswa. Justeru, perlunya ada perubahan pendekatan dalam tindak tanduk mahasiswa supaya tidak hanya berjumpa pensyarah untuk menghantar kerja dan tugasan malahan mengambil peluang berjumpa pensyarah untuk bertukar-tukar pandangan dalam membincangkan beberapa isu yang melibatkan soal dasar dan polisi atau melibatkan isu-isu semasa dalam dan luar negara. Selain itu, bahan bacaan mahasiswa perlu menjangkaui ruang lingkup bidang yang dipelajari dan tidak hanya terikat kepada nota-nota kuliah tetapi mahasiswa perlu didedahkan dengan bahan bacaan yang bertemakan falsafah, pemikiran dan karya-karya utama dunia tokoh-tokoh terkenal dunia.
Dalam mendepani realiti semasa yang semakin ruwet dan mencabar memerlukan persediaan dan ketahanan yang ampuh dalam kalangan mahasiswa memandangkan terdapat banyak cabaran dan permasalahan semasa yang menyelubungi dunia hari ini. Sebagai contoh, pertembungan aliran pemikiran, krisis identiti, kecelaruan budaya, dan budaya hedonisme yang membarah merupakan cabaran semasa yang perlu ditangani secara hikmah oleh mahasiswa.
Justeru, mahasiswa perlu untuk menyiapkan diri dengan mengadunkan elemen Idealisme, Aktivisme, dan Intelektualisme dalam diri masing-masing. Elemen-elemen ini harus diadun secara seimbang, komprehensif dan bersepadu dalam mendidik dan membangunkan generasi mahasiswa yang diharapkan mampu mewarnai corak kepimpinan Negara akan datang.
Idealisme (Ketinggian Pemikiran) merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang dihayati lagi diamali. Ia berasaskan kepada dua perkara pokok iaitu Al-Amru bil Makruf atau kecintaan terhadap prinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian dan yang kedua ialah Wan Nahyu ‘anil Mungkar atau kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kekacauan.
Aktivisme (kesungguhan usaha) pula merujuk kepada keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal. Ia merupakan suatu proses yang harus berlandaskan kepada kebijaksanaan mengolah idea-idea yang bernas dan kewibawaan menterjemah idealisme tersebut dalam aturan hidup secara kemas tanpa menimbulkan riak-riak negatif yang lebih memudaratkan. Melalui aktivisme inilah, akan lahirnya mahasiswa yang berintikan semangat pengorbanan dan perjuangan serta mempunyai nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi.
Melalui Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaaan) 2008, kerajaan telah membuka ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti persatuan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) pelajar seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) , Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bernaung di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM).
Dalam elemen Intelektualisme (Keluasan Ilmu), ianya tidak hanya merujuk mahupun tergantung kepada kehebatan mahasiswa dalam memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan atau mempunyai angka yang tinggi di dalam sistem CGPA. Elemen intelektualisme ini bukan juga terbangun di atas kecenderungan mahasiswa untuk menjadi ulat buku dengan mengasingkan diri daripada cuba memahami dan menelaah apa yang berlaku di sekelilingnya.
Tetapi intelektualisme adalah satu proses penghayatan budaya ilmu melalui olahan idealisme yang dikembangkan dalam bentuk aktiviti-aktivitri yang mampu merangsang pemikiran kreatif dan kritis sehingga berupaya mencetuskan idea-idea baru sekaligus menterjemahkannya ke dalam bentuk tindakan yang praktis.
Akhirnya, sekiranya kesemua elemen Idealisme, Aktivisme, dan Intelektualisme ini dibudayakan di peringkat mahasiswa, PKPIM yakin dan percaya bahawa masalah pengganguran dan ketidakboleh pasaran graduan tidak akan berlaku. Ini kerana, elemen yang dibudayakan ini turut mencakupi latihan kepimpinan, soft-skills dan ilmu-ilmu tambahan yang diperolehi di luar bilik kuliah. Mengambil kata-kata hikmah Almarhum Bapak Nasir mantan Perana Menteri Indonesia, beliau ada menyebutkan bahawa:
“Tiada percetakan dalam kepimpinan. (lantaran) pemimpin tidak lahir di bilik kuliah (formal institution) tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.”
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-13296585725926018562011-09-10T22:35:00.001+08:002011-09-10T22:37:02.301+08:00KENYATAAN MEDIA:PKPIM MENDESAK AGAR KERAJAAN KOTAKAN JANJI MAKENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
10 SEPTEMBER 2011 / 12 SYAWAL 1432H
PKPIM MENDESAK AGAR KERAJAAN KOTAKAN JANJI MANSUHKAN PPSMI
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran bertegas untuk terus mempertahankan keputusan yang dicapai dan mengotakan janji untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebelum ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun, cadangan Kementerian Pelajaran untuk mempertimbangkan memberi autonomi kepada sekolah untuk memilih sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik adalah sangat mengejutkan. PKPIM menganggap keputusan Kabinet yang diumumkan sebelum ini tidak dipandang secara serius oleh kerajaan dan keputusan ini boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan terdapatnya usaha-usaha pihak tertentu seperti Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang mahu mempengaruhi pihak kerajaan secara konsisten untuk memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik.
Dengan ini, PKPIM mengulangi pendirian membantah dan menolak PPSMI. PKPIM menuntut agar pihak kerajaan tidak tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mewakili suara individu dan minoriti yang mahukan dasar PPSMI dikembalikan. Sudah jelas betapa PPSMI bukan hanya mengancam kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang dilindungi kedudukannya oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pelajaran, bahkan mengancam masa depan pelajar dan hala tuju pendidikan Malaysia. PKPIM komited memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pendidikan.
Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM menyokong pandangan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zakarshi yang mengkritik dan mempersoalkan kajian yang dilakasanakan oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkenaan 50% ibu bapa yang mahukan dasar PPSMI ini diteruskan. Dapatan yang diperolehi oleh JMM ini tidak melambangkan hasrat sebenar majoriti rakyat yang menolak dasar ini.Hal ini disokong dengan adanya kajian ilmiah oleh pelbagai pihak yang merangkumi seluruh negara mengenai keberkesanan pelaksanaan PPSMI ini. Keputusan dan rumusan kajian yang telah dilaksanakan ini menunjukkan keputusan sebaliknya selepas dasar ini diperkenalkan kerajaan dalam keadaan tergesa-gesa.
PKPIM juga ingin merakamkan kesedihan dan ucapan takziah kepada kaum keluarga dan sahabat handai Allahyarham Datuk Dr. Hassan Ahmad, tokoh pejuang bahasa yang konsisten dalam memperjuangkan agar dasar PPSMI ini ditamatkan. Mewakili suara generasi muda di Malaysia, PKPIM bertegas bahawa semangat perjuangan Allahyarham dan para cendekiawan dalam memastikan fungsi dan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan akan dikembalikan semula pada tempatnya.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
SEKRETARIAT PKPIM PUSAT,
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah,
Batu 6 1/2 , Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
fahmi.iium@gmail.com
Laman Sawang: www.pkpim.org.myAhmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-10035074893998077132011-09-10T20:12:00.000+08:002011-09-10T20:14:42.291+08:00Dilema Nisbah Tidak Seimbang Pelajar IPTSaban tahun Negara akan dikejutkan dengan isu nisbah tidak seimbang apabila bermulanya sesi kemasukan mahasiswa baru ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Hakikatnya, jumlah pelajar wanita meneruskan pengajian di IPT jauh lebih ramai berbanding pelajar lelaki sudah menjadi fenomena sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini diakui oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengatakan bahawa nisbah antara bilangan pelajar lelaki dan wanita di beberapa buah universiti untuk kemasukan sesi ini adalah sebanyak 30:70 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 33:67 di Universiti Putra Malaysia (UPM.
