Posts

Showing posts from 2010

PKPIM Lancar Tabung Bencana Banjir

Disiarkan di SINAR HARIAN (12 November 2010) Jumaat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Skuad Prihatin telah melancarkan misi kemanusiaan membantu penduduk-penduduk Kedah, Perlis, dan Kelantan yang terlibat dalam musibah banjir besar yang melanda negeri-negeri terbabit. Misi kemanusiaan ini digerakkan bagi mengagihkan barang keperluan asas seperti air mineral, set kebersihan diri, selimut, tikar serta barang-barang keperluan asas serta penjagaan bayi. Di samping itu, misi juga dijangka akan mendirikan dapur umum di samping menghantar pasukan doktor untuk meringankan beban mereka yang dilanda musibah ini. Skuad Prihatin ini mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan misi-misi bantuan kemanusiaan.telah bergerak ke negeri-negeri berkenaan semenjak bencana melanda. Memandangkan kemungkinan besar gelombang kedua yang bakal melanda bantuan dan persiapan perlu digiatkan dalam usaha mencari dana membantu ma

UPSR-PMR: Terapkan Pendidikan Holistik

Image
Nota : Artikel ini adalah salinan memorandum yang diserahkan kepada Y.A.B Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung cadangan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR. Memorandum yang merupakan catatan pendirian WADAH-ABIM-PKPIM ini telah diserahkan pada 21 September 2010 Terlepas dari soal setuju atau tidak, cetusan idea pemansuhan UPSR-PMR kami tanggapi sebagai isyarat positif bahawa pada tahap pembuat dasar telah ada kesediaan untuk melakukan rethinking, menilai dan memikirkan semula kerelevanan sistem pelajaran kita secara menyeluruh dan mendasar. Cadangan pemansuhan peperiksaan (UPSR-PMR) tentunya tidak hanya sekadar memansuh semata-mata untuk memansuh, tetapi dilatari kesedaran tentang wujudnya masalah, bukan hanya m

"'Pembangunan Belia Islam Sedunia-PKPIM&WAMY''

Image
Berikut merupakan artikel penulis yang telah mengikuti Mesyuarat Agung WAMY di Indonesia pada 2-4 Oktober 2010 di Jakarta, Indonesia. Dunia hari ini telah mengiktiraf bahawa dalam sesebuah Negara yang maju dan bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar. Golongan ini juga mempunyai potensi besar dalam mempengaruhi trend mahupun sikap masyarakat dalam sesebuah negara. Jika generasi muda yang dilahirkan adalah lesu, mandum dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Tambahan pula dengan segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral yang menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah generasi yang disebut oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Nisa: ayat 9: “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi) yang lemah”. Fenomena ini juga telah diingatkan oleh seorang ilmuwan, Muhammad Iqbal bahawa sekiranya kita mahu melihat masa depan sesebuah Negara, maka kayu ukurnya a

Kashmir Black Day (27th October 2010)

The Presidents of Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) & Global Peace Mission (GPM) Malaysia Cordially invites to KASHMIR BLACK DAY on Wednesday, 27th October, 2010 at Kelab Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Jalan Kerja Air Lama Ampang, Selangor 68000 Tentative Program 2.40 - 2.55 pm Arrival of guests 3.00 pm Welcoming remarks 3.00 pm Recitation of Qur’an 3.10 pm Opening Speech by Mr. Muhammad Razak Idris, President of ABIM 3.15 pm DVD Presentation on Kashmir 3:20 pm Speeches by Guest Speakers 4:25 pm Question & Answer Session 4.40 pm Conclusion & Vote of Thanks by CEO, Global Peace Mission and Presentation of Gifts to Speakers 5.00 pm Refreshments P.s.: To IIUM students, transportation will be provided if we are able to get 20-40 students, So please get your friends to tag along. Send their personal details to this email or 013-2388408. TQ!

The 4th International Youth Gahtering, Istanbul, TURKI

Image
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menghantar Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Exco Penerangan PKPIM untuk menghadiri Perhimpunan Belia Antarabangsa Kali ke-4, Kesatuan NGO-NGO Dunia Islam (International Youth Gathering-Union of NGOs of the Islamic World) dan Bengkel Risalah An-Nur yang berlangsung di Istanbul,Turki, pada 12-27 Julai 2010. UNIW merupakan badan gabungan NGO-NGO Islam sedunia yang mana kewujudannya merupakan satu inisiatif yang bermula di Turki. Penubuhan UNIW telah diluluskan pada 12 Disember 2005 melalui Cabinet Decree No. 2003/9910 oleh Presiden Turki. Penubuhannya telah mendapat sokongan dan mandat hampir keseluruhan NGO Islam sedunia. Kewujudan UNIW adalah mempunyai signifikasi tersendiri apabila ia merupakan satu-satunya gabungan NGO Islam peringkat antarabangsa yang ditubuhkan pasca September 2001. Perhimpunan kali ini dimulakan dengan perasmian program yang disempurnakan oleh Mr Necmi Sandikoglu, Seti

