Posts

Showing posts from February, 2009

SYURA SRC

Image
Pada 17 dan 18 Februari lepas, penulis dan kesemua YB (Yang Berkhidmat) daripada UIA Gombak bertolak ke Kuantan untuk sesi Syura bagi pemilihan jawatankuasa bagi Majlis Perwakilan Pelajar (SRC). Walaupun agak terkilan kerana tarikh bagi sesi syura ini bertindan dengan masa belajar dan sebahagian daripada kami menghadapi Mid Term, tetapi komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua rakan-rakan pimpinan sangat dihargai. Kami bertolak pada jam 9 pagi dan sampai pada jam 1 tengahari. Sesi ini berlangsung di Hotel Grand Continental, Kuantan. Penulis tidak menghadapi masalah untuk bertaaruf dengan rakan-rakan perjuangan kerana sebahagian daripada mereka sudah dikenali oleh penulis sejak dari Matrikulasi lagi. Bersama Sdra Sofiusalam (Presiden SRC 09/10) Grup-binding sepanjang 2hari ini akan terus dibina dan 'ice-breaking' akan dipecahkan sehingga sesi ini berakhir. Walaupun agak singkat tetapi ini semuanya tidak mustahil. Syura ini berjalan de

16 Februari 2009

Image
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Saudara Kemey dan Saudari Athirah yang telah mencecah usia 22 tahun pada tarikh ini. Semoga Allah S.W.T memberi keberkatan kepada kalian dan juga rezeki yang diredhai. Penulis dan rakan-rakan batch ketiga yang lain meraikan mereka dalam satu majlis ringkas selepas berbuka puasa dan solat berjemaah yang disusuli dengan bacaan Al-Mathurat dan pengisian yang disampaikan oleh Sdra Khairullah dan Helmi . Teringat waktu di Matrikulasi. Perkenalan yang tidak dijangka masih kekal hingga ke hari ini. Alhamdulillah.. Saudari Athirah merupakan pelajar Kuliyyah Ilmu Wahyu. Penulis tidak mengenalinya secara dekat. Beliau anak kelahiran Pahang. Kemey pula sekarang mengambil Kursus Undang-Undang dan Syariah di Fakulti Ahmad Ibrahim. Semoga menjadi seorang yang boleh menggantikan Ahmad Ibrahim selepas ini. Ameen.. Beliau juga sekarang memikul tanggungjawab sebagai Exco Dakwah da n Tarbiyyah PKPIM. Kemey mendapat hadiah daripada Sdra Presiden PKPIM Seoran

Dari Keranda 152 ke Alam 'Barzah'

Sumber : www.pkpim.net Hari ini martabat bahasa Melayu telah berjaya dijahanamkan. Segala titik peluh, darah keringat dan pengorbanan mengangkat bahasa Melayu diabaikan, langsung tidak diberi pengiktirafan. Golongan 'taksub' Western worldview bersorak keriangan kerana semua bahasa- bahasa ibunda di dunia, termasuk bahasa Melayu disapu habis oleh kuasa bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris telah menjadi lingua franca seanterao dunia. Tidak relevan lagi sekiranya bicara bahasa Melayu dimartabatkan. Mengapa perlu mengangkat bahasa Melayu, walhal hari ini dunia sains dan teknologi menggunakan bahasa Inggeris? Jika mahu maju, ketepikan bahasa Melayu, tetapi ajar anak- anak generasi baru dengan bahasa moden! Itu ialah mentaliti kelompok manusia yang pro- Western worldview. Bagi mereka mudah, untuk maju seperti Barat, pendidikan di sekolah dan universiti perlu diajar dalam bahasa Inggeris. Sebab, akhirnya dengan bahasa Inggeris sebagai al

Intellectual Discourse (Siri 2)