Walaupun terdapat pandangan yang mengatakan perkara ini tidak begitu membimbangkan tetapi jurang tidak seimbang bilangan antara pelajar lelaki dan perempuan akan memberikan implikasi jangka masa panjang sekiranya langkah-langkah kawalan dan tindakan bersepadu semua pihak tidak dilaksanakan.
Persoalan yang boleh diajukan disini adalah ke manakah perginya pelajar lelaki selepas mereka tamat menduduki Sijil Pelajaran Malasyia (SPM)? Tidak mustahil, majoriti pelajar lelaki ini berada dalam persimpangan selepas tamatnya alam persekolahan atau mereka ini mempunyai pertimbangan tersendiri dalam menentukan hala tuju samada terus menimba ilmu di menara gading atau membiarkan diri mereka hilang ditelan arus kehidupan tanpa mempunyai perancangan yang bersifat jangka masa panjang. Realiti hari ini di kampus, bagi pelajar lelaki yang mendapat keputusan yang baik dan diterima masuk ke IPT pasti akan mendapati diri mereka tenggelam di tengah ribuan pelajar wanita.
Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak universiti perlu melaksanakan kajian khusus dalam mencari punca dan mencari kaedah penyelesaian konkrit dalam menyelesaikan persoalan ke mana perginya pelajar lelaki lepasan alam persekolahan ini. Memang benar sesetengah daripada mereka mengambil jurusan vokasional dan teknikal tetapi rata-rata mereka hanya sekadar mempunyai kelulusan sijil atau diploma. Malahan, terdapat juga sebahagian daripada golongan ini mengambil langkah memenuhi kekosongan tempat di pusat serenti berbanding peluang yang diberikan kerajaan untuk memasuki dunia kampus dan tidak kurang juga yang terus memasuki pasaran buruh sebagai tenaga kerja tidak berkemahiran tinggi.
Lebih malang lagi apabila golongan ini pada masa akan datang hanya kekal sebagai pekerja yang berpendapatan rendah kerana kegagalan mereka mengambil walaupun kursus kemahiran atau separa professional secara sambilan walaupun peluang sentiasa terbuka dengan kewujudan begitu banyak institusi swasta dan juga sokongan kerajaan dalam memastikan modal insan yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi.
Sayugia, jika nisbah ini dibiarkan dan kehadiran 70 peratus pelajar wanita di IPT ini berterusan saban tahun, ianya pasti mendatangkan beberapa implikasi dan kesan buruk yang bersifat jangka panjang khususnya apabila golongan ini akan menguasai kerjaya professional dan jawatan penting dalam sector awam kelak. Dengan pendapatan yang lebih besar, keadaan tidak sekufu dalam alam rumah tangga juga akan berlaku dan akan menimbulkan konflik kekeluargaan.
Justeru, langkah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merangka program untuk menarik lebih ramai pelajar lelaki meneruskan pengajian di universiti bagi merapatkan jurang dan membaiki aliran nisbah tidak seimbang wajar disokong dan didokong oleh kesemua pihak. Selain daripada itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai sebuah organisasi pelajar di peringkat kebangsaan konsisten dalam menganjurkan Program Menara Gading (PMG) diperingkat negeri dan kebangsaan di IPT-IPT terpilih di Malaysia.
Matlamat utama program tahunan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan bimbingan tentang realiti kehidupan dan pembelajaran di alam kampus kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM. Program seperti ini terbukti berjaya memandangkan kesemua peserta lelaki dan wanita yang mengikuti program ini telah menempatkan diri di alam kampus.
Seharusnya, para pelajar di peringkat awal perlu diberikan pendedahan awal berkenaan alam kampus dan disuntik semangat mahu berlumba-lumba bagi menyaingi dan merebut kekosongan di IPT. Golongan ini juga perlu diberi dorongan motivasi berkenaan peri pentingnya penerusan pembelajaran di menara gading.
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
871112-11-5181
013-2226925
Sekretariat PKPIM Pusat,
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah,
Batu 6 1/2 , Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-40850323146543312722011-08-29T16:04:00.001+08:002011-08-29T16:06:32.120+08:00Mengisi Makna Fitrah KemerdekaanAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas kurniaan nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi di atas peluang yang diberikan-Nya untuk sama-sama kita menuntut di dalam madrasah Ramadhan pada tahun ini dengan melaksanakan ibadah puasa dan amalan-amalan lain dan mudah-mudahan kita memperolehi taqwa yang dijanjikan-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)
Inilah matlamat dan visi agung (maqasid) pensyariatan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Visi yang meletakkan taqwa sebagai neraca kualiti seorang manusia bahkan merupakan pra-syarat kualiti sebagai seorang dai’e di jalan Allah SWT. Kalimah “la ‘allakum tattaqun’ menunjukkan bahawa semangat dari kewajipan berpuasa adalah untuk melahirkan penuntut yang akan beroleh pengiktirafan ‘cemerlang taqwa’ hasil daripada kursus, latihan, dan ujian selama 30 hari di dalam madrasah Ramadhan ini.
Tanpa disedari, bulan Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dan hanya akan kembali pada tahun 1433H (Hijriah) yang akan datang. Justeru, marilah kita sama-sama memanjatkan doa semoga tahun hadapan, kita sekali lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjadi penuntut yang akan dipilih bertemu dengan kemuliaan Ramadhan, bulan penuh keagungan dan keberkatan.
Sejajar dengan bulan Ramadhan sebagai bulan tarbiyah diri, marilah kita semua memastikan segala amalan yang telah dilaksanakan di dalam bulan ini tidak akan terhenti dari diamalkan secara konsisten sepanjang tahun dengan kehadiran 1 Syawal yang menandakan tamatnya bulan mulia ini. Semoga hasil pentarbiyahan diri selama sebulan ini melalui amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT dapat kita amalkan secara istiqamah selama sebelas bulan yang lain.
Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Oleh sebab itu, agama Islam melarang amalan pembaziran manakala sambutan di luar batas syarak mestilah dijauhi. 1 Syawal sesungguhnya bukannya pesta makanan dan hiburan yang melampau tetapi adalah waktu bagi kita untuk menzahirkan rasa kesyukuran melalui aktiviti silaturrahim dan ukhuwwah sesama insan. Ketika kita semua bergembira, umat Islam harus berdukacita dan mengambil cakna dengan gejala negatif yang berterusan melanda sebahagian umat kita hari ini.
Begitu juga dengan nasib saudara seagama serta serumpun kita di Selatan Thailand. Mereka terus dinafikan hak dan semestinya diberikan pembelaan oleh seluruh umat Islam. Saya juga ingin membuat seruan khususnya kepada seluruh masyarakat khasnya umat Islam untuk membantu umat Islam yang dirundung malang di Somalia mahupun konfilk sejagat yang tidak menampakkan tanda–tanda penyelesaiannya di bumi suci Palestin yang mana ribuan rakyatnya terus menjadi mangsa kezaliman tentera rejim Zionis Israel.
Bercakap mengenai 1 Syawal pada tahun ini, ianya cukup berbeza dan istimewa kerana pada masa sama kita akan menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-54 yang juga di dalam bulan Syawal. Jika dilihat dari makna Syawal dan Kemerdekaan ianya merupakan sambutan yang sarat dengan mesej kejiwaan yang melangkaui pengertian material dan maknawi. Kedua-duanya adalah melibatkan perjuangan mujahadah dan kemenangan besar, khususnya bagi mereka yang percaya bahawa hidup ini adalah satu pengabdian kepada Allah SWT yang tidak akan berakhir.
