Posts

Showing posts from January, 2009

Apa Diharap Pada Obama dan Barat?

Secara umumnya, umat Islam di seluruh dunia pada masa ini mengharapkan satu keajaiban dan perubahan akan berlaku apabila Barrack Obama dilantik sebagai Presiden Amerika yang baru. menggantikan George Bush yang memang terkenal kerana kekejamannya terhadap negara-negara Islam. Obama mencipta sejarah sebagai Presiden Amerika yang pertama berkulit hitam dan kelihatan tampak memberi sedikit sinar kepada umat ini. Secara tidak langsung rekod-rekod buruk dan hitam yang dicipta oleh Bush bersama Amerika sedikit demi sedikit diharap terkikis oleh pentadbiran Obama nanti. Sememangnya latar belakang Obama yang mempunyai seorang bapa yang pernah beragama Islam dan seorang bapa tiri yang juga beragama Islam memberikan harapan baru kepada umat Islam. Namun rasanya perlulah diingatkan usahlah menaruh harapan terlalu tinggi. Sememangnya negara Amerika sudah mempunyai polisi yang tersendiri terhadap dunia Islam dan Israel. Cuma cara perlaksanaan mereka sahaja yang berbeza antara seorang presiden antara

Baitul Muslim

Tahniah kepada Abg Saifullah dan Kak Asma! 24.01.2009 iaitu (Sabtu) merupakan hari bersejarah bagi mereka berdua kerana mereka sudah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Penulis dan sahabat-sahabat daripada PKPIM sempat meluangkan masa menghadiri kenduri majlis kahwin mereka di rumah Kak Asma di Manjong, Perak. Kebetulan pula,sepanjang minggu ini (cuti Tahun Baru Cina) penulis menghadiri Kem Kepimpinan Mahasiswa Islam anjuran PKPIM UIAM Cawangan Nilai dan Petaling Jaya. Pada masa yang sama penulis dapat berjumpa dengan adik-adik dan berkongsi idea dan pengalaman bersama mereka. Abg Saifullah merupakan senior penulis dalam PKPIM. Seorang yang mempunyai idealisme, karisma yang tersendiri. Banyak perkara penulis belajar daripada beliau. Pada masa yang sama, penulis cukup kagum dengan pemikiran dan kepimpinan beliau. Kak Asma pula merupakan pimpinan PKPIM di UIAM pada waktu penulis masih di tahun satu pengajian di UIAM. Seorang yang pendiam dan hanya bercakap jika perlu sahaja. Ked

Mission & Vision

Image
The success of the IIUM lies with its industrious scholars and intellectuals, dedicated administrative staff, and its diligent and resourceful students who unswervingly uphold the vision and mission of the university. Almarhum Prof. Ismail Faruqi said “The person with a role that is relevant to us here is the person with a cause. The person with a cause is a person who has vision and mission’’ Thus, it is my pleasure for me to be part of the SRC Exco members in order to develop and hence enable students to realize the noble mission and ideals of the University as stated in (Triple IIICE) The summary of the Mission should read as follows: i) Integration ii) Islamization iii) Internationalization and iv) Comprehensive Excellence Therefore, I would like to emphasize the role of SRC in handling and response towards local, national and international issues. Besides, I will uphold the Islamic principle, values and practices in all the course of our struggle for the betterment of the Ummah. I