Image
Alhamdulillah..Cuti minggu kali ini diisi dengan pengisian yang bermanfaat kepada diriku. Bermula pada hari Jumaat malam penulis menghadiri Mesyuarat kali pertama untuk Sambutan Ulang Tahun 50 Tahun PKPIM. Pejam celik ,pejam celik persatuan yang banyak ‘mengajar ’ penulis bakal menyambut Jubli Emas pada tahun 2011 nanti. Mesyuarat yang dipengerusikan Abg Hilmi (Presiden PKPIM) turut dihadiri beberapa exco dan juga mantan pimpinan PKPIM. Sedikit penerangan berkenaan PKPIM. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ditubuhkan pada 1961 dengan nama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu. Ia ditukar nama pada 1963 kepada nama seperti yang ada sekarang. Untuk maklumat lanjut boleh layari h t tp:// w ww.pkpim .net Hmm.. banyak perkara yang perlu diselesaikan selepas ini. Perancangan harus bermula daripada sekarang. Walaupun masih berbaki 2 tahun, momentum gerak kerja perlu lebih kemas dan sis

Intellectual Discourse

Image
Minggu ini penulis berkesempatan berada dalam beberapa pertemuan dengan beberapa tokoh ilmuwan dalam bidang masing-masing. Pertamanya pada hari Selasa lalu telah dianjurkan public lecture bertajuk “Can Islamic Banking and Finance Save the World?:Moving From Hope to Reality” yang disampaikan oleh Dr. Abbas Mirakhor(Former Executive Director International Monetary Fund(IMF)Washington DC) Niat di hati untuk 'ponteng' kelas (Int. Macro) Dr. Ghairulazmi waktu itu, tetapi apabila melihatkan beliau turut sama 'ponteng' ianya sangat melegakan hati penulis. Majoriti pensyarah Ekonomi turut sama berada bersama pelajar lain untuk mendengar perbincangan topik ini. Hadirin penuh memenuhi dewan kuliah. Satu petanda positif yang mahu kepada perubahan!.Tidak ketinggalan berada dalam kuliah yang dipengerusikan oleh Prof. Dato Azmi ini ialah Prof Kamal Hassan. Sewajarnya Ekonomi Islam adalah alternatif terbaik dalam keadaan dunia yang semakin nazak ini.Kuliah yang diberikan selama 2 jam

MANSUHKAN PPSMI

Image
Seusai kelas Intermidiate Macro, penulis turun ke Kafeteria Kuliyyah KENMS. Jika tak turun ada yang merungut pula. “YB tak turun kawasan!”. Itulah tempat kebanyakan mahasiswa dan pensyarah KENMS, IRK mahupun LAW lalu lalang dan menjamu selera. Tak kurang juga yang mengulangkaji dan berdiskusi. Waktu itu penulis hanya berseorangan, sempat menegur anak Menteri dan bertanya khabar. Sibuk dengan program Tilawah Al-Quran IPT yang dianjurkan oleh kelab WAWASAN di UIA minggu ini. Sempat juga kami berbincang isu politik di Perak. Beliau juga sempat memberi beberapa cadangan kepada penulis untuk diusul ke peringkat MPP UIAM . Pada entri ini, penulis lebih berminat untuk membicarakan polemik PPSMI. Rasanya tidak perlu diterangkan lagi kepada pembaca semua apakah itu PPSMI. Tidak dinafikan PKPIM berperanan aktif sebagai gerakan mahasiswa menentang isu ini dengan kerjasama GAPENA, DBP, ahli akademik mahupun parti politik. Semasa makan tengahari penulis ada membuka isu ini untuk dibicarakan.

Valentine Day

Seperti yang dijangka, kehadiran 14 Februari setiap tahun menimbulkan polemik di kalangan umat Islam khususnya remaja yang sedang dilamun cinta iaitu Hari Valentine. Pada hari tersebut, bagi orang yang ada kekasih akan bertukar-tukar bunga ros, mengenakan pakaian merah, mengaturkan makan malam di bawah cahaya lilin, berkirim ucapan sayang melalui sms dan banyak lagi aktiviti – aktiviti yang membejatkan iklim Islamiyyah. Namun sebagai umat Islam yang beriman dengan keindahan dan kesyumulan Islam sudah merasai memadai dan amat berpuas hati dengan apa yang telah disuruh dan ditegah dalam Islam. Mereka merasa mulia apa yang dibawa oleh ad-deen ini dan tidak perlu mengambil apa – apa yang di luar lingkungan agama apatah lagi ia bercanggah dengan agama... Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com Tajuk berkaitan 'Hari Valentine' akan dibahaskan oleh Saudara Jufitri bin Joha (Pengerusi GPTD ) di : 1.) Tempat: Bilik Kuliah Admin, UIA Gombak Hari : Khamis 12 Februari / 16 S