Justeru, sambutan Aidilfitri dan Kemerdekaan pada tahun ini wajar dimaknai dengan semangat dan cita-cita melakukan pembaharuan (tajdid) dan perubahan (taghyir) yang disandarkan kepada kekuatan misi tahriri-tanwiri (pembebasan dan pencerahan) yang bertujuan mengangkat martabat dan darjat manusia seperti mana yang ditegaskan oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil. Ianya bukan lahir dari semangat dan retorika label sentimen semata-mata, tetapi ianya merupakan usaha hasil daripada manifestasi keazaman, iltizam serta aspirasi yang meliputi aspek kemerdekaan jiwa, pemikiran dan budaya dari dipengaruhi dan diracuni sumber asing yang negatif sifatnya.
Hakikat kemerdekaan juga tidak seharusnya dipandang dari sudut simbolik semata-mata, tetapi generasi hari ini harus menjiwainya dari sudut maknawi yang lebih tulus sifatnya. Lantaran, pemupukan fahaman merdeka yang lebih meluas harus diterapkan dalam diri kita sebagai generasi penerus kepimpinan Negara. Oleh yang demikian, tugas dan perjuangan generasi mendatang adalah untuk mengisi makna kemerdekaan sebagai manifetasi keseinambungan tradisi perjuangan mereka yang berjuang demi agama, bangsa dan negara 54 tahun yang lalu.
Justeru, marilah kita memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala kekurangan dan kesilapan kita. Marilah kita bermuhasabah dan mengambil iktibar pengalaman silam untuk terus istiqamah dan berhikmah dalam menelusuri arus pancaroba semasa dan beriltizam mengorak langkah zaman mendatang yang menuntut pengorbanan daripada segenap aspek tanpa berbelah bahagi.
Akhir kalam, di kesempatan ini, saya mewakili saff kepimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 kepada seluruh pelajar Islam di Malaysia, pimpinan Badan Gabungan Negeri PKPIM, pimpinan PKPIM di peringkat kampus, dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar; Walillahil Hamd!
“Hidup Biar Berjasa”
Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-37014942610794463772011-07-21T12:33:00.000+08:002011-07-21T12:34:52.052+08:00IJTIMAK HARAKIY KE-2 (PKPIM-ABIM-WADAH) 22-24 JULAI 2011Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Ijtimak Harakiy Ke-2, mulai 22 Julai sehingga 24 Julai 2011. (Sila klik untuk tentatif penuh) Ijtimak Harakiy ini adalah perhimpunan membabitkan tiga serangkai gerakan Islam utama, WADAH-ABIM-PKPIM yang telah mencipta sejarah tersendiri dalam perkembangan Islam di negara ini.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan pada 27 Jun 1961, yang pada ketika itu dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang. Pada masa kini PKPIM berdaftar di bawah pejabat pendaftar pertubuhan belia (ROY)
Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan selepas zaman pelajar. Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepada satu pergerakan yang stabil dan bersifat jangka panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, selaras dengan perubahan pada dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya di bawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007.
Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mencapai cita-cita tersebut, ABIM telah menumpu banyak usaha membangun kerangka faham masyarakat terhadap agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh serta mempertegaskan prinsip-prinsip masyarakat madani di dalam segala aspek kemasyarakatan, perundangan dan kenegaraan.
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah pada 9 November 2005 dengan angka pendaftaran 1947-05-7 (Selangor). Keahlian Wadah adalah terbuka kepada rakyat Malaysia beragama Islam dan berusia 35 tahun ke atas, tanpa mengira bangsa, kaum dan jantina.
Visi Wadah ialah pemerkasaan umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah menerusi peningkatan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.
Sama-sama kita meraikannya!Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-43204409825601463882011-07-21T12:01:00.005+08:002011-07-21T12:33:00.704+08:00MPAT KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD KALI KE-33Pada hari Ahad, 26 Jun 2011 bersamaan 24 Rejab 1432 H yang lalu, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KBI bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Mesyuarat kali ke-33 ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH). Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Pengerusi KBI, Encik Samsuddin Zainal, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Mohd Raimi Ab. Rahim dan Pengerusi Lujnah Syariah KBI,Dato’ Mohd Mokhtar Shafii. Lebih 100 orang hadirin yang terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAKBI), lujnah syariah, audit luar, mantan-mantan Pengerusi KBI, wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), para jemputan, perwakilan dan juga pemerhati KBI dari seluruh negara hadir bagi menjayakan acara dwi-tahunan ini.
Encik Samsuddin, Pengerusi KBI menyampaikan ucapan aluan.
Dalam ucapan aluan oleh Pengerusi KBI, beliau mengingatkan kepada para perwakilan berkenaan sindrom pereputan dan ‘uban’isasi iaitu majoriti ahli senior KBI yang semakin lanjut usia yang menyebabkan keahlian dan keanggotan KBI terjejas kerana kebanyakkan ahli memohon untuk berhenti untuk menjadi ahli KBI. Lantaran itu, beliau menjelaskan kepada para hadirin berkenaan perancangan KBI dalam usaha untuk terus menjadi pemain utama dalam menarik lebih ramai ahli baru untuk terlibat dalam sektor koperasi dengan memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan terbaru yang akan menjadi teras utama KBI seperti penjualan Emas dan Dinar KBI, Projek Usahawan Sosial dan Mandiri, Skim Tahayyu Lil-Hajj Angkasa-KBI, Tafsir Fi Zilalil Quran dan Program Pengurangan Faedah Pinjaman Perumahan (MRP). Pada masa yang sama, pihak pengurusan juga bersetuju untuk membenarkan ahli-ahli senior memindahkan saham dan simpanan mereka kepada anak-anak ahli yang baru berdaftar sebagai salah satu usaha untuk menggalakan proses pendaftaran ahli-ahli baru KBI dalam kalangan anggota yang sudah berdaftar.
Dalam ucaptama yang bertajuk “Membina Kekuatan Ekonomi Umat Melalui Gerakan Koperasi” yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, beliau memberi penekanan mengenai kepentingan dimensi spiritual dalam menggerakan kekuatan ekonomi selaras dengan agenda dan semangat awal penubuhan KBI pada tahun 1977. Hal ini telah dibuktikan dengan perkembangan positif ekonomi umat Islam luar negara seperti gerakan ekonomi dalam era perjuangan Said Nursi di Turki yang berjaya menguatkan spiritual ahli-ahli dalam membantu menjayakan gerakan ekonomi yang akhirnya menampakkan barakah kepada perjalanan keseluruhan organisasi.
Justeru, beliau juga mengingatkan kepada semua ahli koperasi untuk terus memperteguhkan tekad dan mempunyai azam yang kental dalam usaha untuk menguatkan KBI secara khususnya dengan mengambil kira pelbagai faktor dalaman dan luaran dan menjadikan pengajaran peristiwa sirah nabawiyyah Habil dan Qabil, anak kepada Nabi Adam A.S sebagai pedoman dalam menuju kepada usaha murni ini. Dalam konteks ini, pengorbanan ikhlas yang ditunjukkan oleh Habil diterima oleh Allah S.W.T manakala pengorbanan Qabil ditolak kerana niat dan matlamat asal pengorbanan tersebut tidak selari dengan syariat dan perintah Allah S.W.T.
