Sehari Bersama Ilmuwan

Alhamdulilah. Penulis bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk berada dalam majlis ilmu pada hari penghulu segala hari. Memandangkan hari Jumaat penulis tiada kuliah, maka masa ini digunakan dengan sebaiknya bersama rakan-rakan PKPIM-UIAM untuk menghadiri Usrah KICT atas jemputan Dr Fauzan dan pada waktu petangnya selepas Solat Jumaat penulis berkesempatan menziarahi Prof. Dr. Aslam Haneef di Kuliyyah Ekonomi.

Usrah KICT (Kuliyyah Information & Technology) yang dijalankan 2 minggu sekali pada kali ini diisi oleh Tan Sri Prof. Dr. Kamal Hassan. Mantan Rektor UIAM yang tidak asing dalam kalangan mahasiswa mahupun pensyarah dan kakitangan di Taman Ilmu dan Budi ini.



Walaupun kelewatan dan hanya kepada slot soal jawab, tetapi banyak input-input berguna yang diperolehi sepanjang sesi itu. Kupasan isu merangkumi Ilmu, Akhlak, Wisdom, Sciences, persoalan Aqidah juga disentuh oleh beliau. Juga dimasukkan perspektif ICT dalam kehidupan, 'worldview' dan sebaginya. Cukup untuk memberi kefahaman walaupun tidak secara mendalam.

Kebanyakan hadirin terdiri daripada pensyarah-pensyarah KICT. Idea usrah ini dimulakan oleh Dr Fauzan, pensyarah KICT yang banyak memberi tunjuk ajar baik kepada penulis dan rakan-rakan.Sewajarnya, Kuliyyah lain juga harus mencontohi pengisian mingguan yang dijalankan di KICT ini.

Sedikit biografi yang diperolehi oleh penulis berkenaan Prof Kamal. Seorang ilmuwan yang dihormati penulis.

PROFESSOR DR. MOHD. KAMAL HASSAN
Kulliyyah Of Islamic Revealed Knowledge And Human Science
International Islamic University Malaysia

mkhassan@iiu.edu.my

Academic Qualifications
Ph.D in Contemporary Islamic Thought, Columbia University, USA.
M.A in Islamic Studies, Columbia University, USA.
M.Phil. in Islamic Studies, Columbia University, USA.
B.A in Islamic Studies, Universiti Malaya, Malaysia.

Professional Membership
Member of Association of Muslims Social Scientists
Chief Editor of the volume on Religions in Malaysia of the Encyclopedia of Malaysia project

Area of Interest:
Islamic Thought and Contemporary Issues

Selected Publication:

2000) Intellectual Discourse at the End of the 2nd Millennium Concerns of a Muslim-Mala, Kuala Lumpur: IIUM Press.
(1998) Towards a Common Civilization, Kuala Lumpur: IKIM.
(1996) Towards Actualizing Islamic Moral and Educational Values in Contemporary Malaysian Society: Some Critical Perspectives, Kuala Lumpur: ABIM.
(1994) Moral and Ethical Issues in Human Resource Development: Old Problems and New Challenges, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.
(1988) Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspectives Bersepadu, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.
(1987) The Response of Muslim Youth Organizations to Political Change in William Roff (ed), Islam and the Political Economy of Meaning, Berkeley: University of California Press.

Banyak lagi sebenarnya yang mahu diceritakan oleh penulis berkenaan Prof Kamal Hassan. Seorang yang sangat merendah diri dan tawaduk. Cara pemakaian, gerak langkah,penampilan dan sebagainya menggambarkan diri beliau yang sebenarnya.Senang untuk dilihat kerana selalu menunaikan solat fardhu di Masjid UIAM.Insya-Allah selepas ini penulis akan memberanikan diri menyapa beliau jika berjumpa. Kerana beliau merupakan seorang yang mudah mesra.

Seusai usrah, kami semua dijemput makan. Pada awalnya pelawaan ini ditolak baik oleh kami, tetapi didorong oleh 'sesuatu' yang ada hikmahnya kerana jamuan tersebut bukan hanya mengisi perut yang lapar, malah pengisian ilmu 'tambahan' diberikan oleh Prof Kamal kepada semua yang ada waktu itu sehingga membawa kami kepada waktu tengahari.