Politik Malaysia

Hari ini kita dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Haji Roslan Shaharum yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah. Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani. Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Titi Serong dan Sepetang. Belum reda isu pertukaran kerajaan negeri di Perak, datang lagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang juga di negeri panas Perak selepas ini. Pilihanraya kecil kali kedua tahun ini selepas Kuala Terengganu yang juga melibatkan calon PAS. Mungkin Dato Seri Nizar akan bertanding?Kita nantikan.. Isu politik di Malaysia semakin hari semakin panas. Jika tidak diselesaikan secara hikmah dan baik, tidak mustahil negara sepeti Malaysia akan menjadi seperti negara bergolak lain. Nauzubillah.. Isu Karpal Singh yang akan

Sehari di APIUM

Image
Hari Sabtu lepas penulis berseorangan memecut TR 3742 ke Universiti Malaya, sebuah pusat pengajian tinggi tertua di Malaysia. Penulis menghadiri Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Umat Di Malaysia anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),Universiti Malaya (UM)dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) iaitu sebuah NGO Islam yang kebanyakannya terdiri daripada Profesional Muslim. Bukan tidak mempelawa kawan-kawan. Ada yang terikat dengan 'study cirle' di UIA. Tidak kurang juga dengan urusan lain. Kebetulan pula motor penulis tidak mampu membawa lebihan muatan. Semput jadinya! Tambahan pula ini merupakan cubaan kali kedua penulis setelah sebelum ini pernah ke K.D.H di Kajang dan juga UKM. Alhamdulilah.. Seminar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ini bermula pada jam 8.30 pagi dan penulis sampai sejam kemudian. Barangkali sudah terlepas pembentangan kertas kerja pertama agaknya. Seusai sampai, terus

Itulah Politik Tiada Malu

Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Macam-macam boleh jadi dalam politik. Itulah kata-kata yang sering kita dengar apabila berlaku sesuatu yang pelik dalam perkembangan politik, sama ada politik di dalam Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa. ITULAH POLITIK Kelmarin diberitakan Iran melancarkan satelit mereka yang pertama, tujuannya adalah semata-mata untuk perkembangan komunikasi. Namun berita-berita di UK sudah bersangka buruk dengannya, dengan memberikan gambaran Iran akan menggunakannya untuk tujuan ketenteraan. Isu tenaga nuklear sudah lama dibincangkan. Peliknya, mengapa Israel dibenarkan menggunakan dan menyimpan senjata nuklear, demikian Amerika, dan lain-lain Negara besar dibenarkan tanpa banyak soal boleh menyekat kebebasan sebuah Negara lain seperti Iran dan Korea. Mudah jawapannya, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', orang kata ‘tidak adil' dan lain-lain. Apabila terang-terang, Yahudi Zionis melakukan jenayah kemanusia

Sehari Bersama Ilmuwan

Image
Alhamdulilah. Penulis bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk berada dalam majlis ilmu pada hari penghulu segala hari. Memandangkan hari Jumaat penulis tiada kuliah, maka masa ini digunakan dengan sebaiknya bersama rakan-rakan PKPIM-UIAM untuk menghadiri Usrah KICT atas jemputan Dr Fauzan dan pada waktu petangnya selepas Solat Jumaat penulis berkesempatan menziarahi Prof. Dr. Aslam Haneef di Kuliyyah Ekonomi. Usrah KICT (Kuliyyah Information & Technology) yang dijalankan 2 minggu sekali pada kali ini diisi oleh Tan Sri Prof. Dr. Kamal Hassan. Mantan Rektor UIAM yang tidak asing dalam kalangan mahasiswa mahupun pensyarah dan kakitangan di Taman Ilmu dan Budi ini. Walaupun kelewatan dan hanya kepada slot soal jawab, tetapi banyak input-input berguna yang diperolehi sepanjang sesi itu. Kupasan isu merangkumi Ilmu, Akhlak, Wisdom, Sciences, persoalan Aqidah juga disentuh oleh beliau. Juga dimasukkan perspektif ICT dalam kehidupan, 'worldview' da