PKPIM anjur Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010

Image
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010 pada 24 & 25 Mei 2010 iaitu pada hari Isnin dan Selasa di Dewan Kediaman Rasmi Exco Kerajaan Selangor, Shah Alam. Tujuan konvensyen ini diadakan adalah untuk berkongsi idea dan gagasan khususnya dalam ruang lingkup pelajar Islam di peringkat Asia Tenggara. Selain itu, penganjuran konvensyen ini juga adalah untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan organisasi pelajar Islam Asia Tenggara di samping memberi pendedahan seluas-luasnya kepada pelajar Islam di Malaysia berkenaan dengan aktiviti dan kegiatan gerakan-gerakan Islam di peringkat Asia Tenggara dan antarabangsa. Di samping itu, konvensyen yang turut mendapat kerjasama kerajaan negeri Selangor ini juga akan dihadiri oleh beberapa pertubuhan pelajar Islam Asia Tenggara seperti Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII), Himpunan Mahasisw

Invitation: International Conference On World War 2 & The Rise of Multilateralism

World War 2 & The Rise Of Multilateralism by Kazi Mahmood 1. Full name: International Conference On World War 2 & The Rise of Multilateralism Short Form: World War II & Multilateralism 2010 2. What is the objective of this event? To create awareness that wars are damaging and that the lessons learned from the World War 2 events should help contain the outbreak of yet another deadly, devastating war that could become the World War 3. Humanity seem to have forgotten that war brings devastations and death and today we see wars being waged in the name of 'just causes' but with hidden agenda's. We hope that by organizing this one day confe

6 resolusi forum 'keadilan untuk Aminulrasyid'

Image
6 resolusi forum 'keadilan untuk Aminulrasyid' Forum "keadilan untuk adik Aminulrasyid" malam tadi meluluskan enam resolusi termasuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi memastikan siasatan yang adil dan telus terhadap insiden remaja itu mati ditembak polis pada 26 April lalu. Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH). Ahli panelnya terdiri daripada peguam N Surendran, pensyarah undang-undang prosedur jenayah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan anggota Jawatankuasa Hak Sivil. Forum tersebut yang dipengerusikan oleh presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz itu, dimulakan dengan bacaan puisi "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said. Dalam kenyata

PKPIM anjur Forum "Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid"

Image
PKPIM anjur Forum "Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid" Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) akan menganjurkan Forum “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” pada 4 Mei 2010 iaitu pada hari Selasa pukul 8.00 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Tujuan forum ini diadakan adalah sebagai platform untuk menjawab persoalan-persoalan yang belum terungkai di samping memahami isu ini dengan lebih mendalam khususnya dalam aspek hak asasi manusia dan perundangan. Selain itu, penganjuran forum ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat sivil sebagai pendukung hak asasi rakyat secara umum dengan menitikberatkan peranan mereka yang sememangnya penting dalam usaha memastikan masyarakat te

ANALISA PRK HULU SELANGOR: Kemenangan yang tak perlu dibanggakan

Image
Sumber: Malaysiakini Sebaik keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diumumkan, kalungan tahniah dan puji-pujian melimpah sesama pemimpin Barisan Nasional. Namun jika diteliti, kemenangan oleh P Kamalanathan itu bukan sesuatu yang membanggakan. Majoriti yang diperolehinya adalah 1,725 undi dan jika undi pos sebanyak 627 yang terdiri daripada anggota keselamatan yang lazimnya berpihak kepada BN diketepikan, BN cuma mendapat majoriti 1,078. Jumlah itu agak jauh lebih kecil daripada jumlah undi 6,176 yang dimenangi oleh BN di tiga kerusi dewan undangan negeri yang terletak di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 lalu. Ini menjelaskan mengapa Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pengundian begitu yakin Kalamanathan mampu menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 6,000 undi. 'Undi pecah' Pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi memberikan undi mereka kepada PKR pada peringkat persekutuan tetapi bagi kerusi negeri,

PKPIM LANCAR KEMPEN “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID”

Image
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kes seorang pelajar yang bernama Aminulrasyid Hamzah yang berusia 15 tahun yang dilaporkan mati ditembak oleh anggota polis peronda dalam satu insiden di Shah Alam awal pagi semalam. PKPIM berpandangan pihak polis tidak wajar melepaskan tembakan ke atas pelajar berkenaan memandangkan pelajar tersebut bukan dalam keadaan yang membahayakan. Sebaliknya, pihak polis masih boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan pelajar terbabit menyerah diri. Tambahan pula, mangsa terbabit masih dikategorikan dalam lingkungan bawah umur dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Maka, bagi PKPIM kes pembunuhan yang trajis ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak seharusnya berlaku. Ekoran itu, sebagai persatuan yang memayungi seluruh pelajar Islam di Malaysia. PKPIM atas rasa tanggungjawab telah melancarkan kempen “Keadilan Untuk Aminulrasyid” melalui kumpulan facebook sebagai suatu anjaka

PKPIM Proaktif Dalam agenda Ta'dib

Artikel ini tersiar dalam Sinar Harian 22 April 2010. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-82 Sultan Perak. Baginda menekankan perihal adab sebagai penentu terhadap jatuh bangunnya pemimpin, bangsa dan negara disamping membentuk sebuah masyarakat dan negara bangsa yang stabil lagi makmur. Adab yang dimaksudkan di sini, ialah “ meletakkan sesuatu pada tempatnya ”. Namun,hasrat murni ini tidak akan tercapai sekiranya insiden-insiden salah laku akhlak yang berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang seperti sudah menjadi rutin kebiasaaan. Sebagai contoh, persidangan Parlimen Malaysia yang menjadi tumpuan ramai akibat isu-isu yang hangat dibangkitkan. Malangnya, kehangatan yang timbul bukanlah kerana perdebatan ilmiah ataupun intelektual yang berlaku di antara ahli parlimen tentang