PRK-UIAM

Image
Khamis, 22.01.2009 merupakan hari untuk mahasiswa UIAM untuk memilih wakil mereka untuk berada dalam SRC. Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan Pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap calon PKPIM yang bertanding di kerusi berkenaan. Entri pada kali ini sekadar untuk berkongsi kepada pembaca berkenaan suasana Pilihanraya Kampus di UIA. Saya lebih menumpu kepada kerusi panas di KENMS. 5 orang bertanding melibatkan pertandingan 3 penjuru. Calon daripada PKPIM, Pro-Mahasiswa dan juga Pro-Aspirasi. Sepanjang pengundian daripada pukul 9.20 pagi sehingga 5.20 petang , tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Semua mahasiswa turun menunaikan tanggungjawab mereka memilih 2 orang wakil yang akan membawa suara mereka kepada pihak atasan. Semua calon juga turun ke tempat mengundi untuk memastikan kelancaran proses pengundian disamping untuk membuat 'pujukan' terakhir kepada mereka. Penulis ha
Image
Assalamualaikum.. Hmm.. Minggu yang meletihkan. Minda,akal,rohani dan lain-lain. Sudah tentu isunya adalah berkenaan PRK yang akan dihadapi aku esok hari. (Khamis 22.01.09) Hari bersejarah bagi diriku dalam tempoh pengajian di Taman Ilmu dan Budi ini. Penulis memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengikuti blog ini. Penulis sangat sibuk dengan persiapan terakhir menjelang hari pengundian. Kebetulan lab itd dan juga di Kulliyah tidak dapat digunakan untuk urusan pengundian nanti. Penulis juga menghadapi masalah untuk online wireless menggunakan laptop. Bukan tidak register. Tetapi ada masalah lain yang penulis juga tidak tahu. Petang ini pun di CC Mahallah Bilal, penulis curi masa juga untuk 'update' blog ini. Banyak perkara yang mahu dianalisa dan juga ditulis. Bermula dengan perkongsian sewaktu penulis ke Pusat Asasi di Nilai untuk memberi "Academic Briefing" kepada adik-adik dari ECONS yang bakal masuk ke UIAM Gombakk tidak lama lagi. Perkongsian pada hari itu mendap

Selingan...

Hari Jumaat, penulis bangun agak lambat waktu itu.Mengikut perancangan sebenar, 16.01.09 merupakan Hari Penamaan Calon untuk PRK UIA. Tetapi Penamaan Calon terpaksa ditangguhkan kepada Isnin ini. Kebetulan penulis sudah ‘drop’ subjek Commercial Law. Agak terkilan juga kerana subjek ini tidak dikira dalam sistem pembelajaran bagi pelajar BECS. Kalau diikutkan, penulis seorang sahaja daripada BECS, manakala kesemua rakan-rakan sekelas adalah daripada BACC. Pesoalannya disini ialah Adakah subjek yang diambil waktu ini adalah sekadar prasyarat bagi pelajar untuk menghabiskan ‘credit hour’sepanjang pengajian di UIAM sepertimana yang ditetapkan ataupun Mahasiswa pada masa ini mengambil subjek atas dasar dan kesedaran diri untuk mendapatkan ilmu sebenar? Tepuk Dada, Tanya Iman... Solat Jumaat hari ini penulis turun agak awal ke Masjid. Sebelum ini, dikala muazzin melaungkan azan pertama barulah penulis terkial-kial untuk bersiap. Amalan tidak menghormati hari Jumaat ini perlu dielakkan dan

Diariku.....

Pukul 7 malam penulis bersiap untuk ke rumah Saudari Izzah, Exco Dakwah Tarbiyyah PKPIM di Puchong. Malam ini ada usrah Qiyadah pimpinan PKPIM Pusat disana. Air di UIA masih belum ada (akibat kemalangan lori minyak sawit di Lebuh Raya Pantai Timur) Masalah juga jika hilang nikmat air ini. Teringat juga aku kepada mangsa-mangsa peperangan di Gaza dan juga orang yang tidak berkemampuan. Zul datang menyapa dan membawa pesanan Dr Fuzi bahawa PRK UIA kali ini akan ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Alhamdulilah. Terfikir penulis kala itu untuk ikut saja Abe and the gang. Mereka merancang untuk ke K.Trg untuk melihat sendiri suasana PRK K.TRG sabtu ini. Aku terus saja menghubungi Dr Fuzi, Pengetua Kolej Kediaman As-Siddiq untuk mengesahkan perkara ini. Beliau memberitahu bahawa PRK UIAM pada kali ini akan ditangguhkan kepada 22.01.2009 (Khamis) dan Penamaan Calon pada 19.01.2009 (Isnin). Alasannya kerana masalah air. Cuti khas pada hari Jumaat sehingg

P.R.K Kuala Terengganu

Sabtu ini merupakan hari untuk pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu. Penentuan antara 2 parti politik terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS dan juga seorang calon bebas. Sebetulnya penulis sudah layak untuk mengundi. Malangnya, SPR mengambil masa yang agak lama untuk mengemaskini senarai nama pengundi baru (4 bulan). Seharusnya di Malaysia, jika seseorang sudah berumur 21 tahun secara automatiknya diberi status sebagai seorang pengundi pendaftar sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Pengundi tidak perlu lagi mendaftar dan merujuk kepada SPR dan sebagainya. Sudah tentu ini merupakan alasan bagi majoriti belia yang sudah layak dan masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Lebih malang lagi orang Melayu merupakan golongan majoriti dalam masalah ini. Kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab ini perlu disemai dalam kalangan golongan muda yang layak. Bercakap soal PRK di K.TRG ini, penulis berasa agak kesal juga kerana tidak berkesempatan untuk melihat sendiri suasa

Interview PRK..