SEMINAR ISU-ISU SEMASA TAMADUN UMAT DI MALAYSIA

Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Umat Di Malaysia Anjuran bersama: MUAFAKAT, JAKIM, MAIWP & Universiti Malaya Tarikh: 7hb Februari 2009 (Sabtu) 8:00 pagi - 5:00 petang Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Tajuk-tajuk: ~ Gerakan Pemikiran Aliran Baru dan Cabarannya Kepada Umat Islam ~ Penguasaan Ilmu Dalam Menghadapi Era Globalisasi ~ Peranan Mahasiswa Dalam Mencapai Kecemerlangan Umat Penceramah/Panel: - Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC) - Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar (ISTAC & UM) - Prof. Datuk Dr. Mohammad Abu Bakar (Penulis buku Mahasiswa Menggugat) - Prof. Dr. Sidek Baba (Pensyarah UIAM) - Haji Yusri Mohamed (Presiden ABIM) Semua dijemput hadir..

Mid Term

Hari Rabu merupakan hari yang agak 'kritikal' bagi penulis. Hari yang memaksa penulis bertungkus lumus untuk menghabiskan bacaan 2 subjek sebelum menghadapi Mid Term Test pada sebelah pagi untuk Int Macro 1 dan juga Fiqh 3 diwaktu malamnya. Rangkuman perkara yang perlu difahami oleh penulis tidaklah banyak sebenarnya. Memandangkan penulis 'malas' untuk mengulangkaji menyebabkan bebanan mentelaah amat terasa. Sebenarnya bukan masalah tidak membaca atau mengulangkaji menjadi perkara utama, tetapi banyaknya dosa dalam diri yang menjadi penghalang utama ilmu Allah untuk masuk kedalam kepala ini. Betul cakap Awe dalam blognya. Penulis setujuu 100%. Alhamdulilah, untuk subjek Fiqh 3 penulis berjaya menjawab dengan sebaiknya. Tetapi agak malang bagi Int. Macro yang agak kucar kacir dibuatnya. 'Post mortem' segera perlu dilakukan oleh penulis dan tindakan susulan amat penting. Jangan nanti "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya". Sepanjang ulangk

MUKTAMAR APIS

Image
Hari Ahad yang lepas, penulis dijemput untuk menjadi Pengerusi Tetap Mesyuarat Perhimpunan Agung APIS di Masjid Kolej Malaya di Petaling Jaya. APIS merupakan Alumni Pelajar Islam SBP yang menghimpunkan bekas-bekas pelajar SBP di seluruh Malaysia. Muktamar kali ke-2 yang dianjurkan APIS ini menunjukkan kematangan dan kesungguhan adik-adik dalam menghadapi cabaran semasa dengan melibatkan diri dalam persatuan yang sedang meningkat naik ini. Sedikit pengenalan tentang APIS. SEJARAH / LATAR BELAKANG Gerakan Islam ini pada peringkat permulaannya dikenali sebagai Persatuan Pemimpin Islam SBP (PPI SBP) setelah usaha untuk menubuhkannya dilakukan pada bulan Januari 2006. Idea awalnya adalah untuk menubuhkan rangkaian badan dakwah SBP. Surat dihantar kepada hampir semua pemimpin badan dakwah SBP.Kerja pada fasa permulaan ini dilaksanakan oleh pihak Badan Nahdhah Islamiah (BANI) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Pada awal Januari 2007,dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM),