Mesyuarat kali ini juga dimeriahkan lagi dengan dua majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama (MOU) antara KBI-Ar-Rahnu Ko-Upay dan MOU antara KBI,Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Kolej Dar Al-Hikmah (KDH). MOU antara KBI-Ar-Rahnu Ko-Upay yang telah ditandatangani oleh Pengerusi KBI, En Samsuddin Zainal bersama Pengerusi Ko-Upay, Tuan Haji Nordin Jusoh merupakan kerjasama perniagaan Ar-Rahnu KBI bersama Koperasi Usahawan dan Pengguna Perniagaan Elektronik (Ko-Upay). Melalui kerjasama ini, pihak Ko-Upay merancang untuk memulakan 5 buah cawangan Ar-Rahnu di Lembah Klang dan cawangan pertama pembukaan premis ini adalah di Prima Gombak dan dijangka akan memulakan perniagaan pada bulan Ogos tahun ini. Selain itu, (MOU) antara KBI-GPM-KDH yang telah ditandatangani oleh En. Samsuddin Zainal, Pengerusi KBI bersama Ketua Pegawai Eksekutif GPM, En Asri Abdul dan Ketua Pegawai Eksekutif KDH, Tuan Haji Fuad Bahari adalah bertujuan untuk menjalankan kerjasama strategik dalam projek keseluruhan pembangunan usahawan sosial dan mandiri yang menjurus kepada aspek pensijilan, latihan dan pendidikan. Melalui kerjasama ini, KBI akan menyediakan modul khusus dan modal berkenaan pelaksanaan program pembangunan usahawan sosial manakala pihak GPM akan menyediakan khidmat komuniti setempat yang berminat untuk menyertai program pembangunan usahawan ini manakala KDH pula akan berperanan dalam aspek pensijilan dan pendidikan latihan.
Majlis Menandatangani MOU antara KBI – Ar-Rahnu Ko-Upay antara Pengerusi KBI, En Samsuddin Zainal dan Tuan Haji Nordin Jusoh, Pengerusi Ko-Upay sambil disaksikan tetamu kehormat.
Majlis kali ini juga telah melakar sejarah tersendiri kerana KBI telah melancarkan produk emas dan dinar KBI. Produk baru ini dilihat mempunyai potensi dan pulangan yang besar kepada KBI dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Melalui perniagaan ini, KBI telah mengeluarkan produk emas 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 dinar dan KBI juga merancang untuk mengeluarkan produk dirham perak yang bernilai 1 dirham dan juga produk kepingan perak (silver bar). Dalam perkembangan berkaitan KBI juga sedang berusaha mempergiatkan promosi dan memperkenalkan beberapa insentif istimewa bagi menarik ahli-ahli koperasi untuk menjadi pengedar kepada produk-produk emas KBI ini.
Dalam pada masa yang sama KBI juga telah melancarkan Kad Pintar KBI yang mana fungsi kad ini akan membolehkan ahli KBI berurusan dengan lebih mudah secara online dalam urusan seperti penambahan saham, pembayaran yuran modal dan simpanan dan juga pembelian barang-barang yang membolehkan ahli mendapat rebate dan diskaun melalui pembelian produk-produk yang dijual melalui portal KoUpay.Kad ini juga berfungsi sebagai kad debit yang boleh ditambah nilai dan pemegang kad juga berhak untuk mendapatkan takaful khairat kematian.
Justeru, mengambil semangat tema Mesyuarat Agung Perwakilan ke 33 kali ini iaitu “Membina Kekuatan Ekonomi Umat Melalui Gerakan Koperasi”, pihak pengurusan dan kepimpinan KBI ingin menyatakan penghargaan kepada para anggota KBI yang telah membuktikan kesetiaan yang penuh kepada KBI dengan menyokong dan mendokong KBI, tidak hanya di waktu selesa tetapi juga di saat KBI menghadapi kesukaran. Komitmen dan hasil kerja keras semua pihak khususnya kesetiaan dan sokongan ahli-ahli KBI dalam erti sebenar ta’awuniyah dan atas semangat ukhuwwah akhirnya akan membuahkan hasil dan cita-cita murni selaras dengan visi KBI iaitu koperasi Islam yang cemerlang, mantap dan berkesan.Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-4077077101041209212010-11-12T17:31:00.000+08:002010-11-12T17:31:25.928+08:00PKPIM Lancar Tabung Bencana Banjir
Disiarkan di SINAR HARIAN (12 November 2010) Jumaat
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Skuad Prihatin telah melancarkan misi kemanusiaan membantu penduduk-penduduk Kedah, Perlis, dan Kelantan yang terlibat dalam musibah banjir besar yang melanda negeri-negeri terbabit. Misi kemanusiaan ini digerakkan bagi mengagihkan barang keperluan asas seperti air mineral, set kebersihan diri, selimut, tikar serta barang-barang keperluan asas serta penjagaan bayi.
Di samping itu, misi juga dijangka akan mendirikan dapur umum di samping menghantar pasukan doktor untuk meringankan beban mereka yang dilanda musibah ini. Skuad Prihatin ini mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan misi-misi bantuan kemanusiaan.telah bergerak ke negeri-negeri berkenaan semenjak bencana melanda. Memandangkan kemungkinan besar gelombang kedua yang bakal melanda bantuan dan persiapan perlu digiatkan dalam usaha mencari dana membantu mangsa-mangsa berkenaan.
Justeru, PKPIM akan menggerakan Tabung Misi Bantuan Mangsa Banjir di setiap masjid di sekitar Gombak selepas solat Jumaat pada minggu ini. Kutipan ini diharap dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir kelak. Dalam pada itu, PKPIM juga telah menghantar sukarelawan ke negeri yang terjejas dan fokus utama yang akan diusahakan selepas ini adalah gotong royong membersihkan kawasan yang terjejas Pasca Banjir. PKPIM juga menyeru agar lebih ramai golongan belia untuk turut sama-sama menawarkan diri sebagai sukarelawan membantu dalam menjayakan misi ini.
Atas dasar keprihatinan terhadap mereka yang ditimpa musibah ini, PKPIM dan ABIM ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu serta memberikan sumbangan. Untuk sumbangan serta sebarang makluman sila hubungi Sdra. Fahmi di talian 013-222 6925. atau Sdri Noraliza Effendy di talian 013-212 8466/03-4108 4500. Sumbangan boleh dibuat ke akaun BIMB : 14-023-01-002743-2 (ABIM).
Disediakan oleh:
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
Naib Presiden Antarabangsa PKPIM
http://fahmisamsudin.blogspot.<wbr></wbr>com
+6013-2226925Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-26222132457439230232010-10-29T21:17:00.001+08:002010-10-29T21:17:43.759+08:00UPSR-PMR: Terapkan Pendidikan Holistik
Nota : Artikel ini adalah salinan memorandum yang diserahkan kepada Y.A.B Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung cadangan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR. Memorandum yang merupakan catatan pendirian WADAH-ABIM-PKPIM ini telah diserahkan pada 21 September 2010
Terlepas dari soal setuju atau tidak, cetusan idea pemansuhan UPSR-PMR kami tanggapi sebagai isyarat positif bahawa pada tahap pembuat dasar telah ada kesediaan untuk melakukan rethinking, menilai dan memikirkan semula kerelevanan sistem pelajaran kita secara menyeluruh dan mendasar. Cadangan pemansuhan peperiksaan (UPSR-PMR) tentunya tidak hanya sekadar memansuh semata-mata untuk memansuh, tetapi dilatari kesedaran tentang wujudnya masalah, bukan hanya masalah-masalah yang berbangkit dari peperiksaan dan isu-isu yang terkait dengannya, tetapi masalah yang lebih fundamental dan mendasar.