Isnin dan Selasa merupakan hari untuk bakal-bakal calon yang akan bertanding dalam PRK kali ini menghadiri temuduga bersama Dekan Kuliyyah dan juga ujian bahasa Inggeris (English Proficiency Test). Aku datang bersama Ain Najwa (rakan deligasi ke SRI LANKA baru-baru ini. Tak ku sangka Awe bersetuju untuk terlibat dengan PRK ini. Tahniah Awe atas semangat yang ditunjukkan!) Waktu itu pukul 2.30 petang. Kami ke Pejabat Ustaz Hamidon (sekarang Dato') tetapi aku lebih selesa menggunakan istilah Ustaz ketika menyapa beliau. Ramai juga calon-calon yang akan bertanding kali ini. Saingan sengit barangkali. Bercakap berkenaan 'team' yang aku wakili. Ramai juga bertanyakan aku. Fahmi! Masuk bertanding ke? Masuk WUFI ke ASPIRASI? Soalan ini sudah aku dengar berkali-kali. Sudah lali rasanya. Kadang-kadang aku bertanya kembali kepada kawanku itu. Rasa-rasanya WUFI ke ASPIRASI? huhu.. Jawapanya terpulanglah kepada kalian semua. Tetapi ada eloknya aku memberi penjelasan supaya tiada yang k
Hari ini 11.1.2009. Petang tadi baru saja selesai Tamrin Qiyadi Kebangsaan PKPIM. Kali ini PKPIM buat TQK bersiri. Ada 2 siri kesemuanya. Alhamdulilah.. Semuanya bejalan lancar. Walaupun hanya di jalankan di Masjid Salahudin Al Ayubi, Taman Melati. (kredit diberikan kepada pengurusan masjid) Ini merupakan pengalaman pertama aku menjadi AJK dan fasi TQK sejak menjadi exco nie. Sebelum nie sudah 3 @ 4 kali mengikuti TQK sebagai peserta sahaja. Sebelum itu, pada hari Jumaat lepas, aku berkesempatan bersama dengan ribuan mahasiswa/i IPTA seluruh Malaysia mengadakan demonstrasi anjuran GAMIS. Bermula dari Masjid KLCC ke Kedutaan Mesir sejauh 3km. Kekejaman oleh Israel perlu dikecam. Negara-Negara Islam terutamnya negara Arab perlu bersatu hati dalam isu ini. Inilah masalah orang Islam sekarang. Tiada KESATUAN!! Walaupun aku tak dapat banyak membantu. Semoga dengan doa dapat juga meredakan kesakitan yang dihadapi oleh umat Palestin di GAZA. Gesaan untuk memboikot barangan US dan pendokong ke

AZAM 2009

Teng.. teng.. teng...(12x) Jam sudah menunjukan 00.00pagi. Tahun 2009.. Pejam celik pejam celik tahun 2008 meninggalkan kita semua. Kebiasaan aku akan berada di KLCC @ di tempat-tempat 'countdown' di KL sekiranya ada di sini. Itupun aku bersama rakan mengikuti program-program samada anjuran PKPIM,PERKID, PEKIDA atau NGO-NGO lain yang prihatin dalam 'menyambut' sama kemeriahan sambutan ini. Tetapi sambutan tahun baru ini aku tidak berkesempatan bersama sahabat-sahabat PKPIM lain ber'tamrin marahil' bersama-sama kerana tertidur kepenatan. Bicara aku ini bukan berkenaan sambutan tahun baru. Persoalannya yang mahu aku utarakan disini islah Adakah 2008 memberi 'kesan' mendalam kepada diri kita semua terutamanya menyedari diri sebagai khalifah Allah ini ? Banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang 2008 yang dapat dirasai oleh aku sendiri. Antara yang menarik yang boleh dikongsi ialah pengalaman berada di negara orang. Peluang ke Indonesia dan Sri Lanka tidak