Bowling @ Seremban

Image
Minggu lepas (Sabtu) penulis berkesempatan ke Seremban Parade untuk menyertai Pertandingan Bowling Persahabatan anjuran PKPIM KUIS. Walaupun hanya menghantar 3orang wakil daripda pusat (Abg MK,Jijan dan penulis), tetapi kami berjaya memenangi pertandingan ini yang turut sama disertai oleh rakan-rakan kampus lain seperti USIM,UKM dan UIA. Terima kasih kepada Muaz (UKM) yang di'import' khas oleh penulis sendiri. Penentu kejayaan kami semua. Apa yang penting ialah semangat ukhuwah yang ingin dipupuk daripada petandingan seperti ini. Walaupun sibuk dengan tugasan lain, tetapi aktiviti riadah usah ditinggalkan. Walaupun bowling merupakan permainan yang hanya mengeluarkan duit tanpa merasai keringat peluh yang sebenar, tetapi peri pentingnya kepada mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai pendakwah untuk mengetahui asas permainan ini. Perjalanan dengan KTM daripada Seremban ke KL Sentral tidak menjadi penghalang juga untuk bertemu kawan-kawan daripada IPT lain. Seharusnya aktivit

“Can Islamic Banking and Finance Save the World?:

Image
Department of Economics and Islamic Economics Unit Kulliyyah of Economics and Management Sciences, IIUM Cordially Invites You to a Special Seminar entitled “Can Islamic Banking and Finance Save the World?: Moving From Hope to Reality” Speaker: Dr. Abbas Mirakhor Former Executive Director International Monetary Fund(IMF)Washington DC. Day/Date: Tuesday, 10th February 2009 Time: 10.00 am -11.30 am Venue: Conference Room, Level 3, KENMS The Speaker: Abbas Mirakhor received his PhD from Kansas State University and before his appointment at the IMF, served as Professor and Chair of Economics Department at the Florida Institute of Technology. He has published in a variety of areas, including microeconomic theory, mathematical economics, and Islamic economics. He has also co-authored numerous books in Islamic Economics and Islamic Finance including Theoretical Studies in Islamic Banking and Finance (2005) and New Directions in Islamic Finance and Economics (2008) He sits on variou

Kolej Darul Hikmah

Kolej Darul Hikmah(KDH). Idea penubuhan Kolej ini bertitik tolak kepada gagasan murni penubuhan institut pendidikan tinggi dibawah seliaan ABIM. Pada Jumaat lepas (30.01.2009) penulis berkesempatan berkunjung ke KDH ini untuk mengisi pengisian usrah bersama MPP dan Naqib Naqibah KDH. Hasil dari mesyuarat pimpinan PKPIM semalam, penulis sebagai Exco Penerangan PKPIM ditugaskan untuk mengisi slot ini menggantikan Abg Naim (Timbalan Presiden)yang tidak dapat menghadirkan diri. Perjalanan selama 45 minit sungguh mencabar. Cubaan menggunakan TR 3742 menyelusuri kesesakan jalan dan lebuh raya sehingga ke Kajang membuatkan diri penulis sendiri terkejut dengan kemampuan Honda C70 ini. Syabas dan Tahniah kepada diri penulis sendiri kerana dapat menjaga motor ‘kampung’ ini dengan baik. Seusai sampai, penulis dijemput oleh Ustazah Khalidah (Kak Lid) yang merupakan Ustazah dan penasihat MPP di KDH ini. Penulis pernah mengenali beliau kerana memainkan peranan aktif sebagai HEWI PKPIM. Sekn arang

Muhasabahlah

Malam Jumaat itu, penulis meredah hujan keseorangan bersama Honda peninggalan arwah Atok (TR 3742) semata-mata mahu memastikan berada di Mesyuarat PKPIM Pusat di Kg Changkat tepat pada masanya. Sesungguhnya beruntunglah kepada sesiapa yang menghargai masa. Hal ini juga telah ditekankan oleh Allah S.W.T dalam surah Al-Asr yang bermaksud : “Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran.” Seusai sampai, mesyuarat dimulakan dan pelbagai perkara dibincangkan waktu itu.Penulis menyedari bahawa penglibatan penulis dalam gerakan pelajar yang bersifat nasional ini memerlukan pengorbanan yang sewajarnya baik masa, tenaga, material mahupun kewangan. Lantaran memikirkan janji Allah kepada hambaNya dalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud. “Wahai orang-orang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemena