Posts

Showing posts from 2009

Konsep Ta’dib: Satu penjelasan ringkas

Oleh: Faisal Abd. Aziz* DALAM memberi takrif pendidikan secara sistimatik dan komprehensif, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas menegaskan dan menjelaskan bahawa tujuan pendidikan menurut Islam adalah untuk melahirkan seorang individu manusia yang baik. Justeru, bagi beliau apa yang perlu kita tekankan dalam pendidikan adalah nilai manusia sebagai manusia sejati. Maka, beliau menegaskan bahawa penekanan terhadap individu bukan hanya penting, tetapi juga merupakan strategi yang dilihat ampuh hari ini. Mekanisme pelaksanaannya adalah dengan memberi penekanan terhadap individu yang mengimplikasikan pengetahuan tentang akal, nilai dan spiritual, dan tentang tujuan dan maksud yang sebenar kehidupan ini memandangkan akal, nilai dan spiritual adalah unsur-unsur yang diwarisi oleh setiap individu. Lantaran itu, konsep Ta’dib yang dipelopori Syed Muhammad Naquib al- Attas merupakan suatu gagasan pendidikan dalam Islam yang bermatlamat untuk menjadikan manusia yang seutuhnya serta mempunyai

Politik Malaysia hari Ini...

Image
Hampir dua tahun setelah PRU12, tsunami politik kita belum reda, dan nampaknya tidak ada tanda-tanda akan reda. Setelah sembilan pilihan raya kecil – tidak lama lagi mungkin menjadi sepuluh! – suasana berkempen sentiasa memba kar semangat. Kita melihat para penyokong selalu terlebih emosional, hingga berperangai macam kanak-kanak. Perak, sebuah negeri Pakatan Rakyat (PR) berjaya dirampas oleh Barisan Nasional (BN) menerusi satu pembelotan. Ada yang kata bukan belot, tetapi dibeli. Akibatnya sidang Dewan Undangan Negeri tidak pernah berjalan dengan tenteram. Ada sahaja gangguan. Malah ada sidang bawah pokok – tidak pernah dibuat orang dalam sejarah politik moden. Menteri Besar kata bekas Menteri Besar tidak betul. Bekas Menteri Besar pula kata Menteri Besar sekarang tidak betul. Bekas Speaker kata dia masih Speaker. Speaker kata bekas Speaker tidak ada kuasa. Lucu, juga memalukan, keduanya berebut jubah Speaker. Betul-betul macam adegan dalam filem Hindustan! Serang-me

Perihal Tiga Jenis Minda

Image
(sumber: SINAR HARIAN) norden@sinarharian.com.my Ketika saya menjadi siswa pada tahun 70an, seorang teman motivator telah menyampaikan sebuah madah yang amat berkesan kepada saya. Madah di dalam bahasa Inggeris itu berbunyi. “Small minds talk about people, average minds talk about issues, big minds talk about ideas.” Terjemahannya ialah, “mereka yang berminda kecil bercakap mengenai manusia, yang berminda sederhana, bercakap tentang isu, yang berminda besar, bercakap tentang idea.” Beberapa tahun yang lalu, kemudahan Internet mempertemukan saya dengan orang yang mengucapkannya. Orangnya ialah Eleanor Roosevelt, isteri kepada Franklin D. Roosevelt, Presiden Amerika yang ke-32. Di mana dan mengapa Eleanor melahirkan madah itu tidak saya temui. Namun, saya memperoleh satu ilmu untuk mengenal jenis minda manusia. Memang benar, manusia yang berminda kecil suka bercakap mengenai orang lain. Mereka ini mudah dikenali kerana mereka hidup di dalam paksi dan orbit seharian yang sama. Paksi dan o