Memang sistem pendidikan kita terkesan amat berorientasi peperiksaan, dan seterusnya (hampir) memutlakkan prestasi dalam peperiksaan sebagai satu-satunya ukuran kualiti dan penentu masa depan seseorang pelajar. Orientasi dan persepsi sedemikian jelas membawa pelbagai implikasi negatif terhadap misi dan esensi pendidikan sebagai proses pembinaan insan secara utuh, bersepadu dan seimbang. Justeru, antara implikasi yang sangat memprihatinkan termasuklah:
Misi besar pendidikan telah direduksi menjadi sekadar suatu siri peperiksaan yang mendera dan menegangkan. Di situlah tercurah dan terperahnya seluruh kekuatan pendidikan sehingga mengabaikan dimensi-dimensi penting kependidikan lainnya. Dalam konteks realiti seperti itu memang ada kebenarannya apabila dikatakan bahawa sistem kita lebih banyak menguji daripada mendidik (more testing than educating).
Akibat tumpuan semata-mata pada pencapaian prestasi dalam peperiksaan, maka lahirlah generasi yang berprestasi (akademik) cemerlang, tetapi gagal menjadi manusia berakhlak dan berwatak mulia.
Demikian jadinya kepada mereka yang dianggap "berjaya", betapa pula nasib mereka yang menjadi "korban" peperiksaan? Tidak sedikit jumlah anak bangsa yang dihukum sabagai "gagal" dalam usia yang sedemikian muda. Keputusan peperiksaan dianggap keputusan nasib hidup mereka. Demikianlah, persekolahan kita telah melahirkan generasi yang mengalami kekosongan erti hidup, pesimis dan tidak percaya diri. Keleluasaan gejala penyakit sosial ketika ini mungkin salah satu jelmaannya.
Dalam orientasi yang terlalu menumpu dan mementingkan prestasi dalam peperiksaan anak didik dibebani harapan yang seringkali tidak tertanggung, dan dipaksa bersaing meskipun tidak mampu. Akibatnya persekolahan kita telah mencipta generasi yang mengalami ketegangan (stress) dan sentiasa berasa terancam (rasa tidak selamat kerana sentiasa disaingi).
Sistem yang menjadikan keputusan peperiksaan sebagai ukuran mutlak, sesungguhnya hanya menghargai hasil terakhir suatu proses pendidikan yang panjang. Yang berharga hanya jumlah A yang terkumpul pada peperiksaan akhir, sedang susah payah guru mengasuh dan mengasah dari hari ke hari seolah-olah tidak ada harganya.
Menjadikan prestasi dalam peperiksaan sebagai penentu persaingan merebut peluang pekerjaan, selalu memacu persaingan mencapai prestasi tanpa memperhitungkan cara, etika dan aturannya. Akibatnya peperiksaan, di mana-mana, selalu diwarnai penipuan, manipulasi dan pelbagai kecurangan lainnya.
Mereka yang kalah dalam persaingan, atau yang tidak mampu bersaing, tetapi terus-menerus dipaksa bersaing rata-rata merasakan persekolahan suatu penderaan. Mereka selalu merasa didiskriminasikan dan tidak dihargai. Mereka tidak senang ke sekolah, kerana sekolah memang tidak menyenangkan.
Hakikat tersebut tidak menafikan perlunya peperiksaan pada tahap-tahap tertentu sebagai salah satu cara penilaian dalam proses pendidikan. Yang dipermasalahkan adalah kadar pemberatannya sehingga menjadi terlalu berorientasi peperiksaan, dan terlalu dimutlakkan sebagai ukuran kemampuan, walhal peperiksaan mempunyai pelbagai keterbatasan di samping selalu mengandungi unsur kemujuran.
Kerana itu kertas ini tidak bermaksud menolak peperiksaan, tetapi menyarankan peninjauan semula dan mengemukakan modifikasi-modifikasi seperlunya dengan semangat korektif-reformatif pembaikan sistem pendidikan secara menyeluruh, sesuai dengan keperluan kita sebagai insan, umat dan bangsa.
Tanpa ragu, kami menyimpulkan bahawa sistem pendidikan kita harus dibebaskan dari dominasi orientasi peperiksaan yang keterlaluan. Untuk itu kekerapannya harus dikurangi, di samping peranannya sebagai ukuran kejayaan proses pendidikan harus diimbangi dengan penilaian dimensi-dimensi kependidikan lainnya rohani, jasmani, intelek dan emosi. Perlu dicatat bahawa peperiksaan tidak dapat mengukur seluruh aspek yang terliput dalam proses pendidikan. Secara pedagogis, peperiksaan mempunyai keterbatasaan yang sangat jelas. Ia hanya mencakup aspek kognitif, tidak mencakup aspek psikomotorik, dan tidak juga aspek afektif.
Selain itu peperiksaan juga hanya dapat mengukur kompetensi pelajar dalam subjek-subjek tertentu yang diambil, dan ini jelas mereduksi kompetensi pelajar , mengabaikan kompentensinya dalam bidang-bidang lain yang tidak termasuk dalam subjek-subjek peperiksaan.
Untuk menjadikan peperiksaan sebagai kayu ukur yang dapat dipercaya, ia tidak harus bersifat sekadar bubble test yang dangkal dan tidak substantif. Bentuk dan pola soalan peperiksaan harus dianjak ke arah soalan yang bersifat high order thinking questions, soalan yang mencabar pemikiran, menguji kemampuan berfikir, dan merangsang pemikiran analitikal, kreatif dan kritis. Anjakan ini bererti bahawa soalan peperiksaan tidak lagi bersifat menguji hafalan dan ingatan semata-mata, di samping ia juga tidak dapat diteka-teka atau diramal-ramal berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lalu. Untuk melakukan anjakan ini, corak pengajaran dan pembelajaran perlu diorientasikan semula sesuai dengan pola dan format soalan yang sedemikian.
Orientasi peperiksaan memang memerlukan modifikasi untuk menjadikannya lebih bererti, tetapi ia tetap tidak boleh dimutlakkan sebagai satu-satunya ukuran yang sah dan muktamad. Kerana itu modifikasi peperiksaan harus beriringan dengan sejumlah modifikasi lain yang melibatkan kandungan dan orientasi kurikulum keseluruhannya. Dalam kaitan ini pencapaian matlamat pendidikan sebagai humanizing process harus dinilai semula. Untuk mempastikan tercapainya objektif pengutuhan manusia, subjek-subjek yang dapat memanusiakan manusia harus diberikan penekanan semula. Tanpa menafikan kepentingan sains dan matematik, obsesi yang berlebihan terhadap subjek-subjek tersebut ternyata telah mengakibatkan peminggiran dan peremehan terhadap bidang-bidang lain yang sarat dan padat dengan nilai-nilai murni kemanusiaan seperti pendidikan Islam, sejarah dan kesusasteraan. Penyelesaian kepada persoalan ini bukan dengan mengunggulkan yang satu dan memperlekeh yang lain, tetapi dengan pendekatan integratif penyepaduan disiplin-disiplin tersebut dan perapatan jurang antara sains dengan disiplin-disiplin yang dikategorikan sebagai subjek-subjek arts itu.
Sesuai dengan tuntutan zaman kini sebagai zaman kreasi dan inovasi, sistem pendidikan kita (termasuk orientasi peperiksaannya) harus memberikan penekanan pada usaha pengembangan daya kreatif-inovatif anak didik. Tanpa menafikan bidang sains juga dapat merangsang daya kreatif, tetapi dasar meremehkan bidang ilmu kemanusiaan yang sangat kaya dengan unsur kreativiti adalah suatu kesilapan fatal. Dalam kaitan ini perlu dicatat bahawa kreativiti adalah faktor penting daya maju bangsa, khususnya dalam bidang ekonomi. Kerana itu negara-negara maju umumnya sangat prihatin terhadap gejala kemorosotan daya kreativiti anak bangsa. Dan apabila gejala ini timbul, yang pertama dilihat adalah sistem persekolahannya. Apakah sekolah mampu menjadi lahan yang subur bagi kegiatan-kegiatan kreatif-inovatif?