Banyak isu yang dikupas. Bermula dengan persoalan penulis berkenaan pandangan beliau berkenaan Imam Al-Ghazali dan bukunya Ihya' Ulum Al-Deen yang berjaya melahirkan generasi Salahuddin Al-Ayubi pada waktu itu sehingga dapat membebaskan Baitul Maqdis dan perkaitan antara peranan generasi sekarang dalam ruang lingkup dunia yang mencabar waktu ini.

Perosalan ini dikupas begitu mendalam oleh beliau. Berdasarkan rujukan dan pembacaan beliau yang banyak ditambah oleh ingatan yang tajam dalam memberikan fakta, beliau dapat memberikan 'worldview' baru kepada penulis dalam beberapa isu. Begitu mendalam sekali!

Tambahan pula galakan mempelajari ilmu Tasawuf dalam konteks untuk melahirkan seorang yang ikhlas dalam perjuangan juga ditekankan oleh beliau. Selain itu, isu politik semasa Malaysia tidak ketinggalan 'dikritik' oleh beliau. Penulis begitu teruja dan bersemangat untuk terus belajar, mengkaji seterusnya menganalisa sesuatu secara menyeluruh selepas ini.

Penulis ada merakamkan video perbincangan ini. Kapada sesiapa yang berhajat mendengar pandangan dan hujah beliau, penulis mengalu-alukan. Mungkin selepas ini, mana-mana yang berminat untuk mengikuti sesi seperti ini sangat dialu-alukan.

Pada akhirnya, penulis mencadangkan agar beliau mengeluarkan sebuah buku ala-ala ("Ihya' Ulum Al-Deen") dalam usaha untuk melahirkan generasi baru Salahuddin Al-Ayubi pada zaman akan datang. Beliau hanya tersenyum mendengar idea ini. Cabaran yang besar agaknya.

Harapan dan doa agar Allah S.W.T memberikan kesihatan dan kekuatan diri kepada Prof. Kamal dalam usaha untuk terus dalam jalan dakwah dan berbakti kepada Ummah.



Dalam pada itu, SRC pada tenure ini boleh menggunakan sebaik mungkin 'mutiara dan permata' yang begitu banyak terdapat di Taman Ilmu dan Budi ini. Sangat rugi bagi kita jika tidak memaksimumkan ilmu-ilmu yang ada dalam usaha untuk memastikan mahasiswa keluaran UIA lebih celik ilmu dan peka akan permasalahan umat. Program-program berbentuk ilmiah dan akademik perlu diperbanyakan!

"Jangan jadi Kera di hutan disusukan, anak dirumah kelaparan"

Petang itu penulis mengajak Ezry bertemu Prof. Dr Aslam.Seorang lagi ilmuwan dalm bidang Ekonomi Islam. Pertemuan ini sekadar perbincangan ringan tentang situasi politik yang berlaku di Malaysia mahupun dikampus. Beliau mengingatkan penulis bahawa penulis masih 'berhutang' 50jam masa untuk menjalankan kajian dan mencari bahan-bahan untuk penyelidikan edisi ke-2 beliau dalam Issues on Islamic Economic.

Tanggungjawab yang besar kepada penulis. Terpulang bagaimana mahu menyusun hidup selepas ini. Sempat juga penulis meminjam koleksi Kertas Kerja Utama Kongres Ekonomi Islam Ketiga baru-baru ini. Terdapat 9 tajuk yang membincangkan pelbagai topik berkisar kepada pembangunan ekonomi Islam. Berguna untuk 'assigment' barangkali selain daripada untuk menambah pengetahuan penulis dalam Ekonomi Islam.

Esok (Sabtu) penulis akan ke Universiti Malaya untuk mengikuti Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah anjuran JAKIM, MAIWP, UM dan MUAFAKAT. Melihat kepada senarai panel sudah membuatkan diri penulis begitu teruja untuk mengikuti sesi tersebut bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang sebelum berangkat ke Kolej Darul Hikmah di Kajang untuk mengikuti Multaqa Nuqaba' PKPIM sehingga Ahad ini.

Sekian..

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Kafe Mahallah As-Siddiq
UIAM.

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”