Seminar Sehari Pandangan Alam Islam (Worldview Islam) dan Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Image
Intelektual perlu pandangan alam yang tepat oleh: Y.B Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri KPT) KITA memerlukan intelektual untuk mendefinisi, meneroka, membentuk, membangunkan, mempertahankan dan meneruskan tamadun dan peradaban. Persoalannya, adakah intelektual diberikan ruang dan peluang untuk berperanan dengan sedemikian rupa? Adakah ruang dan peluang itu disediakan dengan setulus kudus, atau ia sekadar untuk membolehkan pihak tertentu kelihatan prointelektual? Adakah peranan intelektual benar-benar diiktiraf, atau ia sekadar melepaskan batuk di tangga? Adakah orang yang ditampilkan sebagai intelektual itu sebenar-benarnya intelektual atau sekadar intelektual rupaan? Adakah orang yang dilantik memimpin organisasi intelektual itu sebenar-benarnya pemimpin intelektual atau sekadar pemimpin bodektual? Persoalan yang lebih besar ialah adakah intelektual mempunyai pandangan alam yang tepat, iaitu yang selari dan selaras dengan makna tamadun dan peradaban yang dimaksudkan it

Mencari Kebenaran Dalam Beragama

Mencari Kebenaran Dalam Beragama Dari neraca agama, hidup ini adalah satu ujian besar daripada Tuhan ke atas hamba-hambaNya. Ujiannya datang dari berbagai sudut. Salah satu sudutnya adalah tuntutan untuk kita menyesuaikan hidup kita mengikut kehendak agama. Lebih daripada itu, kita juga dituntut untuk memperjuangkan agama dalam hidup kita. Tetapi turut perlu diinsafi, terutama bagi kita yang hidup diakhir zaman ini, antara ujian terbesar kita dalam kehidupan beragama adalah untuk mencari dan memilih fahaman dan ikutan yang benar dan murni dalam beragama. Antara Yang Zahir dan Yang Benar Ada beberapa faktor yang tambah menyukarkan kita dalam membezakan yang benar dan yang tidak dalam beragama. Masyarakat awam misalnya mudah terpengaruh pada sesuatu yang menonjol, aggresif, lantang dan dilihat yakin. Oleh itu, sering berlaku pihak yang zahirnya lebih berani, lantang, fasih dan mendapat liputan meluas itulah yang lebih didengari dan dianggap betul. Selain daripada faktor itu, aliran yang

Sekitar Rakaman Al-Kuliyyah: Antara Adab dan Biadab

Malam tadi (19 November 2009), saya mengikuti sesi rakaman rancangan Al-Kuliyyah (TV3) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sesi kali ini agak menarik, dengan tajuk “1 Akidah” rancangan kali ini menampilkan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman. Perbincangan yang bertajuk “1 Akidah” ternyata banyak berkisar sekitar persoalan tentang adab, tentang perbezaan pendapat. Itupun, tidak sepenuhnya perbincangan itu bersifat ilmiah. Apa yang pasti, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Dr. Fauzi Deraman mengecewakan. Sikap dan kata-kata mereka ternyata menggambarkan suatu kebiadaban; apa yang diistilahkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady sebagai fenomena “kebiadaban intelektual”. Perbezaan pendapat adalah suatu lumrah yang tidak mungkin boleh dielakkan. Justeru, menurut Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam ajaran Islam telahpun disiapkan panduan dan pedoman untuk menangani perbezaan pendapat tersebut. Sepertimana yang telah difir

Hikayat Tiga Masons Melayu: Mahathir, Anwar dan Nik Aziz

Image
Baca sehingga habis Komentar Awal : Artikel ini bagi saya sangat menarik jikalau para pembaca dapat read between the lines . Sekali lagi saya kata read between the lines . Menyimpulkan pandangan yang sama seperti saya fikirkan. sumber : MistisFiles Tiga manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat sebab-sebab yang tertentu.Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih gemilang.Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia yang marah dan kecewa.Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat bahagian masing-masing dari dari bermacam kutukan dan penghinaan. Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk mengalahkan karismanya setakat ini.Seorang darinya pula menerima penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan.Yang lagi seo