Di samping banyak mencipta kejayaan di pelbagai bidang, harus pula diakui bahawa sistem persekolahan kita dari satu sisi dapat dinilai kurang berhasil membina generasi yang kuat dan berdikari. Yang terhasil rata-rata adalah generasi yang lemah, generasi yang meminta-minta, generasi yang mengharap belas kasihan agar diberikan pekerjaan. Pendidikan yang komited terhadap misi pemberdayaan (empowerment) seharusnya mampu melahirkan generasi yang berkompetensi tinggi. Untuk itu kita memerlukan sistem persekolahan yang berorientasi pengupayaan pelajar mencipta pekerjaan, bukan menunggu peluang pekerjaan.
Tidak semua subjek dapat dinilai prestasinya melalui peperiksaan formal oleh sebuah lembaga rasmi. Harus diakui hakikat bahawa tidak siapa pun yang tahu tentang kemampuan seorang pelajar lebih daripada gurunya yang saban hari mendampinginya. Kerana itu ruang penilaian guru (sekolah) perlu diperluas dan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dalam kaitan inilah relevannya sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dipertimbangkan. Amalan pengijazahan oleh guru dalam sistem pengajian (Islam) tradisional sebenarnya sangat beralasan.
Bagaimanapun untuk melaksanakan kaedah penilaian ini diperlukan tingkat kejujuran dan integriti moral yang cukup tinggi. Untuk itu diperlukan pula suatu program intensif latihan pembinaan integriti keguruan. Dengan demikian segala penilaian dan pentaksiran akan dapat dilaksanakan berlandaskan nilai amanah dan ketaqwaan yang setinggi-tingginya.
Untuk membina generasi yang religious, berwatak dan berakhlak mulia, pendidikan Islam memainkan peranan yang sangat menentukan. Kerana itu ia harus ditempatkan sebagai subjek istimewa, bukan sekadar subjek pengetahuan, tetapi sebagai disiplin penghayatan. Sesuai dengan posisi dan fungsinya yang sedemikian, ia memerlukan cara penilaian tersendiri. Tidak cukup dinilai dari segi kefahamannya, tetapi juga dari segi internalisasi dan penghayatannya.
Selama ini sistem peperiksaan kita telah melahirkan golongan yang dianggap berprestasi akademik. Bagaimanapun yang lebih penting dan lebih bererti daripada prestasi ialah semangat cintakan ilmu. Tetapi isu inilah pula yang masih menjadi tanda tanya besar. Untuk menepati makna pendidikan sebagai proses sosialisasi dan internalisasi nilai, sistem pendidikan kita harus lebih memberikan penekanan pada usaha pemartabatan nilai ilmu, pembinaan sikap menyintai ilmu, dan membangkitkan semangat ingin tahu (intellectual curiousity).
Pemansuhan jenis-jenis peperiksaan tertentu dalam sistem pendidikan kita memang ada justifikasinya. Bagaimanapun ada kemungkinan langkah tersebut disalaherti dan disalahgunakan untuk mengurangi komitmen sekolah terhadap tanggungjawab pencapaian prestasi akademik. Pemansuhan dalam konteks ini bukan tanpa alternatif. Sistem pentaksiran alternatif PBS itulah yang harus dilaksanakan sejaya-jayanya, tanpa mengurangi komitmen terhadap kecemerlangan akademik. Semangat tersirat di sebalik langkah tersebut ialah untuk kembali ke falsafah pendidikan bersepadu dan seimbang dengan matlamat membina insan seutuhnya sebagaimana yang diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Keunggulan sistem pendidikan tidak hanya pada tahap dasar dan falsafahnya, tetapi juga harus cukup berkesan dari segi operasi dan pelaksanaannya di semua peringkat. Dalam kaitan ini peranan sekolah sebagai "hujung tombak" sistem pendidikan negara dalam erti sebagai institusi akar rumput yang sentuhannya sampai dan langsung kepada sasaran terakhir (anak didik) harus mencapai tahap kompetensi yang memungkinkannya melaksanakan misi kependidikan holistik, menyeluruh, seimbang dan sekaligus bersepadu.
Pendirian Terhadap Cadangan Pemansuhan UPSR-PMR
Mengambil kira perkara-perkara di atas, kami berpendapat bahawa UPSR perlu diteruskan, sementara PMR boleh dimansuhkan dengan catatan-catatan berikut:
Pengekalan UPSR atas rasional kepentingan fungsinya sebagai penilaian penamat bagi persekolahan peringkat rendah.
Peperiksaan UPSR tidak seharusnya digunakan sebagai sorting machine untuk pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Menggunakan peperiksaan sebagai asas pemilihan akan menjadikannya tumpuan seluruh kekuatan kependidikan sehingga mengabaikan dimensi-dimensi pendidikan lainnya. Untuk tujuan pemilihan ke SBP harus diwujudkan mekanisme alternatif dengan mengambil kira penilaian-penilain selain prestasi akademik.
UPSR harus berorientasi penilaian diagnostic dalam erti mengenalpasti titik-titik kelemahan untuk seterusnya dicari jalan mengatasinya.
Murid-murid yang gagal menguasai 3M/LINUS harus "ditahan" di tahap satu selama setahun untuk tujuan korektif dan pemulihan.
Pemansuhan PMR pula didasarkan pada rasional bahawa penilaian persekolahan pada tahap menengah sudah memadai dengan peperiksaan SPM.
Dengan pemansuhan PMR harus diwujudkan pula mekanisme alternatif untuk tujuan penjurusan dengan penekanan pada potensi dan keupayaan (aptitude test).
Pemansuhan PMR memerlukan cara penilaian alternatif yang dalam hal ini Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dirasakan paling sesuai. Untuk memastikan keberkesanannya PBS perlu dilaksanakan dengan prosedur yang kemas berpandukan set aturan yang terperinci dan baku. Oleh kerana PBS akan banyak melibatkan peranan guru, maka perlu dipastikan mereka (guru-guru) mencapai tahap profesionalisme dan integriti yang setinggi-tingginya. Dengan demikian penilaian mereka akan diterima umum sebagai penilaian yang berkredibiliti, berautoriti dan tidak dipertikai.
Cadangan
Menyedari hakikat masalah-masalah fundamental yang tersirat di sebalik persoalan UPSR-PMR, kami ingin mengemukakan cadangan-cadangan umum seperti berikut:
Untuk mempastikan pendidikan tidak akan kehilangan esensi hakikinya sebagai proses pengutuhan manusia dan proses sosialisasi nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu difungsikan sepenuhnya sebagai landasan penggubalan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, dan seluruh kegiatan persekolahan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dimartabatkan semula dan dihayati secara yang lebih bererti dalam penggubalan kurikulum dan proses pengajaran dengan menekankan dimensi-dimensi penerapan nilai-nilai murni, pengembangan potensi, kesepaduan, keseimbangan dan keharmonian.
Untuk mengembalikan pendidikan kepada esensi, fungsi dan misi hakikinya, istilah pendidikan harus digunakan semula menggantikan istilah pelajaran yang dipakai sekarang. Sesungguhnya istilah pendidikan jelas lebih kental, lebih padat, dan lebih tepat dari segi erti, isi dan substancenya.
