Posts

Showing posts from July, 2010

The 4th International Youth Gahtering, Istanbul, TURKI

Image
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menghantar Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Exco Penerangan PKPIM untuk menghadiri Perhimpunan Belia Antarabangsa Kali ke-4, Kesatuan NGO-NGO Dunia Islam (International Youth Gathering-Union of NGOs of the Islamic World) dan Bengkel Risalah An-Nur yang berlangsung di Istanbul,Turki, pada 12-27 Julai 2010. UNIW merupakan badan gabungan NGO-NGO Islam sedunia yang mana kewujudannya merupakan satu inisiatif yang bermula di Turki. Penubuhan UNIW telah diluluskan pada 12 Disember 2005 melalui Cabinet Decree No. 2003/9910 oleh Presiden Turki. Penubuhannya telah mendapat sokongan dan mandat hampir keseluruhan NGO Islam sedunia. Kewujudan UNIW adalah mempunyai signifikasi tersendiri apabila ia merupakan satu-satunya gabungan NGO Islam peringkat antarabangsa yang ditubuhkan pasca September 2001. Perhimpunan kali ini dimulakan dengan perasmian program yang disempurnakan oleh Mr Necmi Sandikoglu, Seti