Pendidikan sebagai proses pembinaan generasi memang memerlukan masa yang panjang, tidak boleh diringkas-ringkas atau disingkat-singkatkan. Kenyataannya hari ini "tidak cukup masa" selalu dijadikan alasan untuk menjelaskan pelbagai kelemahan dan ketidakberkesanan dalam pengajaran dan aspek-aspek pendidikan lainnya. Besar kemungkinan alasan tersebut benar. Untuk mengatasinya kami sarankan agar kementerian mempertimbangkan semula idea persekolahan satu sesi yang pada suatu ketika dahulu pernah dibincangkan. Persekolahan satu sesi akan membolehkan penambahan masa untuk pengajaran dan pembelajaran, proses pengukuhan dan interaksi guru-murid.
Untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan keseluruhannya, telah sampai masanya kementerian mempertimbangkan secara serius pelaksanaan sistem semester dan seterusnya pemakaian sistem penilaian CGPA dalam sistem persekolahan negara.
Untuk menambah keberkesanan juga langkah segera perlu diambil untuk memperbaiki kadar nisbah guru-murid. Jumlah murid yang terlalu ramai di bawah seorang guru seperti yang berlaku ketika ini mengakibatkan kegagalan memberikan perhatian yang secukupnya kepada murid-murid, dan seterusnya ini membawa pelbagai masalah yang sukar diatasi.
Tujuan pemansuhan peperiksaan tertentu untuk mengurangi orientasi peperiksaan tidak akan tercapai sepenuhnya jika sistem pengkelasan (grading) sekolah-sekolah yang diamalkan ketika ini tidak dirubah. Pengkelasan sekolah berasaskan prestasi akademik/SKPM akan menjadikan orientasi peperiksaan terus menguat.
Antara yang sangat memprihatinkan ketika ini ialah tahap penguasaan tulisan jawi dalam sistem persekolahan kita. Kelemahan penguasaan tulisan jawi akan mengakibatkan pendangkalan agama, di samping kehilangan khazanah persuratan warisan, ilmu dan wisdom kepujanggaan bangsa yang bertulisan jawi. Kerana itu kami menyarankan agar di samping meneruskan pengajaran jawi dalam subjek bahasa Melayu, tulisan jawi juga hendaklah digunakan seluas mungkin dalam pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan Islam. Pengajaran agama Islam menerusi tulisan rumi dikhuatiri akan mengakibatkan pendangkalan dan penyimpangan. Yang jelas ia adalah suatu keganjilan yang sangat menyolok.
Agama seharusnya dilihat sebagai sumber kekuatan dan faktor kunci survival umat. oleh itu pendidikan keagamaan harus menekankan keberkesanannya dari segi pemberdayaan dan impak transformatifnya terhadap murid. Sesuai dengan tuntutan zaman the age of wisdom pendidikan Islam harus mengakar pada falsafah dan prinsip pendidikan berhikmah sebagaimana yang terumus dalam pesan-pesan kependidikan Luqman al-Hakim.
Untuk penambahbaikan sistem pendidkan arus perdana mungkin ada kebijaksanaannya pihak kementerian melihat pelbagai eksperimen pendidikan alternatif yang dilaksanakan oleh badan-badan NGO, termasuk sistem persekolahan ABIM yang berasaskan agama, menggunakan pendekatan bersepadu dan mengamalkan sistem persekolahan satu sesi. Berdasarkan sambutan hangat masyarakat mungkin ada kekuatan-kekuatan tertentu pada persekolahan alternatif tersebut yang dapat dipelajari dan dimanfaatkan.
Kenyataan bersama;
Dato' Dr Siddiq Fadzil (Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)
Muhamad Razak Idris (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia)
Muhamad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-89237235398430442952010-10-25T17:48:00.006+08:002010-10-25T17:57:32.980+08:00"'Pembangunan Belia Islam Sedunia-PKPIM&WAMY''
Berikut merupakan artikel penulis yang telah mengikuti Mesyuarat Agung WAMY di Indonesia pada 2-4 Oktober 2010 di Jakarta, Indonesia.
Dunia hari ini telah mengiktiraf bahawa dalam sesebuah Negara yang maju dan bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar. Golongan ini juga mempunyai potensi besar dalam mempengaruhi trend mahupun sikap masyarakat dalam sesebuah negara. Jika generasi muda yang dilahirkan adalah lesu, mandum dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Tambahan pula dengan segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral yang menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah generasi yang disebut oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Nisa: ayat 9: “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi) yang lemah”.
Fenomena ini juga telah diingatkan oleh seorang ilmuwan, Muhammad Iqbal bahawa sekiranya kita mahu melihat masa depan sesebuah Negara, maka kayu ukurnya adalah dinilai berdasarkan kepada kekuatan atau kelemahan generasi muda pada hari ini.
Situasi hari ini telah memungkinkan roh golongan muda telah dicabar dan tercabar dengan pelbagai halangan dan tipu daya hasil daripada budaya yang berbentuk permisif penuh berserakan. Berlakunya cultural schizophrenia yang menurut seorang sarjana, Daryush Shayegan, merupakan keadaan mental distortion yang boleh memusnahkan sesuatu tamadun. Suasana ini berlaku ketika mana masyarakat kehilangan paradigmanya dan keliru antara Barat dan moden. Moden yang diambil daripada acuan Barat.
Dalam menongkah arus pemodenan dan kesejagatan budaya, generasi muda merupakan golongan yang berada dalam keadaan kritikal kerana mereka dalam proses membina pemikiran, imej, dan personaliti. Ketika inilah juga anak-anak muda telah disogokan dengan pelbagai budaya dan pemikiran yang semakin hebat dalam mencorak gaya hidup mereka. Budaya popular (mass culture) yang kini seolah-olah menjadi budaya massa (mass culture) turut mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran generasi muda Islam.
Budaya yang mementingkan gaya dan imej daripada nilai dan makna secara tidak disedari semakin diterima umum oleh masyarakat yang permisif. Keadaan ini berlaku akibat daripada wabak ketidakpekaan terhadap nilai hidup yang semakin meruncing. Kesannya, mereka tidak lagi dapat membezakan antara populariti dan substance, antara imej dan nilai, antara palsu dan yang benar
Satu lagi fenomena global yang membimbangkan ialah kelunturan semangat kesukarelaan (volunteerism). Oleh kerana serangan ganas materialisme yang begitu kuat mencengkam, lantas gerakan sosial semakin kurang mendapat tempat. Hal ini terbukti apabila sesuatu perkara yang dibuat jika tidak dibalas dengan reward tertentu seperti wang elaun, t-shirt, topi dan sebagainya maka kuranglah sambutan kepada aktiviti sukarela ini. Senario berbahaya ini sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan hilangnya idealisme perjuangan dalam kalangan generasi muda.
Justeru, telah banyak program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak demi memastikan kelangsungan golongan ini dalam mencapai satu tahap keupayaan sosial, moral, emosi, fizikal dan kognitif yang baik. Dalam erti kata yang lain, golongan muda perlu mempunyai ciri dan nilai baru dalam usaha untuk memantapkan jatidiri, mempunyai jiwa yang kental dan berwawasan. Sekiranya generasi muda yang dilahirkan mempunyai kualiti diri yang cemerlang, cerdas dan berkeperibadian mulia, maka bangsanya akan menempa kemajuan dan kemakmuran. Hal ini bukanlah merupakan andaian kosong lantas ianya telah terbukti berdasarkan sejarah Islam yang telah melahirkan sekumpulan pemuda pemudi yang berjiwa besar dan mempunyai keimanan yang mantap dalam memainkan peranan penting dalam membina kegemilangan umat.
Jika diimbas kembali kegemilangan sejarah Islam yang telah membuktikan keberanian Sayyidina Ali Ibn Abi Talib, kesetiaan Sayyidina Abu Bakar dan juga kepintaran srikandi Sayyidatina Asma’ binti Abu Bakar dalam menjayakan misi hijrah Rasullulah S.A.W ke Madinah. Peristiwa penting ini telah menaikkan semangat dan iltizam yang cukup tinggi dalam memberi penumpuan kepada usaha-usaha membina keperibadiaan generasi muda agar mereka mampu bangkit mencipta suatu kegemilanagan terbaru suatu masa nanti.
Berbekalkan semangat inilah, keupayaan untuk melakukan islah dan pembaikan dalam masyarakat harus dimulakan dalam konteks individu terlebih dahulu sebelum ianya dapat dikembang kepada masyarakat. Justeru, generasi muda harus ditanam dengan elemen-elemen murni ta’dib yang akan membangunkan potensi minda, jiwa dan jasmani secara menyeluruh dan holistik. Ciri-ciri inilah yang merupakan benteng dan kekuatan generasi muda dalam menghadapi cabaran semasa.
Usaha pembaikan dan pembaharuan kearah yang lebih baik ini tidak hanya cukup dan memberi impak dan kesan yang besar sekiranya ianya hanya digerakkan berdasarkan kepada kekuatan individu atau kelompok kecil dan tidak disokong oleh kelompok masyarakat terbesar. Justeru, usaha murni ini perlu dikongsi bersama melalui penglibatan individu-individu Muslim dalam elemen masyarakat sivil seperti pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mahupun organisasi dan persatuan khususnya melibatkan generasi muda bagi memastikan proses mobilasi dan gerak kerja dapat dilaksanakan dengan terancang dan membuahkan hasil yang baik.
Barangkali inilah antara gagasan awal yang berkembang sekitar tahun 1970-an yang telah memungkinkan kewujudan Himpunan Belia Islam Sedunia (World Assembly of Muslim Youth-WAMY) pada tahun 1972. WAMY merupakan sebuah organisasi besar yang menghimpunkan pemuda-pemuda Islam sedunia dalam merangka strategi aktiviti mahupun program dalam kerangka global yang lebih besar.
Kewujudan WAMY yang berpusat di Arab Saudi juga dilihat sebagai platform terbaik bagi generasi muda memaksimumkan peranan mereka dalam pembangunan yang tidak dilihat hanya terangkum dalam konteks wilayah kenegaraan tetapi lebih bersifat alamiyah dan faktor kemanusiaan dan dimensi keIslaman menjadi teras kepada gerak kerja WAMY yang berisfat komprehensif dan seimbang. Pada masa yang sama, ianya juga merupakan medan terbaik bagi generasi muda untuk mengasah bakat kepimpinan dan juga menambah jaringan dalam peringkat antarabangsa.
WAMY memfokuskan kepada aktiviti pembangunan belia yang meliputi aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan juga pembentukan peribadi unggul bagi memastikan generasi ini berupaya dalam menyambung legasi kepimpinan mendatang. Pada masa kini, WAMY dianggotai oleh 500 persatuan belia diseluruh dunia dan program-program yang dijalankan juga bersesuaian dengan kehendak dan keadaan tempatan Negara-negara ahli.
Bersama Secretary General WAMY, Dr Syeikh Saleh Sulaiman Al-Wohaibi
WAMY mengadakan mesyuarat agungnya setiap empat tahun sekali. Pada 2 Oktober hingga 4 Oktober lalu, WAMY telah mengadakan Persidangan Antarabangsa kali ke 11 yang bertemakan ‘Belia dan Tanggungjawab Sosial’ bersempena mesyuarat agungnya di Jakarta, Indonesia. Pada mesyuarat ini, ia menerima banyak laporan berkenaan program pembanguan belia, perkembangan dakwah dan kebajikan masyarakat Islam di segenap peringkat negara masing-masing.
Sesungguhnya, masih banyak usaha yang perlu dijayakan bagi membangun dan menggembleng potensi belia sedunia ini terutama di dalam membantu kelompok masyarakat Islam minoriti seperti di Myanmar, Filipina, Kemboja dan Thailand.
Keterlibatan golongan belia Malaysia dalam arena antarabangsa juga boleh menjadi sandaran dan model ikutan oleh golongan belia Negara-negara membangun lain. Ini kerana, Malaysia dilihat sebagai sebuah Negara yang maju, progresif dan program-program pembangunan belia di Malaysia dilihat berjaya dalam melahirkan bakal pelapis kepimpinan Negara. Pada masa sama, negara kita berada di dalam keadaan yang stabil dari sudut ekonomi dan politik.
Malah kegiatan dan program pembangunan belia mendapat dokongan dan kerjasama yang erat daripada pihak kerajaan melalui keutamaan dalam dasar pembinaan modal insan dan konsep smart-partnership antara golongan belia dan pemerintah. Keadaan ini berbeza sekiranya dibandingkan dengan beberapa negara di mana golongan ini tidak diberi keutamaan oleh pihak yang bertanggungjwab dan tiada dasar dan polisi yang jelas dalam aspek pembangunan belia.
Cabaran dunia pada masa akan datang menuntut pembabitan aktif golongan muda atau belia. Ini penting bagi memastikan kesinambungan usaha murni dapat dijayakan secara berterusan. Dalam hubungan ini, WAMY adalah antara wadah terbaik untuk golongan belia bergerak aktif menyumbang di dalam perkembangan dakwah dan pembangunan belia.
Bagi tujuan itu, WAMY perlu lebih agresif membangunkan program yang boleh mendekatkan golongan ini kepada pergerakannya. Ianya memerlukan strategi dan pendekatan yang unik. Pendekatan yang menonjolkan ciri kepimpinan, pengahupayaan, keamanan dan kesederhanaan adalah asas kepada kepimpinan masa depan.
Untuk itu, program pembangunan belia memerlukan proses beransur-ansur namun pada masa sama, strategik dan berkualiti. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merupakan salah satu daripada ahli gabungan WAMY yang mewakili pertubuhan belia di Malaysia. Sebagai badan mewakili kelompok belia, PKPIM berasa bertuah kerana dapat menyumbang secara langsung di dalam memperkukuhkan peranan WAMY di dalam pembangunan belia sedunia.
Disediakan oleh:
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
NAIB PRESIDEN ANTARABANGSA PKPIMAhmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3758330243695061663.post-25029663725596160202010-10-15T11:51:00.001+08:002010-10-15T11:52:29.900+08:00Kashmir Black Day (27th October 2010)The Presidents
of
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Global Peace Mission (GPM) Malaysia
Cordially invites
to
KASHMIR BLACK DAY
on
Wednesday, 27th October, 2010
at
Kelab Darul Ehsan
Taman Tun Abdul Razak, Jalan Kerja Air Lama
Ampang, Selangor 68000
Tentative Program
2.40 - 2.55 pm
Arrival of guests
3.00 pm
Welcoming remarks
3.00 pm
Recitation of Qur’an
3.10 pm
Opening Speech by Mr. Muhammad Razak Idris, President of ABIM
3.15 pm
DVD Presentation on Kashmir
3:20 pm
Speeches by Guest Speakers
4:25 pm
Question & Answer Session
4.40 pm
Conclusion & Vote of Thanks by CEO, Global Peace Mission and Presentation of Gifts to Speakers
5.00 pm
Refreshments
P.s.: To IIUM students, transportation will be provided if we are able to get 20-40 students, So please get your friends to tag along. Send their personal details to this email or 013-2388408. TQ!Ahmad Fahmi Mohd Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/01681397000291888082noreply@blogger.com0